Wednesday, 31 July 2013

Teruih kan TUNNNNN~~ Awok ngan geng ade kt belakang!!


Haaa amacam.. semangad tak??? ni tande sokongan Usin dengan seluruh warge kamung pisang untuk Tun M kitee.. kome tawu pasai ape?? apsei ape yang awok nampok ler kan.. takde sape pun peminpin yang seberani Tun bila bercakap tentang rasis DAP dan usaha deme nak perintah Malaysia ni....

ni kalo kome nak tawu.... Deme bimbang benor ape yang Tun M kate... sebab ape2 je yang Tun khabor selalunye rakyat akan percaye.. bukan itu je.. rakyat banyak yang lebih percaye Tun daripada Anwar berahim ngan Nik Aziz dengan Kit siang pasei deme sedor perjuangan Tun M yang berjuang untuk rakyat berbanding pembangkang yang berjuang utk kronisme, nepotisme, dan rasuah politik (macam minyak free kt PRK besut tu)

tapikan.. deme coverline... deme goyang punye paseii... awal-awal lagi deme pemimpin deme si Kit siang, Guan Eng dan karpal singh tuding jari kate Tun M kite ni racist.. deme ugut nak bawak Tun M ke mahkamah.. hehe ni persoalannye.... rasiskah Tun jika dia berkata tentang realiti politik negara ini serta pada masa sama, memperjuangkan nasib bangsanya iaitu bangsa melayu.??

Ce kome pikior jap... perjuangan Umno dulu.... sebagai syarat diberikan kemerdekaan... British mahu amalan kongsi kuase dibuat sesame kaum betui takk... tapi org melayu harus diberi keistimewaan dlm pelbagai perkara dan bidang.. macam hak istimewa Raja-raja serta agama Islam dan Bahasa Melayu.. dijamin melalui undang-undang. maknenyeeee orang melayu diterima sebagai warga negara asal saja mereka ikut perlembagaan dan tidak sekali-kali menderhake...

awok nampak.. MCA dan MIC sebagai rakan Umno dlm kerajaan sentiasa memberikan sokongan utk perjuangan Umno dalam konteks mengisi kemerdekaan. tapi DAP yang berasa dari singapura setelah PAP diharamkan sejak Singapura di"kick" di persekutuan tanah melayu pada 1955 tak puas hati...

kome percaye tak sejak tahun 1969 , PAP yang rasis dulu dihidupkan melalui DAP sehingga pada tahun yang sama berlaku perbalahan kaum yang dikenali sebagai peristiwa hitam 13 mei yang dicetuskan oleh puak DAP yang lantang memperagakan semangat perkauman sebaik saja menang PRU di selangor...

Bagi Tun razak yang dilantik menjadi PM menggantikan Tunku, beliau berfikir politik perkauman harus dumatikan jesteru Allahyarham mengajak parti2 politik bekerjasama melalui Barisan Nasional DAP masih menyalak... kerana deme kate politik BN hampir mematikan perjuagan deme..

untuk pengetahuan kome laa.. DAP yang diasaskan di singapure ni... deme sentiasa cari helah baru dan hasilnya deme dapat menghasut kaum cina Malaysia berkonfrontasi denagn Melayu.. penentangan DAP Terhadap DEB contoh betapa parti tu tak mahu trngok melayu berjaya dalam bidang perniagaan dan ekonmi jesteru usaha pemilikan 30 peratus melayu dlm aspek ni deme halan dengan pelbagai kritikan...

Setiap dasar kerajaan dalam usaha membantu melayu melalui affirmativ actiona pun deme khabor menguntungkan kroni... kite pendek ceghite... bangsa melayu gagal peroleh 30 peratus ekuiti ekonomi walaupun disediakan oleh tongkat oleh kerajaan sejak 1970.

lgi satu deme (DAP) tu lupa... yang di Malaysia je sekolah cina dibenarkan wujud... lepas tu nak bantah bile sekolah berteraskan kebangsaan ditubuhkan.. cer kome tgk di singapuree tu... walaupun PAP yang pegang.. Sekolah vernakular dengan Sekolah kebangsaan cina mane ade wujud

DAP ni mesti seronok perjuangan mereka berjaya mengembeling sokongan masyarakat CIna sampeilah MCA yang memerjuangkan bangsa cina ditolaknye...deme tu bukan je nak sekat orang melayu dalam Bisness.. cerr kome tgk.. deme tu nak terus ambil alih kuase tawuu taakk..

Tembelang deme dah pecah ke pengetahuan umum termasuk ape yang Tun M dah dedahkan... ni.. dalam PRU 12 dulu.. DAP dapat Pulau Pinang, lepas tu Guan Eng.. anak kepada Kit siang orang Melaka tu.... deme lantik jadi ketua menteri... apee laaa istimewa deme sampai boleh kuasa Pualau mutiara tu...

DAP dengan Guan Eng tolak semangat kongsi kuasa dengan dua parti pembangkang.. PAS dengan PKRm deme berbalah rebut kerusi menyebabkan PKR dan PAS kt pulau tu teruih timbul rase tak puas hati.. jelasss sangt.. perkongsian kuasa deme tu sekadar satu retorik je... sedangkan PAS dengan PKR tak dapat pape pun... kirenyee deme tu macam penumpang kelas kedua... kalo nak dibandignkan DAP dengan Guan Eng yang ade kt atas.. tapiii deme peduli apeee.. sebab majoriti DUN kad Penang tu.... di sokong pengundi cina... sebab tu DAP boleh monopoli sampai Guan Eng tak bagi muke kat regu deme tu..

sebab tu bagi Tun, ape yang diperjuangkan DAP semata-mata mahu memonopoli kuasa, bukannya berkongsi... pendedahan Tun ni memang buatkan deme tak senang duduk.. sebab melalui Pro DAP, Tun M di tuduh rasis.. ada ka patut...

Malangnyeee.. PAS yang terkial2 di PP juga bersetuju dengan tuduhan DAP dan mendakwa Tun M cuba nak cetuskan perbalahan kaum... ini;ah otak budak yang lupe sebenornye deme tu jadi kuda tunggangan je kt PP tu.. sampai Kalimah Allah senang sangat deme nak perjudikan demi kerusi... bodoi akai tadak...

kalo di lihat balik laa kan.. Pendapat Tun M sebenarnya berjaye buka minda Bangsa Melayu.. si karpal singh yang dok je atas welcha si usop tu... try nak cabor Tun sampai ugut2 bagai.. haiss

dengan ape yang si karpal tu buat... nampok sangat dahh si karpal ni macam beli insurans jiwa kt kit siang.. mesti habuan die lumayan kan... ce kome tgk .. bukan ke anak2 karpal ikut jejak kit siang dan anak-anak die bertanding menjadi orang penting dalam kerajaan di PP serta menjadi ali parlimennnn... kalo kome nak tawuu ini la upah untuk menjage kepentingan kit siang walaupun terpaksa menggadai prinsi perundangan dan idealisme politik.

kan ade baru-baru ni Tun M ade buat DAP dan Kit Siang Kecut Perut... macam ape yang Usin ade bace kt satu portal ni.. memang jelas si Puak DAP ni bukan nak kongsi tapi nak rampas... ni haa Usin copy paste kome bace tawww... lepas tu

”Kini telah menjadi "dilema Cina . . ..Selama lebih setengah abad kemerdekaan, orang Cina telah berkongsi kekayaan dan kuasa dengan orang Melayu.” Dr.Mahathir berkata idea ke arah menjadikan Malaysia seperti Singapura nampaknya seolah-olah begitu memikat dan Pulau Pinang telah menunjukkan jalannya.”

"Dilema bagi orang Cina adalah sama ada untuk merebut kuasa politik sambil  mendominasi kuasa ekonomi atau berpegang kepada prinsip perkongsian, yang telah menjadikan negara ini seperti hari ini.
"Inilah dilema kaum Cina," kata Dr Mahathir satu kolum dalam akhbarNew Straits Times hari ini.


Menurut Dr.MaHATHIR kaum Cina yang terpikat dengan aspirasi DAP untuk membuat menjadi Malaysia seperti Singapura dengan orang Cina memegang tampuk kuasa ekonomi dan politik, telah melemahkan dengan ketara MCA, rakan kaum Cina dalam parti pemerintah, dan membuat perkongsian kuasa tidak dapat dipertahankan.
Mantan PM itu mendakwa  masyarakat Cina sudahpun menguasai ekonomi, daripada pelbagai kepentingan perniagaan kepada kolej dan universiti mereka sendiri.

"Apa pun, 'kongsi' kerajaan telah memberi manfaat yang  amat besar kepada Malaysoa. Ia telah membawa keamanan dan kestabilan, tanpanya, pertumbuhan dan pembangunan ekonomi tidak akan mungkin berlaku.
"Ia tidak masuk akal untuk mana-mana kaum, Cina atau Melayu, untuk mengambil segala-galanya untuk diri mereka sendiri, untuk menguasai ekonomi serta politik Malaysia," katanya.

 lepas tu ni ade kawan Usin email tadi die anto kt ramai orang.. ce kome bace seruan kawan usin ni... lepas tu kome nilai yeaa.. Usin nak pegi Gym kejap..

Saya anjurkan kita baca tulisan Dr.Mahathir dalam NST supaya kita tidak jumud macam puak2 PAS yang asyik menyalah Dr.Mahathir dalam isu yang ditperjuangkannya. Dalam konteks ini saya teringat jawapan Dr Mahathir bahawa  dia tidak takut dengan gertakan saman daripada Karpal Singh supaya menarik balik tuduhan terhadap Kit Siang.Kita tentu ingat Dr.Mahathir menuduh Kitg Siang seorang rasis, malah terus mengulangi tuduhan tersebut sampai tiga kali. Jika Karpal nak saman, dr.mahathir cabar agar peguam itu teruskan niatnya.
“Malam ini pun saya nak sebut dengan suara yang selantang mungkin..bahawa Kit Siang adalah seorang rasis…Kit Siang adalah seorang rasis…Kit Siang adalah seorang pelampau perkauman.”katanya dalam ceramah di Seksyen 6, Shah Alam, 1 Mei.
Sayang Dr.Mahathir dilihat sendirian dalam memperjuangkan nasib bangsa manakala tokoh Melayu dalam UMNO, parti yang pernah dipimpinnya,sekadar menyorok disebalik jawatan masing-masing. Jika trend ini berterusan, bukan saja kelantangan Dr.Mahathir tidak disokong bangsanya, mantan PM itu akan dilihat “pemimpin lone ranger” yang gagal mendapat sokongan UMNO . Bagaimanapun dengan sokongan dari NGO serta akar umbi Melayu, suara Dr.Mahathir akan terus bergema disetiap sudut  sebatgai tanda perjuangan Dr.Mahathir dalam memperjuangkan nasib bangsa dan pasda masa sama mendedahkan rasis Dap, masih belum selesai sepenuhnya dan akan diteruskan oleh jenerasi sekarang dan akan datang.

No comments:

Post a Comment