Wednesday, 31 July 2013

EO, ISA.. Memang patut dikembalikan...

Haaa waktu awok tgh cari buluh lemang tadi... awok ade labun dengan sorang pakcik ni... die khabor kt awok, ape yang die bace kt Mstar on9.. haa dasatt komee skrg xde org beli surat khabor dahh... moh kite usha ape yang Usin jumpe tu...

Petikan dari mStar Online:- "PEMANSUHAN EO, MUDAH PEROLEH SENJATA DIKATAKAN PUNCA BANYAK KEJADIAN TEMBAK.


PETALING JAYA: Pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan ketersediaan yang mudah untuk mendapatkan senjata api kerana kedudukan Malaysia bersempadan dengan Thailand dipersalahkan berikutan beberapa kejadian tembakan di negara ini.
Pakar kriminologi Dr P. Sundramoorthy, yang juga merupakan seorang profesor di Universiti Sains Malaysia memberitahu The Star Online bahawa EO perlu dikekalkan "tetapi harus dipinda supaya ia tidak boleh disalahgunakan."
"Mereka tahu adalah amat sukar bagi polis untuk mengesan dan menangkap mereka. Ia juga mencabar bagi Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa mereka berdasarkan jenis bukti yang diperlukan untuk membawa mereka ke mahkamah," katanya.
Beliau berkata, antara tahun 2000 dan 2009, terdapat peningkatan sebanyak 13.4 peratus dalam jenayah keganasan, termasuk tembakan.
"Ini adalah pertumbuhan yang agak ketara."
Penasihat MyWatch, S. Gobikrishnan berkata beliau percaya trend tembakan yang berlaku baru-baru ini adalah disebabkan kemudahan mendapatkan senjata.
"Kononnya, terdapat satu sindiket yang menyewakan senjata selain menjualnya. Jadi dengan beberapa ratus ringgit, anda boleh menyewa pistol untuk beberapa jam. Peluru itu nampaknya hanya berharga 80 sen," dakwanya.
Walau bagaimanapun, Gobi percaya tidak ada kaitan antara pemansuhan EO dan peningkatan jenayah.
"Nampak seperti terdapat beberapa 'dalang' dalam pasukan polis yang bersekongkol dengan penjenayah," dakwanya.
"Selain itu, Jabatan Siasatan Jenayah mesti memberi tumpuan kepada siasatan jenayah dan tidak mengejar ahli politik. Apa yang penting polis yang mesti melakukan tugas kepolisan yang lebih baik," katanya.
Aktivis anti-jenayah dan Pengasas Marah (Rakyat Malaysia Menentang Rogol, Serangan dan Ragut) Dave Avran berkata peningkatan itu mungkin disebabkan oleh "sempadan poros" Malaysia dan Thailand.
"Polis mencuba yang terbaik, tetapi lebih banyak yang perlu dilakukan untuk menunjukkan yang mereka benar-benar membanteras jenayah. Mereka mesti tegas terhadap para penjenayah.
"Saya positif bahawa jenayah akan kekal pada paras tinggi sepanjang masa jika undang-undang pencegahan seperti EO kekal dimansuhkan.
"Pada masa ini, mereka tidak takut kepada pihak berkuasa. Kita perlu meletakkan ketakutan ini kembali kepada mereka," katanya.
Pada Isnin, pakar kewangan terkenal Hussain Ahmad Najadi yang juga Pengasas Arab Malaysian Group, telah ditembak mati di Kuala Lumpur.
Pada hari Sabtu, Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan ditembak oleh dua lelaki di atas motosikal dan beliau masih dalam keadaan kritikal.
bile bace balik... betoi jugak.. Ordinan Darurat, ISA ni kne wujud balik laa... sebab bende dah jadi mcm Syria pulak... emm... tolongg laaa..... hidupkan balik EO ni... bioo je yang mane degeii macam nga kor meng tu masuk lokap jail gantung.

No comments:

Post a Comment