Wednesday 27 November 2013

kenaikan gaji 373%.. hadiah terbaekkk untuk rakyat Selangor....

 Oleh ZR ;

Kepada para peminat tegar ceramah politik pembangkang khususnya Anwar Ibrahim pasti sudah menghafal kalimah-kalimah retorik seperti ‘Pakatan Harapan Rakyat’, ‘Demi Kesejahteraan Rakyat’, ‘Kerajaan Rakyat’dan pelbagai lagi yang mempunyai perkataan rakyat.

Boleh dikatakan hampir semua slogan yang digunakan pasti perkataan rakyat akan ditonjolkan, kononnya untuk memberikan gambaran hanya makhluk bernama Anwar sahaja yang mampu membela dan menjaga rakyat. Sehingga ramai di kalangan mereka akhirnya tertipu dengan ‘janji manis’ dan ‘sandiwara’ mereka khususnya rakyat di Selangor.

Namun di sebalik perkataan rakyat itu, majoriti rakyat Selangor dikejutkan dengan kenaikan mendadak gaji dan elaun bulanan semua 56 Adun yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013. Ia ekoran dari usul yang dibawa oleh kerajaan PKR Selangor ketika persidangan DUN petang semalam yang kemudiannya diluluskan.

Mengikut usul tersebut gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 (106 peratus); anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250 (231 peratus); speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (266 peratus); timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 (373 peratus) dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250 (87 peratus).

Paling menarik, minggu lalu Khalid Ibrahim menegaskan peruntukan perbelanjaan mengurus pada Belanjawan 2014 meningkat, adalah disebabkan peningkatan bayaran gaji untuk kakitangan awam.

Sejumlah RM1.23 bilion atau 66.2 peratus daripada Belanjawan Negeri tahun depan yang berjumlah RM1.85 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus sementara RM624.9 juta atau 33.8 peratus adalah bagi perbelanjaan pembangunan.

Pada mulanya ramai di kalangan kakitangan awam Selangor menjangkakan ia bermaksud kerajaan negeri berhasrat untuk memberikan kenaikan gaji dan elaun kepada mereka, namun rupa-rupanya ia adalah sebaliknya. Peningkatan jumlah belanjawan yang dimaksudkan oleh Khalid sebenarnya adalah untuk semua wakil-wakil rakyat di Selangor.

Namun untuk berlaku adil, Khalid tetap tidak mengecewakan rakyat Selangor, apabila mengumpan kakitangan awan di Selangor dengan memberikan ‘gula-gula’ berupa bonus setengah bulan gaji SAHAJA.

Menurut rakan-rakan di Selangor, kenaikan kadar gaji dan elaun ini ada kaitan dengan kenyataan Anwar Ibrahim sebelum ini, yang dilihat mengkritik pentadbiran Khalid secara terbuka sambil menyifatkannya GAGAL mengurus dengan baik sumber kewangan negeri.

Anwar sebelum ini dilaporkan telah membuat kritikan tersebut di hadapan orang ramai dalam forum Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya, Selangor.

Anwar meminta Abdul Khalid agar tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik.

"Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap prestasi terbaik bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperoleh," katanya.

Malah ekoran kritikan itu juga, ramai merasakan ia adalah merupakan ‘signal’ agar Khalid segera meletakkan jawatan, sekaligus memberi laluan mudah kepada anak emasnya, Azmin Ali yang telah lama mengidamkan jawatan tersebut.

Umum mengetahui, bagaimana Azmin sebelum ini yang pernah ‘merajuk’ untuk keluar PKR bersama pengikutnya sekiranya Anwar MENGINGKARI janji berhubung jawatan Menteri Besar. Namun ia dibatalkan di saat akhir apabila ‘pergelutan’ tersebut berjaya diselesaikan secara ‘kompromi’.

Sehinggakan ada bisik-bisik yang mengatakan Azmin kembali sejuk apabila dimaklumkan bahawa Khalid bersetuju untuk memegang jawatan tersebut untuk tempoh setahun sahaja.

Disebabkan tempoh itu dikatakan bakal berakhir tidak lama lagi, maka Khalid terpaksa mengunakan ‘gear 3’dengan mengambil hati semua Adun pakatan dengan memberikan kenaikan gaji. Sekiranya umpan ini berjaya, Khalid boleh terselamat sekiranya ada usul tidak percaya untuk meminta dia melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar.

Apa pun ia hanyalah ‘cakap-cakap’ politik, sama ada benar atau tidak hanya Allah, Anwar, Azmin dan Khalid sahaja yang tahu.

Berbalik kepada isu asal, sekiranya kita membuat perbandingan secara rational, rizab kerajaan Selangor hanya berjumlah RM3bil berbanding rizab kerajaan persekutuan yang berjumlah RM400bil. Namun kerajaan persekutuan tidak pula mengambil pendekatan menaikkan gaji semua ahli-ahli parlimen.

Tambah menarik ialah gaji Perdana Menteri yang mengurus tadbir SELURUH NEGARA hanya berjumlah RM22,826,65 berbanding gaji baru Khalid yang berjumlah RM29,250.00 walaupun dia HANYA MENGURUSKAN SEBUAH NEGERI.

Seterusnya ialah gaji Timbalan Perdana Menteri hanya berjumlah RM18,168.00 berbanding Exco Kerajaan Negeri yang berjumlah RM20,250.00 sebulan.

Kesimpulannya, terserahlah kepada rakyat khususnya pengundi di Selangor bagi  menilai kewajaran kenaikan gaji yang mendadak ini. Apakah ia dilakukan untuk membantu jurang Ekonomi Rakyat seperti yang didakwa, atau semata-mata untuk memenuhi kerakusan kerajaan pakatan di Selangor?

Wednesday 13 November 2013

Alasan auta PKR cuba tutup masaalah dalaman

Naib Presiden PKR, Tian Chua menuduh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman merasuah Jeremmy dan Jelani untuk keluar parti menjadi bebas. Tuduhan ini tidak berasas kerana BN sudah selesa dengan majoriti 2/3 di dalam DUN dan tiada sebab untuk memancing wakil rakyat pembangkang.

Kini mereka cuba alihkan pandangan dengan buat pula cerita dua ADUN BN dari Perak pula mahu melompat ke pembangkang. Kononnya dua ADUN misteri ini telah bertemu dengan Anwar berbincang terma-terma 'penghijrahan' mereka. Ini pun tidak logik kerana BN Perak tidak menghadapi sebarang masalah dalaman yang serius.

Alasan auta PKR ini hanya menunjukkan Anwar takut lebih ramai wakil rakyatnya termasuk Ahli Parlimen akan melompat menyebelahi BN. Rasa tidak puas hati di kalangan wakil-wakil rakyat mereka bukanlah rahsia lagi.

Sebenarnya yang berhadapan dengan masaalah dalaman adalah PKR. Tunggu saja Kongres parti akhir tahun ini untuk ketahui betapa serius.

Masaalahnya PKR di Sabah dimulakan oleh Azmin dan Anwar dengan melantik mereka-mereka yang boleh dijadikan boneka dan bukan mereka yang berpengaruh atau dihormati sebagai Ketua PKR Sabah. Anwar telah mengenepikan banyak ketua-ketua cabang tempatan Sabah sebagai calun di PRU13.

Tidak perlu PKR berdalh kerana kehilangan kehilangan kerusi Kadamaian dan Matunggong. Ini adalah satu tamparan buat Anwar Ibrahim yang begitu yakin pembangkang akan menawan negeri itu pada PRU13.

Dengan ADUN DAP Luyang yang keluar parti September lalu, pembangkang sudah kehilangan tiga kerusi DUN di Sabah. Tidak mustahil lebih ramai lagi wakil-wakil rakyat akan menyeberang menyokong BN setelah menyedari mereka dilayan secara buruk oleh pimpinan pusat PKR dan DAP.

Anwar dan pemimpin Pakatan dari Semenanjung hanya pandai membuat pelbagai janji manis. Namun apabila sudah menang, lain pula ceritanya. Apa yang nyata janji yang dibuat tidak ditunai. Mereka baru sedar Anwar adalah kaki pembohong nombor satu.

Beliau membawa isu kenaikan royalti minyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus untuk meraih sokongan pengundi tetapi setelah pihak kerajaan memberi penjelasan dan kedudukan sebenarnya, rakyat sedar tembelang Anwar.

Tuesday 12 November 2013

TAK SERIK-SERIK CUBA BOCORKAN RAHSIA KESELAMATAN NEGARA, NURUL IZZAH PATUT DISULA DI SIMPANG KE PANTAI DALAM!!!

Nurul Izzah cuba menjadikan jenayah dan kegiatan subversif yang dilakukan oleh ahli-ahli politik, tidak perlu dimasukkan bersama-sama jenayah berat dan jenayah jalanan. Statistik jenayah bagi Nurul Izzah hanyalah melibatkan jenayah berat, jenayah jalanan dan jenayah komersial. Hasutan serta kegiatan menghuru-harakan negara menerusi kaedah politik, tidak perlu dipandang berat, malahan perlu disokong. Begitu juga dengan kewujudan kartel dadah, penyeludupan manusia, pemerdagangan hamba dan segala kegiatan haram membabitkan negara-negara antarabangsa, bagi Nurul Izzah dan Pakatan Rakyat, bukannya perkara penting yang perlu diberikan perhatian.

Corak pemikiran yang ditunjukkan oleh Nurul Izzah ini sebenarnya amat merbahaya kepada negara. Nurul Izzah seperti yang kita ketahui, pernah cuba membocorkan rahsia ketenteraan negara dalam keterujaannya untuk bercakap tentang sistem persenjataan Malaysia menerusi temuramah di sebuah media di Indonesia tidak lama dahulu. Sepatutnya, dia sudah pun dikenakan tindakan dan hukuman. Malangnya, sikap kerajaan yang sangat mudah lentur dan hanya memberi maaf kepada anak Anwar Ibrahim itu, membolehkan dia terlepas daripada HUKUMAN MATI kerana mengkhianati negara.

Angka yang disebut oleh Nurul Izzah dalam ucapannya di forum di Bangsar itu, sebenarnya merupakan rekaan peribadinya dan langsung tidak mempunyai asas. Motifnya amat mudah dan objektifnya ialah mengumpan menteri atau pihak yang berkaitan untuk memberikan jumlah sebenar keanggotaan pasukan PDRM dan Cawangan Khas khususnya untuk pengetahuan pihak asing. Kaedah ini jugalah yang pernah digunakan oleh Tony Pua ketika cuba mengorek rahsia pertahanan dan persenjataan negara menerusi serangan ke atas pemilikan dua buah kapal selam oleh TLDM selain tentangan terhadap pembelian helikopter pengangkut baru menggantikan Nuri dan jet-jet pejuang untuk pengetahuan pihak asing.

Seharusnya, tindakan perlu dan pantas diambil terhadap Nurul Izzah. Kebebasan bersuara tidak bermakna, dia bebas juga membocorkan segala rahsia kerajaan. Sepatutnya sebagai anggota Parlimen... KLIK SINI UNTUK TERUS MEMBACA

Friday 8 November 2013

KARPAL BUAT LAWAK BODOH !!! @Khairykj

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan saranan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya semua parti politik dan pertubuhan profesional berasaskan kaum dibatalkan pendaftarannya sebagai 'satu jenaka bodoh dan menjengkelkan'.

Ini kerana, katanya, kenyataan tersebut secara jelas mencerminkan sikap pemimpin DAP itu yang langsung tidak sensitif dan tidak menghormati hak asasi manusia khususnya dalam berpersatuan.
"Pada saya, kenyataan jumud seperti itu telah memberi isyarat jelas kepada rakyat khususnya rakan sekutu DAP sendiri iaitu Pas bahawa kepemimpinan DAP tidak menghormati Pas yang mahu memperjuangkan Islam sejak penubuhannya kira-kira lima dekad lalu.

"Sebab itu saya percaya rakyat serta pemerhati politik tempatan amat sedar bahawa DAP, PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan Pas tidak akan boleh didaftarkan sebagai satu sahsiah politik yang sah seperti Barisan Nasional (BN)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya lagi, kenyataan Karpal itu juga boleh diibaratkan seperti 'menepuk air di dulang terkena ke muka sendiri' apabila kepemimpinan tertinggi Pas sejak kelmarin membidas Pengerusi DAP itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, Karpal amat tidak sensitif apabila menyarankan agar persatuan seperti Persatuan Peguam Muslim Malaysia tidak seharusnya wujud kerana menganggapnya sebagai 'pencetus masalah'.

Jelasnya, sebagai seorang ahli politik dan peguam veteran, Karpal seharusnya menghormati hak persatuan itu dalam memberi pandangan berkaitan perkembangan isu kalimah Allah.

"Karpal dilihat bermuka-muka dan mengamalkan pendekatan dwistandard dalam hal itu apabila enggan pula menyentuh tentang kewujudan sekolah dan pertubuhan-pertubuhan Cina apabila ditanya wartawan Selasa lalu.

"Di sini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa kenyataan Karpal langsung tidak menghormati hak rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini dan menyerlahkan sikap DAP yang mahu menjadi dominan dalam pakatan pembangkang dengan membuat tekanan ke atas Pas," ujarnya.

Khairy berharap rakyat tidak mudah terperangkap dengan idealisme politik dwistandard yang terlalu memfokuskan nilai negatif dalam hal agama serta kaum yang cuba dibawakan oleh Karpal.

Selain itu, katanya, kewujudan pelbagai parti politik serta pertubuhan yang berasaskan kaum dan agama di negara ini sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai sesuatu yang 'berbahaya' asalkan perjuangan setiap daripadanya dilakukan secara ikhlas dan tidak melampaui batas.

Dalam masa yang  sama, beliau turut mengingatkan Karpal agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sebegitu kerana dikhuatiri akan memberi isyarat salah kepada rakyat.

"Rakyat khususnya para penyokong DAP dan pembangkang seharusnya bijak menilai kualiti pemikiran dan perjuangan yang dibawa oleh Karpal dan DAP dan jangan sesekali terperangkap dengan idealisme politik dwistandard yang terlalu memfokuskan nilai negatif dalam hal agama serta kaum," katanya - UM
Inilah masaalahnya apabila ahli politik mengambil sekerat daripada senario sebenar yang berlaku di negara ini. DAP mendakwa PPMM 'pencetus masaalah' tetapi sejarah telah membuktikan DAP adalah 'pencetus masaalah' kepada ketegangan di antara kaum-kaum di negara ini.

13 Mei 1969 adalah dosa besar DAP terhadap rakyat Malaysia dan sehingga kini, pemimpin-pemimpin DAP begitu giat mencanangkan kebencian sesama kaum yang ekstrem.

Yang hairannya ialah kenapakah Karpal Singh tidak mahu menyaman pihak media jika benar kenyataan beliau diputarbelitkan? Bukankah 'saman menyaman' itu perkara lumrah pemimpin pembangkang?

Dalam masa yang sama, sudah tiba masanya untuk kepimpinan BN lebih berkeras dan berani menghentam pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng dan papanya. Jika anda yang mengikuti artikel-artikel Lim anak beranak ini, pelbagai tuduhan dan tohmahan dilontarkan oleh mereka terhadap UMNO dan BN.

Memang menjengkelkan kerana kredibiliti mereka sendiri dipertikai oleh ahli-ahli DAP sendiri. Lim Guan Eng yang tergolek ditolak perwakilan DAP ke tangga 5 dan undi popular yang merosot masih dapat memegang jawatan tertinggi dalam DAP tanpa rasa malu.

Tebal betul kulit beliau!

Thursday 7 November 2013

Bukti COMANGO dan Pakatan Rakyat menyokong LGBT

Nauzubillah...itulah lafaz panjang yang kami sempat ucapkan apabila menelusuri perkaitan antara COMANGO dengan Pakatan Rakyat pimpinan bapa pluralisme Anwar Ibrahim, imam khawarij Hadi Awang dan bapa komunis Lim Kit Siang.

Apa tidaknya, selama ini puak-puak ini berjuang demi sebuah kebebasan dan keadilan bawah perut-perut mereka. Tanpa mengira halal haram, mereka terus berteriak kononnya dizalimi oleh kerajaan UMNO/Barisan Nasional (BN). Mereka begitu bijak menyembunyikan nafsu songsang di sebalik janggut, jubah dan sarban meleret mereka, bahkan tak segan silu menggunakan pelbagai hujah agama dan teori yang canggih mempromosi idea sesat mereka. Namun sebijak-bijak mereka menyembunyikan kejahatan akhirnya terbongkar jua.

Mymassa berterima kasih kepada pihak ISMA kerana aktif mendedahkan kejahatan dan kebobrokan puak COMANGO dan puak pembangkang di Malaysia ini.

 

 

 

 

 

 

  


 

Berdasarkan bukti-bukti di atas maka memang sahlah COMANGO dan Pakatan Rakyat berjuang untuk golongan minoriti-minoriti yang sesat lagi songsang. Mereka adalah saudara-mara parti PAS yang kununnya berjuang untuk Islam dan keadilan sosial.

Kami menyeru kepada umat Islam agar teruskan perjuangan fisabilillah untuk menolak golongan songsang sesat dan liberaliwat yang bersengkongkol dalam COMANGO

BATALKAN PERSATUAN BERASASKAN KAUM : DONG ZHONG DAN PERSATUAN CINABENG KARPAL JANGAN LUPA !


Tuesday 5 November 2013

PENDAFTARAN PARTI PAS DIBATALKAN...

Karpal Singh telah mengeluarkan satu kenyataan yang bakal menimbulkan kerumitan untuk parti DAP mempertahankan kenyataan beliau itu.

 

Lebih-lebih lagi kepada kepimpinan DAP yang terkenal dengan sikap rasis tebal mereka. Sila baca :

    Pengerusi DAP Karpal Singh mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama.

    Beliau berkata cara tersebut merupakan jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini.

    "Masanya sudah tiba bagi semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftarannya termasuk, malang sekali, Pas, kita perlu bersikap praktikal jika kita mahukan sebuah negara yang bersatu-padu.

    "Sepatutnya parti politik dan mana-mana pertubuhan profesional berasaskan kaum atau agama kaum atau agama tidak boleh dibenarkan memandangkan perkara ini merupakan suatu yang serius dan bahaya," katanya dalam sudang media di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika menyelar kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar baru-baru ini yang mengingatkan Majlis Peguam supaya tidak menyokong isu penggunaan kalimah Allah dalam edisi bahasa Malaysia majalah katolik The Herald.

    Karpal berkata pendaftaran PPMM sebagai sebuah persatuan juga tidak sepatutnya dibenarkan memandangkan Majlis Peguam membuka penyertaannya kepada semua peguam tanpa mengira kaum dan agama.

    "Persatuan seperti itu hanya pencetus masalah di negara ini, kerajaan juga tidak sepatutnya membenarkan persatuan seperti ini," katanya - Bernama

Apakah benar PPMM 'hanya pencetus masaalah' sedangkan The Malaysian Bar Council merupakan salah satu daripada NGO dalam COMANGO yang turut memperjuangkan hak LGBT?


Anda baca anĂ¡lisis ini :  Klik Sini

Dalam masa yang sama, kita tentu tersenyum sinis dengan kenyataan Karpal Singh yang dilihat hanya memikirkan skop parti politik atau persatuan sahaja bila memikirkan konsep perpaduan.

Padahal, konsep perpaduan lebih luas daripada itu dan mesti disemai sejak kecil lagi. Maka, jika Karpal Singh benar-benar prihatin kepada perpaduan, sekolah-sekolah venakular juga patut dibubarkan dan perlu hanya ada satu sahaja sistem sekolah di bawah Sekolah Kebangsaan.

Jika merujuk ulasan Karpal Singh, Sekolah Kebangsaan juga 'membuka penyertaannya kepada semua murid tanpa mengira dan kaum'.

Bak kata perpatah, meluntur buluh biar dari rebungnya. Beranikah Karpal Singh memperjuangkan sistem satu sekolah atas nama perpaduan dan sebuah negara yang bersatu padu?

Dan apa pula jawapan kepimpinan PAS terhadap kenyataan Karpal Singh itu?

Apakah mereka akan mendiamkan diri tidak menjawab atau menjawab sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja?

Kita juga terfikir, di sepanjang usia parti DAP, apakah parti itu benar-benar boleh mengaku parti itu adalah parti pelbagai kaum?

Jika kita lihat, kepimpinan CEC DAP sedia ada tidak melambangkan dan mewakili peratusan kaum di negara ini.

Kita tunggu dan lihat sama ada Lim Guan Eng DAP berani mengeluarkan kenyataan menjawab saranan Karpal Singh. Atau beliau berdiam diri sahaja.


kenapa BN menang dalam tewas.

.... Jangkaan PAS mempertahankan kerusi DUN tersebut telah pun dijangka.

PAS memperoleh 12,069 undi manakala BN memperoleh 10,985 undi. Keputusan ini memperlihatkan majoriti PAS merosot kepada 1,084 berbanding 2,774 majoriti pada PRU 13 yang lalu.

Walau bagaimanapun, usaha keras BN menembusi kubu kuat PAS telah menempangkan PAS di Sg Limau. PAS dan Pakatan Rakyat telah menggunakan seluruh kekuatan jenteranya untuk mempertahankan DUN Sg Limau.

PAS dilihat sangat terdesak sehingga memaksa mereka mengerahkan jentera pemudanya untuk membuat flash mob motosikal dan kereta sepanjang hari pengundian. Ini telah menyebabkan kesesakan teruk sepanjang lebih 15 km di semua peti undi.

Kemerosotan undi terhadap PAS juga adalah disebabkan penolakan pengundi terhadap kepimpinan Mahfuz Omar selaku Pengarah Pilihanraya PRK N20 Sg Limau. Mahfuz Omar sangat dikenali sebagai orang di belakang Dr Phahrolrazi untuk menentang Allahyarham Tan Sri Azizan suatu ketika dahulu.

Ini terbukti apabila beberapa Daerah Mengundi yang menjadi tradisi PAS telah membuat kejutan dengan memilih Dr Sohaimi Lazim. Antara Daerah Mengundi yang merupakan kubu kuat PAS tetapi telah tumbang kepada BN adalah Daerah Mengundi Kabu 10, Daerah Mengundi Sungai Limau, Daerah Mengundi Sedaka dan daerah Mengundi Padang Lumat.


Faktor ini didorong oleh perpecahan dalaman PAS selain kemarahan akibat banyak campur tangan petugas luar negeri Kedah.

Antara faktor berubah undi juga pastilah sebagai tanda protes dan kemarahan penyokong PAS terhadap kem Mahfuz Omar dan Phahrolrazi.
Antara faktor lain yang menyebabkan kemerosotan undi kepada PAS adalah pengundi luar. Pengundi luar yang pulang mengundi amat rendah. Ini dipengaruhi oleh tarikh hari pengundian yang jatuh pada hari bekerja. Selain itu, tahap keyakinan yang tinggi terhadap PAS untuk mengekalkan kemenangan juga mendorong pengundi luar untuk tidak pulang mengundi. ....

......Secara moralnya Barisan Nasional telah berjaya mengubah paradigma pemikiran pengundi di Sg Limau. PAS hanya memenangi 9 Pusat Daerah Mengundi berbanding 13 Pusat Daerah Mengundi pada PRU lalu.

Manakala BN telah meningkat dengan baik apabila memenangi 10 Pusat Daerah Mengundi daripada 19 Pusat Daerah Mengundi keseluruhan. Kesimpulannya, laungan Berani Hijrah oleh Barisan Nasional telah menempangkan sokongan PAS di kubu kuatnya.

MyKMU

UMNO BAHAGIAN PERLU GIAT MENDEKATI DAN BANTU MASYARAKAT

Isunya adakah momentum boleh dikekalkan aktivis-aktivis parti di Bahagian Jerai dengan pergerakan Pemudanya yang lembab walau[un ada masa musim kemarau?????

Sesuatu tempat hitam perlu satu perancangan dan kegiatan jangkamasa panjang serta perubahan sikap dan peradaban. Harap Dato Jamil Khir dapat lakukan sesuatu di tengah kesibukannya sebagai Menteri. Atas dijaga, dibawah pun sama penting.

Dalam membangu  masyarakat, usah peduli sangat kawasan putih atau hitam. Anggap sebagai kebajikan. Hari ini mereka tak undi, tapi akan sampai masa mereka mengundi kita. Dinding diketuk-ketuk hari hari bleh lekuk juga akhirnya.

UMNO tak boleh lagi bergerak hanya ketika kempen. Itu pun kempen UMNO hanya gah di separuh masa kedua dan adakala gelombang yang dibuat superficial dan tidak meliatkan sokongan tempatan yang sebenar.

PR pnn guna orang luar untuk buat wave tapi dalam ribuan yang datang dari luar, ianya menarik rasa keinginan mahu tahu dari luar. N perlu bina tarikkan yang membuat rasa ingin tahu dan dengar dari pengundi=pengundi sebenar.

Monday 4 November 2013

ADA SESIAPA BERANI TEGUR? DAP IKTIRAF GOLONGAN DALAM LGBT SECARA TERBUKA !!

KITA tentu terkejut dengan tindakan Yap Soo Huey, ADUN DAP Pulau Tikus yang mengiktiraf golongan dalam LGBT!


Beliau telah menyediakan kolum 'transgender' di dalam borang survey program Pulau Tikus Green Transport Users. Yang lebih malangnya, laporan tersebut disebarkan oleh akhbar MCA, The STAR!

Cina yang dulu bukanlah yang sekarang.


CINA TETAP CINA....

BN kalah sebanyak 1.084 undi di PRK Sg Limau. Walaupun berjaya menukar beberapa PDM yang pro PAS untuk bertukar menjadi BN, jumlah majoriti di kubu hitam "Pas tuli" mereka di Bukit Baru dan Kg Choras tidak mencukupi untuk menukarkan senario politik.

Ketika kempen, bantuan sekolah CIna sebanyak RM2.3 juta yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin dengan kata-kata bahawa sekolah Cina "is here to stay" banyak menyakitkan hati penyokong UMNO dan orang Melayu.

Tanpa membuat usul periksa, mereka membuat andaian bahawa sekolah cina dapat RM2.3 juta dan sekolah Maahad hanya RM350,000.

Banyak tumpuan diberikan kepada kaum Cina di mana lebih 1,800 pengundi cina akan mengundi. Dalam pertandingan yang sengit hingga setiap undi penting, undi Cina dilihat sebagai undi penentu.

Ada pihak mengatakan kaum Cina yang membari PAS kemenangan. Salah sebuah peti undi PDM Bukit Besar yang dikatakan memberi keputusan PAS 1557.. BN 443..majoriti 1114. Lalu dianggap undi cina yang 'kambuskan' BN.

Namun begitu ada pihak pula menganggap PDM Simpang 3, Sedaka dll pun ada sedikit sebanyak undi-undi kaum Cina. PDM-Majoriti PDM-PDM ini sudah berubah warna dari hijau ke biru

Memetik dari MyKMU SINI:


*******************

Menurut penganalisis politik, faktor kecil pengundi Cina juga telah menjejaskan undi terhadap PAS. Pada PRU 13 yang lalu, hampir 90% pengundi Cina telah keluar mengundi dan 87% daripadanya telah memilih PAS. Beliau menambah, pada kali ini hanya 51% pengundi Cina mengambil keputusan untuk mengundi. Hampir 49% daripadanya telah memilih calon Barisan Nasional manakala selebihnya memilih calon PAS.

Isu ekonomi seperti kenaikan harga minyak dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan telah mendorong pengundi Cina kekal mengundi PAS. Kemerosotan jumlah keluar pengundi Cina adalah disebabkan mereka mula berasa tertipu oleh janji – janji manis Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim sekaligus mengambil keputusan untuk tidak keluar mengundi.

Inilah adalah tanda protes diam masyarakat Cina terhadap Pakatan Rakyat dan sekiranya trend ini berterusan maka peluang untuk pengundi Cina pulang kepada Barisan Nasional sangat tinggi.

****************

Walaupun ada asas untuk menawarkan bantuan tersebut seperti yang kami tulis di SINI, menyebut ketika kempen politik, ini sudah menjadi sesuatu yang agak sensitif kepada penyokong BN dna masyarakat Melayu.

Pemimpin harus ingat bahawa mereka perlu juga undi penyokong UMNO untuk menang. Ambil iktibar dari 1,000 pengundi dan penyokong UMNO di Sg Limau yang sudah jadi kelabu dan hitam.

Sepanjang siri PRK-PRK hingga ke PRU, tak habis-habis bantuan sekolah CIna diberikan tapi masih tak membawa sebarang hasil politik. Namun pucuk kepimpinan tak serik-serik lagi menawarkan bantuan sekolah cina sebagai gula-gula sedangkan perlembagaan tidak ada memberi hak untuk sekolah cina untuk mendapat bantuan kerajaan.

Oleh itu ...

Kasilah gula-gula lain tapi bukan tawarkan bantuan sekolah. Bantu warga tua dan miskin takpe.

Hakikatnya kaum cina akan bermati-matian pertahankan tiga perkara: bahasa dan budaya mereka, sekolah cina mereka dan periok nasi perniagaan mereka.

Oleh itu biar mereka pertahan sendiri dan buat apa kita nak sibuk pertahankan.

Lagi di bantu, mereka bukan tahu erterima kasih malahan mintak lagi, tapi undi tetap kasi DAP.