Friday, 8 November 2013

KARPAL BUAT LAWAK BODOH !!! @Khairykj

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan saranan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya semua parti politik dan pertubuhan profesional berasaskan kaum dibatalkan pendaftarannya sebagai 'satu jenaka bodoh dan menjengkelkan'.

Ini kerana, katanya, kenyataan tersebut secara jelas mencerminkan sikap pemimpin DAP itu yang langsung tidak sensitif dan tidak menghormati hak asasi manusia khususnya dalam berpersatuan.
"Pada saya, kenyataan jumud seperti itu telah memberi isyarat jelas kepada rakyat khususnya rakan sekutu DAP sendiri iaitu Pas bahawa kepemimpinan DAP tidak menghormati Pas yang mahu memperjuangkan Islam sejak penubuhannya kira-kira lima dekad lalu.

"Sebab itu saya percaya rakyat serta pemerhati politik tempatan amat sedar bahawa DAP, PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan Pas tidak akan boleh didaftarkan sebagai satu sahsiah politik yang sah seperti Barisan Nasional (BN)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya lagi, kenyataan Karpal itu juga boleh diibaratkan seperti 'menepuk air di dulang terkena ke muka sendiri' apabila kepemimpinan tertinggi Pas sejak kelmarin membidas Pengerusi DAP itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, Karpal amat tidak sensitif apabila menyarankan agar persatuan seperti Persatuan Peguam Muslim Malaysia tidak seharusnya wujud kerana menganggapnya sebagai 'pencetus masalah'.

Jelasnya, sebagai seorang ahli politik dan peguam veteran, Karpal seharusnya menghormati hak persatuan itu dalam memberi pandangan berkaitan perkembangan isu kalimah Allah.

"Karpal dilihat bermuka-muka dan mengamalkan pendekatan dwistandard dalam hal itu apabila enggan pula menyentuh tentang kewujudan sekolah dan pertubuhan-pertubuhan Cina apabila ditanya wartawan Selasa lalu.

"Di sini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa kenyataan Karpal langsung tidak menghormati hak rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini dan menyerlahkan sikap DAP yang mahu menjadi dominan dalam pakatan pembangkang dengan membuat tekanan ke atas Pas," ujarnya.

Khairy berharap rakyat tidak mudah terperangkap dengan idealisme politik dwistandard yang terlalu memfokuskan nilai negatif dalam hal agama serta kaum yang cuba dibawakan oleh Karpal.

Selain itu, katanya, kewujudan pelbagai parti politik serta pertubuhan yang berasaskan kaum dan agama di negara ini sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai sesuatu yang 'berbahaya' asalkan perjuangan setiap daripadanya dilakukan secara ikhlas dan tidak melampaui batas.

Dalam masa yang  sama, beliau turut mengingatkan Karpal agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sebegitu kerana dikhuatiri akan memberi isyarat salah kepada rakyat.

"Rakyat khususnya para penyokong DAP dan pembangkang seharusnya bijak menilai kualiti pemikiran dan perjuangan yang dibawa oleh Karpal dan DAP dan jangan sesekali terperangkap dengan idealisme politik dwistandard yang terlalu memfokuskan nilai negatif dalam hal agama serta kaum," katanya - UM
Inilah masaalahnya apabila ahli politik mengambil sekerat daripada senario sebenar yang berlaku di negara ini. DAP mendakwa PPMM 'pencetus masaalah' tetapi sejarah telah membuktikan DAP adalah 'pencetus masaalah' kepada ketegangan di antara kaum-kaum di negara ini.

13 Mei 1969 adalah dosa besar DAP terhadap rakyat Malaysia dan sehingga kini, pemimpin-pemimpin DAP begitu giat mencanangkan kebencian sesama kaum yang ekstrem.

Yang hairannya ialah kenapakah Karpal Singh tidak mahu menyaman pihak media jika benar kenyataan beliau diputarbelitkan? Bukankah 'saman menyaman' itu perkara lumrah pemimpin pembangkang?

Dalam masa yang sama, sudah tiba masanya untuk kepimpinan BN lebih berkeras dan berani menghentam pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng dan papanya. Jika anda yang mengikuti artikel-artikel Lim anak beranak ini, pelbagai tuduhan dan tohmahan dilontarkan oleh mereka terhadap UMNO dan BN.

Memang menjengkelkan kerana kredibiliti mereka sendiri dipertikai oleh ahli-ahli DAP sendiri. Lim Guan Eng yang tergolek ditolak perwakilan DAP ke tangga 5 dan undi popular yang merosot masih dapat memegang jawatan tertinggi dalam DAP tanpa rasa malu.

Tebal betul kulit beliau!

No comments:

Post a Comment