Alhamdulillah... Ini la yang rakyat idamkan... Usin bangge dengan Pemangku Raja Perak ni.. miker semue nak tawu ngape?? paseinye belum pun masuk 2 minggu kite puase, tuanku telah aktif dan bersama rakyat dengan berbuke puase disetiap daerah dengan rakyat jelata.
yang awok senyum lagi tu bukan ape... kawasan yang baginda piih bukan dikawasan bandar seperti Ipoh (my hometown), tapi meliputi daerah jauh ibu negeri... haa kome yang ade di Gerik tu redy yerr... awok dengor esok tuanku nak berbuke di Masjid Jamek Rahmaniah Kg Krunai, Gerik mcm biase MB kite Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir opkos ade...
Ni usin nak petik sikit dari Peraknews... semalam usin bace.. "Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah bersama Raja Puan Besar Tuanku Zara Salim dan dua anaknya berkenan ke Bazar Ramadhan Medan Gopeng untuk Membeli juadah berbuka puasa petang semalam. Baginda yang tiba jam 6 petang disambut oleh Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim.
Sejurus tiba, Baginda terus ke setiap gerai dan turut membeli beberapa jenis juadah berbuka antarnya kuih tepung talam, pecal, bahulu kemboja, putu jambu, popia basah, roti oblong. ketika membeli juadah, baginda turut beramah mesra bersama para peniaga di sana sambil melihat-lihat segala jenis makanan yang dijual di bazar tersebut.
Roshidi berkata, rakyat ipoh sangat bertuah kerana kesudian Bginda Tuanku untuk sekali lagi tahun ini mencemar duli untuk beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung di Bazar Ramadhan Medan Gopeng.
Ini membuktikan Baginda Tuanku sangat perihatin dengan rakyatnya, katanya sambil menambah kali pertama Baginda Tuanku turun ke bazar ini adalah pada tahun lepas
"Bazar Ramadhan Medan Gopeng merupakan antara yang terbesar di Ipoh. ini memberikan rakyat peluang untuk bersua muka dengan Tanku secara lebih dekat lagi," katanya.
Bazr Ramadhan di Stadium dan Taman Perpaduan yang mempunyai lebih 140 buah gerai adalah antara yang terbesar selain di medan gopeng"
KOME BOLEH KLIK SINI KALO NAK BACE LAGI
No comments:
Post a Comment