Naib Presiden PKR, Tian Chua menuduh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman merasuah Jeremmy dan Jelani untuk keluar parti menjadi bebas. Tuduhan ini tidak berasas kerana BN sudah selesa dengan majoriti 2/3 di dalam DUN dan tiada sebab untuk memancing wakil rakyat pembangkang.
Kini mereka cuba alihkan pandangan dengan buat pula cerita dua ADUN BN dari Perak pula mahu melompat ke pembangkang. Kononnya dua ADUN misteri ini telah bertemu dengan Anwar berbincang terma-terma 'penghijrahan' mereka. Ini pun tidak logik kerana BN Perak tidak menghadapi sebarang masalah dalaman yang serius.
Alasan auta PKR ini hanya menunjukkan Anwar takut lebih ramai wakil rakyatnya termasuk Ahli Parlimen akan melompat menyebelahi BN. Rasa tidak puas hati di kalangan wakil-wakil rakyat mereka bukanlah rahsia lagi.
Sebenarnya yang berhadapan dengan masaalah dalaman adalah PKR. Tunggu saja Kongres parti akhir tahun ini untuk ketahui betapa serius.
Masaalahnya PKR di Sabah dimulakan oleh Azmin dan Anwar dengan melantik mereka-mereka yang boleh dijadikan boneka dan bukan mereka yang berpengaruh atau dihormati sebagai Ketua PKR Sabah. Anwar telah mengenepikan banyak ketua-ketua cabang tempatan Sabah sebagai calun di PRU13.
Tidak perlu PKR berdalh kerana kehilangan kehilangan kerusi Kadamaian dan Matunggong. Ini adalah satu tamparan buat Anwar Ibrahim yang begitu yakin pembangkang akan menawan negeri itu pada PRU13.
Dengan ADUN DAP Luyang yang keluar parti September lalu, pembangkang sudah kehilangan tiga kerusi DUN di Sabah. Tidak mustahil lebih ramai lagi wakil-wakil rakyat akan menyeberang menyokong BN setelah menyedari mereka dilayan secara buruk oleh pimpinan pusat PKR dan DAP.
Anwar dan pemimpin Pakatan dari Semenanjung hanya pandai membuat pelbagai janji manis. Namun apabila sudah menang, lain pula ceritanya. Apa yang nyata janji yang dibuat tidak ditunai. Mereka baru sedar Anwar adalah kaki pembohong nombor satu.
Beliau membawa isu kenaikan royalti minyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus untuk meraih sokongan pengundi tetapi setelah pihak kerajaan memberi penjelasan dan kedudukan sebenarnya, rakyat sedar tembelang Anwar.
No comments:
Post a Comment