Monday, 30 September 2013

Pemilihan CEC DAP Dibatalkan ... LIM GUAN ENG AKUI TIDAK IKUT PERLEMBAGAAN PARTI


Artikel semalam telah membuktikan DAP telah CUAI dalam memberikan hak kepada bekas ADUN Teratai sebagai perwakilan, mengundi dalam pemilihan CEC ke-17.

Pemilihan CEC DAP yang berlangsung semalam telah TERBATAL dengan sendirinya berdasarkan KECUAIAN DAP memberi izin kepada BEKAS AHLI untuk mengundi.

Perlucutan keahlian

Seseorang ahli yang telah dikenakan apa-apa tindakan yang diambil menurut Fasal Kecil 13(a) di atas tidak boleh membawa tindakan dalam mana mana Mahkamah:
i. Untuk menentukan kesahan dari segi undangundang atau soal kewajaran tindakan atau keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat atau Jawatankuasa Kecil Khas.
ii. Terhadap Parti atau terhadap Jawatankuasa Tertinggi Pusat atau Jawatankuasa Kecil Khas atau seseorang ahli jawatankuasa-jawatankuasa di atas atas sebab apa-apa tindakan yang berbangkit dari perbicaraan yang dijalankan di bawah Peraturan ini.

(d) Seseorang ahli: 
i. Yang merupakan serta didapati atau diisytihar sebagai orang tidak siuman; atau
ii. Yang diisytihar muflis; atau
iii. Yang disabit kesalahan yang melibatkan unsur-unsur ketidakjujuran atau keburukan moral oleh mana-mana Mahkamah; atau
iv. Yang memulakan prosiding di mana-mana Mahkamah atas apa jua perkara berhubung Parti tanpa terlebih dahulu menghausi segala saluran-saluran yang sedia ada dalam Parti; 

akan berhenti menjadi ahli Parti dengan serta-merta.



Rakan blogger MYMASSA juga memberikan penjelasan panjang lebar mengenai persoalan mengapa bekas ADUN Teratai yang dipecat dari parti akibat bertanding sebagai calon Bebas, boleh mengundi semula pada pemilihan CEC DAP kali ini.


sumber: MYMASSA


Peluang BN menang di Sungai Limau - Tun Mahathir

LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) kini mempunyai peluang yang baik untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau pada pilihan raya kecil (PRK) nanti walaupun kerusi itu dikuasai PAS sejak lima pilihan raya umum (PRU).

Katanya PAS menang di kawasan itu sejak 1995 menerusi bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak disebabkan daya tarikan peribadi Azizan dalam kalangan pengundi.

"Dulu Tan Sri Azizan dia tak kempen pun tapi dia menang, kerana personaliti. Orang sokong dia kerana personaliti dia, bukan parti. Sekarang mungkin orang nak tukar selera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan hotel terbaharu syarikat MK Land Holdings Berhad, 'Ombak Villa' di sini malam tadi.

Dr Mahathir berkata BN boleh memajukan kawasan itu dengan lebih pesat jika berjaya memenangi kerusi DUN Sungai Limau.

Katanya apa yang penting, BN mesti mendekatkan diri dengan rakyat, mengambil tahu masalah rakyat dan cuba membantu menyelesaikan masalah itu.

PRK DUN Sungai Limau akan diadakan berikutan kematian Azizan Khamis lepas setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Azizan mempertahan kerusi itu bagi penggal kelima pada PRU13 yang lepas dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali dari BN dengan majoriti 2,774 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat khas Khamis ini untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil itu.

penipuan CEC DAP

dipetik dari page "Sayap Kanan"


CEC DAP tipu lagi? Ahli dipecat tapi boleh mengundi?

DAP didesak supaya memberikan penjelasan kepada rakyat tentang status bekas ADUN Teratai Jenice Lee yang dahulunya dipecat dari DAP ekoran bertanding sebagai calon bebas dalam PRU 13.

Setelah dipecat Jenice Lee berkempen untuk memastikan DAP bersih dari saka-saka Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Tan Kok Wai. Hasil kempen Jenice, tokong Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang telah merudum undi-undi mereka dalam pemilihan semula CEC DAP.

Namun kelibat Jenice Lee dilihat turut mengundi semasa CEC DAP pada 29 September 2013 di One World Hotel, Damansara seperti foto di bawah ini..

Persoalannya...

Bagaimana seorang yang telah dipecat dari parti kerana bertanding sebagai calon bebas dahulu boleh mengundi sebagai ahli parti?

Kalau dalam parti-parti lain seperti UMNO, PAS, PKR, PBB, MCA, MIC, SUPP, PBS dan sebagainya hatta dalam persatuan atau organisasi mana pun, keahlian seseorang itu akan terlucut secara automatik jika ia dipecat parti. Dia atau seseorang itu tidak boleh mengundi atau terlibat lagi dalam membuat sebarang keputusan dan dasar parti atau organisasi yang dahulunya pernah dianggotainya.

Adakah Jenice Lee masih ahli DAP?

Adakah pemecatannya dahulu tidak sah?

Boleh pulak dia mengundi?

Apakah wayang sandiwara yang cuba dimainkan DAP kali ni?

RoS dan SPRM perlu siasat segera. CEC DAP kali kedua ini mungkin penuh penipuan dan perlu dibongkarkan!

Kami hanya bertanya memohon perjelasan dari DAP. Inikan negara demokrasi dan setiap rakyat mempunyai hak asasi untuk bersuara dan bertanya, maka DAP perlu menjawab segala keraguan-keraguan ini. Jangan nak dalih ini salah UMNO pulak.

BERAPAKAH GAJI KONSTABEL POLIS 34 TAHUN LALU?

artikel asal: http://www.mazidulakmal.com/2013/09/berapakah-gaji-konstabel-polis-34-tahun.html

"Saya mula menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM pada tahun 1979 sebagai konstabel. Bertugas sebagai Polis Hutan 10 tahun, berkhidmat di Unit Pengambilan Bukit Aman, 10 tahun. Saya naik pangkat Sarjan dan menjadi Penolong Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabagt Polis Daerah (IPD) Brickfileds dan kemudian dipindahkan ke Bangsar sebagai Sarjan Aktiviti sebelum dinaikkan pangkat ke Sarjan Mejar. Saya kemudian memohon  jawatan Inspektor, berjaya dan ditugaskan di Cawangan Trafik Petaling Jaya. Kini saya Ketua Polis Balai Sea Park," ujar Gunam Resul Gunam Mohamad.


Saya menemui pegawai polis terbabit sewaktu beliau mengetuai sekatan jalanraya Ops Cantas di Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, Selangor dibantu oleh 12 anggota polis dari IPD Petaling Jaya.








"Berapakah gaji tuan tatkala bertugas sebagai Konstabel?," soal saya.

"RM205 dan lebih kurang setahun setengah kemudian dinaikkan RM15. Sewaktu saya berkahwin, gaji saya lebih kurang RM300. Biarpun begitu, saya berjaya membesarkan 4 anak. Mereka kini bertugas sebagai tutor di Universiti Putra Malaysia, jurutera, jururawat dan seorang lagi masih belajar. Anak anak saya dibesarkan dengan gaji polis, biarpun pada awalnya kehidupan agak mencabar," jelas Inspektor terbabit.

Inspektor Gunam dilahirkan di Mengelembu, Perak dan berkelulusan MCE.

"Hanya polis berhati waja, memiliki heart of steel mampu bertahan?," tanya saya.

"Ya, In Sha Allah," ujar beliau.

Turut bersama di dalam sekatan  jalanraya sama, seorang lagi pegawai berhati waja,  Inspektor K. Amutha, anak kelahiran Jitra, Kedah.


"Menyertai PDRM sekaligus memberikan saya peluang dan ruang untuk berkhidmat secara langsung kepada masyarakat. Saya melihat, kerjaya sebagai pegawai dan anggota polis sebagai tugas mulia," ujar graduan lulusan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Universiti Malaya itu. 

"Sebelum menjadi Pegawai Gerakan, puan berkhidmat di mana?," soalan saya ajukan.

"Bermula pada tahun 2005 dan selama tiga tahun setengah, saya bertugas sebagai Pegawai Penyiasat kes jenayah di IPD Petaling Jaya. Tanggungjawab itu amat mencabar. Bertugas 24 jam dan jika berlaku tangkapan, antaranya saya perlu merakamkan kenyataan suspek sebelum mendapatkan perintah reman keesokkan harinya. Dalam pada itu saya juga perlu bertemu Timbalan Pendakwa Raya untuk menyerahkan kertas siasatan," terang pegawai berusia 34 tahun itu.

"Mesti penat," celah saya.

"Tentunya tetapi saya telah memilih kerjaya ini dan akan meneruskannya," jawab Inspektor Amutha.





the unforgiveness: surat sulit tidak sempat dibaca Chin Peng.

Panas Surat Sulit Yang Tidak Sempat Dibacakan Oleh Chin Peng

Banyak kisah Chin Peng sedang rungkaikan satu persatu untuk membuktikan siapa sebenarnya Chin Peng sdbelum rakyat Malaysua terutama generasi baru terpedaya dengan anasir yang sedang menapulasikan propaganda Chin Peng sebagai agenda baru dalam menghancurkan perpaduan rakyat Malaysia terutama orang-orang Melayu dan Bumiputera. Lihat isi surat ini..




Kepada
roh nya si Chin Peng di Mana saja kamu berada,(s.k. Semua penyokong2, komrad2 pengganas Komunis mu di Malaysia atau luar Malaysia dan semua yang berusaha mengangkatmu sebagai "perjuang Kemerdekaan") Mendiang roh nya si Chin Peng yang sangat zalim,jahat & durjana,

1.Kamu tidak boleh lari dari dosa2 kamu yang tak terampun & tidak mungkin diampun ( "your unforgotten & unforgiven sins" ) kerana kamu pun tak pernah memohon ampun malah bangga bertanggungjawab membunuh,menyiksa dan menzalimi tanpa belas kasihan atau peri kemanusiaan langsung puluhan ribu warga negara kami yang tidak berdosa , yang berbilang bangsa kecil besar tua muda Anggota Tentera , Polis DiRaja & dan orang2 biasa.

2. Kamu telah menzalimi Negara kami dan rakyatnya semata mata kamu mahu merampas hak dan maruah mereka untuk kepentingan kamu dan rakan2 komunis kamu.

3. Kamu & rakan2 jahat kamu itu TIADA justifikasi langsung untuk mencabut nyawa sesiapa pun apa telah lagi nyawa kononnya warga Negara yang kamu pohon ingin menjadi sewarganegaranya? Apakah kamu semua tidak malu, selepas kamu mencemari bumi kami ini dengan darah-darah mereka kamu minta di hormati setinggi-tingginya dengan maruah lebih tinggi dari mereka yang kamu bunuh dan zalimi itu?

4. Justeru itu dengan kejahatan kamu itu, apakah ada beza dari segi "kemuliaan" kamu dengan Pol Pot,Radovan Karadic,Hitler,Monshi Dayan, Ariel Sharon,Stalin, Benjamin Nathanahu, dan syaitan2 manusia yang lain?

5. OLEH YANG DEMIKIAN sudah lah roh kamu itu cuba menghantui Negara kami .Walaupun senyuman kamu itu memukau pengikut2 & penyokong2 mu , namun ketahuilah roh roh mangsa mangsa kamu dan semua ahli keluarga mereka sedikit put tidak dapat menerimanya kerana senyuman kamu itu adalah senyuman iblis yang zalim sezalim-zalimnya .

6. KETAHUILAH JUGA NAGARA KAMI TIDAK AKAN MENERIMA KEHADIRAN MU ATAU ABU ABU KAMU WALAUPUN HANYA SEKETIKA KERANA KAMU HARAM & TIADA HAK BERADA ATAU MEMIJAK DI BUMI YANG PERNAH KAMU WARNAI DENGAN ANGKUH SEKALI DARAH MANUSIA SEMERAH - MERAHNYA .
7. MAKA JANGANLAH KAMU GANGGU KAMI. LAGI.

BYE BYE FOREVER.
Ikhlas Daripada,
DATO' IDRIS BUANG
(DI-ANTARA WARGA2 MALAYSIA YANG ANTI-KEKEJAMAN)
September 27, 2013


Guan Eng letak jawatan kerana tak tahan malu...

artikel dipetik dari : http://www.mykmu.net/?p=35467



Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang berakhir semalam sebenarnya berjaya mengekalkan status quo calon-calon yang terpilih pada pemilihan CEC yang diadakan pada akhir tahun lalu.

Pun begitu, saya dapati terdapat perkembangan yang agak “ajaib” telah berlaku pada pemilihan CEC yang berakhir semalam.

Paling utama ialah mengenai kekalahan yang pada saya sangat memalukan Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng. Anak beranak yang “bermaharajalela” di dalam DAP itu tewas di tangan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.


Apa hebatnya Liew Chin Tong sehingga berjaya memperoleh kelebihan 2 undi berbanding Kit Siang dan 134 undi berbanding Guan Eng?

Untuk makluman, Chin Tong hanya memperoleh sebanyak 984 undi pada pemilihan CEC yang diadakan pada Disember tahun lalu. Malah dia merupakan “calon muka baru” yang mencuba nasib bertanding CEC di dalam parti tersebut.

Pada pemilihan yang lalu, Chin Tong hanya berjaya menduduki tempat ke-15 sahaja. Peliknya, kali ini dia berjaya mengatasi “Dinasti Lim” dan “Singh & Sons Co.”. Dia berjaya menduduki tangga pertama di dalam pemilihan CEC dengan 1438 undi!

Pada saya, ia adalah satu perkara yang agak mengejutkan dan “luar biasa”. Ia menunjukkan perbezaan undi dan kedudukan yang sangat jauh berbeza berbanding apa yang berlaku kira-kira 9 bulan lalu. Pelik, tapi benar-benar berlaku.

Apakah kemenangan Chin Tong itu sengaja diatur oleh “Dinasti Lim” bagi mengaburi mata rakyat yang memberi tumpuan pada pemilihan kepimpinan parti tersebut?

Meskipun Chin Tong berkedudukan nombor satu di dalam pemilihan CEC semalam, dia hanya kekal di jawatan yang kurang penting sebagai Pengarah Pendidikan Politik. Sedangkan, barisan kepimpinan utama parti itu tetap dikuasai oleh “Dinasti Lim” dan “Singh & Sons Co.”!

Paling menarik apabila melihat Guan Eng hilang kira-kira 272 undi dari para perwakilan yang hadir. Pada saya, bilangan itu bukan sedikit kurang jumlahnya. Dari memperoleh sebanyak 1576 undi pada Disember lalu, dia hanya berjaya mendapat 1304 undi sahaja kali ini?

Mana perginya 272 undi yang lalu? 1/4 undi untuk Guan Eng ghaib begitu saja? Saya tertanya-tanya, apakah itu membuktikan bahawa para perwakilan dan akar umbi DAP sudah hilang kepercayaan terhadap Setiausaha Agung DAP itu?

Peliknya, dia masih tak malu untuk menerima jawatan Setiausaha Agung? Sudah dimalukan dengan dahsyat pada pemilihan CEC kali ini namun Guan Eng masih lagi “bermuka tebal” untuk memegang jawatan penting di dalam partinya?

Saya faham jika Chin Tong tidak dilantik menjadi Pengerusi atau Penasihat Seumur Hidup DAP seperti Karpal Singh atau Kit Siang. Jawatan itu memang wajar dipegang oleh dua tokoh DAP itu.

Tapi, apa salahnya jika Chin Tong diberikan tanggungjawab yang lebih penting dengan menggantikan Guan Eng untuk jawatan Setiausaha Agung? Dia digemari oleh akar umbi dan pastinya mereka lebih senang berurusan dengannya berbanding seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai, bukan?

Namun, mungkin itu adat resam demokrasi di dalam DAP. Orang tak sokong pun, tapi mukanya cukup tebal untuk menempel sebagai pemimpin utama parti. Mentang-mentanglah bapanya Penasihat DAP Seumur Hidup, parti terpaksa ikut “nasihat” bapanyalah, kan?

Sunday, 29 September 2013

Rahsia Dendam PR kepada Ustad Azizan

Rahsia Dendam Terpendam PAS PKR DAP Kepada Allahyarham Azizan
Pemergian Allayarham Ustaz Azizan masih dipandang sepi oleh sebahagian orang Pakatan Rakyat malah ada yang berani menyebut elok Ustaz Azizan mati aje! Na'uzubillah, begitu sempit politik mereka ini. tetapi dalam masa yang sama Chin Peng dilebelkan sebagai Almarhum?

Rupa-rupanya ada banyak sejarah tersembunyi di sebalik kisah hidup Allahyarham sebelum ini.

Cerita 1. Tun Hasmah ada membongkarkan kisah bagaimana Allahyarham Azizan ada datang berjumpa Tun Dr Mahathir selepas dilantik menjadi Menteri Besar Kedah. Penuh sinis dan lucu dipaparkan disini KLIK SINI

Cerita 2. Allahyarham seorang yang pro mempertahankan Khalimah Allah. Sebab itu dirinya tidak pernah melatah dalam hal ini.

Cerita 3. Allahyarham adalah kuat dalam perkara perpaduan UMMAH antara UMNO dan PAS. Berbanding dengan bersekutu dengan DAP. Sudah tentu ini berbeza dengan puak-puak PAS PKR yang menjadi perasit penyingkiran Nasharudin Mat Isa.

Cerita 4. Allahyarham sanggup memartabatkan Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin yang patut kita hormati, walhal orang-orang PAS dan PKR mengangapkan sebagai Maha Firaun. Sudah tentu ini berbeza dengan puak-puak Pakatan!


Cerita 5. Allahyarham amat bertegas membasmi gejala murtad, contohnya kes murtad Nor Aishah Bukhari. Allahyarham terbabit dalam siri jelajah ceramah membuat penerangan kepada masyarakat islam. Sudah tentu ini berbeza dengan Anwar, Nurul Izzah, Mat Sabu dan ramai lagi.


Cerita 6. Allahyarham jenis orang yang tidak pernah membezakan rakyat dengan parti dan sebab itulah dia menjadi bahan caci maki dan tomahan.

Sesungguhnya pemergiannya dan hari pemkebumiannya masih juga menjadi bahan mainan politik seperti yang diceritakan pautan ini

Tetapi kenapa pemergiannya kurang mendapat perhatian Pakatan Rakyat berbanding DAP dan PAS sanggup ke Bangkok untuk mengangkat Chin Peng sebagai Almarhum?

Kenapa kematian Teoh Beng Hok lebih ramai barisan kepimpinan PAS berbanding Allahyarham?

Lihat gambar bawah ini, yang jauh sanggup datang tapi yang dekat tidak datang, yang kalutnya cerita pasal siapa yang perlu dicalonkan mengganti kerusi kosong ditanggalkan oleh Allahyarham. Cintohnya spa yang diperkatakan Tuan Ibrahim? Al Fatihah..

sumber artikel: http://pecahpalakmikir.blogspot.com/2013/09/rahsia-dendam-terpendam-pas-pkr-dap.html



13 Rahsia besar perkauman DAP

maleh nak ceriter panjang, sebabnye.... ni adalah 13 bukti dan sebab kenape kite perlu tolak DAP yang sentiasa angkuh dan sombong...


1.Melayu bodoh dan malas:
Jikalau anda betul-betul bergaul dengan orang cina sejak dari kecil, anda akan tahu tema dimana masyarakat cina suka menggelar orang Melayu adalah bodoh dan malas. Orang cina boleh berbaik atau berkawan dengan orang Melayu kerana sifat orang Melayu yang mudah didekati dan baik, jadi ia tidak mengapa. Tetapi bila orang Melayu menjalankan perniagaan, masyarakat cina pasti menganggap orang Melayu tidak punya apa apa kebolehan berniaga. Masyarakat cina sering mengetawakan orang Melayu tentang bagaimana cara mereka membuat kerja. Masyarakat cina ketawa untuk menunjukkan mereka lebih tahu semua perkara dan untuk mengisi diri mereka dengan rasa dengan keunggulan. Orang cina sering memberitahu diri mereka dan juga pada rakan-rakan bahawa:

"kami bagus, kami bijak, apabila kita besar nanti, kami orang cina akan terbang ke bulan dan orang Melayu masih lagi menanam padi.hahaha"

2.Orang barat juga bodoh dan malas:
Kemudian jika kita pergi negara negara barat, kita akan bertemu orang cina dari pelbagai negara contohnya cina dari China, Hong Kong, Singapura, Taiwan, Malaysia dan kali tema mereka tetap masih sama. Kali ini mereka menggantikan tema malas dan bodoh bukan kepada Melayu, tetapi kepada penduduk tempatan dinegara yang mereka tinggal, iaitu negara barat.Setiap orang cina pasti bertanya soalan yang sama, jika negara Barat sangat hebat, mengapa perkakas mereka gunakan adalah dari China. Orang cina melihat banyak pelajar terbaik di universiti negara barat adalah dari kalangan dari bangsa mereka juga. Mereka juga bertanya, mengapa terlalu banyak orang kulit putih menganggur? Kami terkejut dengan melihat mengapa kerajaan barat banyak menghabiskan duit pada perbelanjaan sosial pada penduduk negara barat? Orang-orang cina merasakan ini membazir dan tindakan bodoh. Kerana mereka secara asasnya adalah sangat kedekut dan berkira setiap sen.

3.Cina pentingkan diri:
Ramai pengulas politik Malaysia seperti Ridhuan Tee, Khoo kay Kim menggesa bertahun tahun dari dahulu lagi untuk memahami orang Melayu supaya pelbagai kaum di Malaysia boleh melibatkan diri dan bekerja bersama-sama untuk kebaikan bersama. Tetapi apa yang banyak pengulas gagal untuk melihat dan sampaikan adalah pehaman orang cina yang tidak mahu memahami orang Melayu dan tinggalkan budaya mereka sebagai golongan minoriti didalam Malaysia ini. Persefahaman antara kaum mesti datang dari semua pihak bukan hanya dari orang Melayu sahaja. Tanpa usaha yang serius untuk memahami dan mendekatkan diri dengan golongan majoriti di Malaysia, ia akhirnya akan menembak kaki anda sendiri.

4.Cina pandang remeh pada Melayu:
Orang Cina sebenarnya memandang remeh tentang kedudukan Islam dan kedudukan hak istimewa orang Melayu. Mereka sebenarnya tidak ambil peduli tentang status Islam di dalam perlembagaan di peringkat negara. Mereka juga tidak melibatkan diri dengan perayaan orang Melayu, malah meminggirkannya lagi. Cuma orang cina ini akan datang kebiasaanya pada rumah terbuka sahaja kerana makanan adalah percuma dan mereka mahu 'tapau' dibawak balik dalam kuantiti 'tapau' yang sangat banyak.

5.Cina pandang remah pada Islam:
Orang cina ini sebenarnya sudah biasa diterapkan rasis dalam jiwa dan minda mereka. Sebab itu sebenarnya mereka tidak sedar dengan kelakuan perkauman melampau mereka ini. Mereka fikir mereka adalah lebih baik daripada semua orang, lebih lebih lagi mereka selalu ingat bahawa diri mereka lebih bagus dari orang Melayu dan juga orang Islam. Ideologi ini sebenarnya telah membangkit kemaharan umum orang Melayu dan orang Islam. Bagi orang Melayu diMalaysia, Islam adalah di tingkat yang tertinggi dan orang Melayu sanggup mati demi agama mereka. Tetapi orang Cina secara terang terang tidak pernah menunjukkan rasa hormat kepada orang Melayu dan agama Islam. Bagi orang cina, agama hanyalah satu benda yang asing dari kehidupan.

6.Kemahuan orang cina:
Tindakan utama bagi orang Cina adalah kekayaan ekonomi. Semua orang tahu ini. Kekayaan = kuasa dan keselamatan. Setiap ibu bapa Cina memerlukan kekayaan untuk diberi kepada anak-anak mereka. Masyarakat cina ini secara umum mereka tidak mahu hanya menjalani kehidupan yang selesa atau sederhana, mereka sentiasa mahukan kekayaaan yang tiada batasan. Oleh sebab itu, orang cina menafsirkan darjat seseorang itu berdasarkan kekayaannya. Dalam fikiran dan minda mereka, seseorang yang bagus perlulah kaya, tidak ada orang yang kaya melainkan dia bagus. Ini menampakkan semua orang kaya adalah orang yang bagus. Ideologi ini akhirnya disampai, disebar serta diterapkan didalam masyakat orang cina secara keseluruhannya, lebih lebih lagi orang cina di Malaysia.

7.Kesan pada orang cina:
Kehausan orang cina untuk menjadi kaya ini telah menjadikan orang cina kurang akhlak. Inilah punca mengapa orang cina selalu dilabelkan 'kalau tak tipu,bukan cina' 'cina meniaga, suka menipu; Ya dan ini adalah perkara benar. Ketamakkan untuk menjadi kaya sehingga membuatkan mereka boleh menjadi sangat fleksibel. Lihat sahajalah orang cina biasanya boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja, mana mana kaum sahaja asalkan dia kaya.

8.Anti-Umno adalah propaganda:
Dan sebenarnya, orang orang cina yang anti-UMNO ini, sering mengatakan bahawa UMNO adalah jahat, UMNO kaki rasuah tetapi dalam masa yang sama mereka tidak boleh bersembunyi daripada fakta bahawa orang Cinalah peneraju asal dalam menjadikan orang Melayu di Malaysia ini menerima rasuah. Orang orang cinalah sebenarnya memulakan rasuah ini dan sekarang mereka melaung laungkan kerana orang cina mahu kita terjerat dengan permainan duit ini.

9.Orang cina pentingkan diri:
Orang Cina biasanya tidak peduli jika orang lain turut berjuang sama. Ia adalah realiti ekonomi dimana bagi mereka keperluan orang kaya untuk mengeksploitasi golongan miskin adalah benda yang normal. Dan masyarakat cina biasanya akan menyalahkan golongan miskin dengan alasan mereka bodoh dan malas, sedangkan orang cina lah satu satunya kaum paling sedikit mengulurkan bantuan untuk menolong kaum lain. Mereka hanya akan menjaga bangsa mereka sendiri sahaja.

10.Pendidikan orang cina:
Pendidikan adalah satu keutamaan kepada orang Cina bukan kerana untuk meningkatkan taraf masyarakat tetapi sebenarnya untuk memastikan bagaimana mereka boleh menjadi kaya. Disebabkan itulah anda boleh melihat mengapa masyarakat cina berpusu pusu mengambil jurusan perniagaan, perakaunan, pemasaran dan banyak jurusan di universiti yang boleh membuat kekayaan dengan cara pantas.

11.Permainan orang cina:
Orang orang cina yang merantau di negara orang tidak sesekali akan memohon maaf atau meminta izin kerana mereka berasal dari luar, malah mereka sebenarnya terus berfikir bagaimana cara untuk mengaut hasil kekayaan ditempat mereka berhijrah itu, lebih lebih lagi dalam sektor awam untuk mendapatkan tender tender kerajaan. Dari sinilah bermula bibit bibit langkah mereka merasuah pegawai. Selepas mereka berjaya merasuah dan mendapat hasil, jika apa apa terjadi, orang cina inilah yang akan menunding jari mengapa pegawai itu menerima rasuah.Masyarkat sentiasa berteriak dengan dasar-dasar kerajaan Malaysia yang mengutamakan Melayu dalam pengambilan sektor awam, tetapi sebenarnya mereka tidak pernah membuat permohonan untuk bekerja di sektor awan. Mereka tahu bahawa bekerja makan gaji disektor awam tidak akan membuat mereka menjadi kaya. Jadi teriakan yang mereka lakukan hanya untuk menyakiti hati orang Melayu dan untuk memuaskan diri sendiri sahaja.

12.Sikap sebenar orang cina:
Ini adalah realiti tentang masyarakat cina di Malaysia. Amat susah sekali untuk mendapatkan orang cina yang baik hati, ianya akan dapat jika orang cina itu dibesarkan dalam komuniti orang Melayu, barulah mereka orang cina dapat belajar hormat-menghormati satu sama lain tanpa tikam belakang.Tetapi sebagai sebuah masyarakat, orang Cina secara umum sememangnya kelihatan mementingkan diri sendiri, tidak bermoral , mempunyai perkauman yang tinggi dan tamak yang tiada batasan.

13.Masa depan orang cina:
Orang cina juga telah menunjukkan belang mereka baru baru ini untuk menjatuhkan kerajaan Melayu, dimana 97% populasi rakyat seluruh cina telah pun berpihak pada DAP. dan baki 3% itu adalah MCA. MCA juga kini tidak ada suara didalam kabinet kerajaan selamat 5 tahun, kerana kerajaan tidak nampak fungi untuk memberi apa apa jawatan kepada penyokong 3% ini. Tidak ada gunanya lagi untuk mengambil hati, memujuk golongan 3% ini. Ramai orang Melayu percaya bahawa pada PRU14 akan datang, masyarkat cina 100% akan memihak kepada DAP. Orang Melayu kini yang sudah tidak boleh sabar dengan kerenah dan permainan orang Melayu, akhirnya telah menampakkan sedikit kesedaran, terutama parti PAS yang mula mendapat tekanan akibat permainan DAP yang chauvinis serta mengguris hati orang PAS. Admin rasa generasi akan datang mungkin tidak ada harapan untuk orang Melayu berbaik dengan orang cina, kerana orang Melayu telah patah hati dan tidak percaya kepada masyarakat cina di Malaysia ini lagi.

Friday, 27 September 2013

Download sekrang sebelum terkena..

kome yang pakai smart fon tu.. ni Usin nak nasihatkan kome pegi kat enjin carian die.. lepas tu kome taip "BBCD" lepas tu kome download... simpan.. jadi kan rujukan untuk membeli belah barang nanti.. mesti ade yang tanye.. ape tujuan buat download ni.. ok ni jawapannyee dan cara nak guna...


Apps ini dibuat bagi tujuan penyerangan semula terhadap page Nga Kor Ming DAP selaku pemilik Oldtown Whitecoffee dan 99 Speedmart, dimana pemimpin DAP ini umum melancarkan perang boikot terhadap perniagaan orang Melayu. Nga Kor Ming hasil pilihan Melayu Taiping ini berkata kerajaan adalah zalim kerana membiarkan 1 orang Melayu menduduki carta Top 10 Billionaire diMalaysia. Sepatutnya orang Melayu selaku tuan tanah kepada Malaysia ini tidak dibenarkan menduduki Top 10 Billionaire kerana ia akan kelihatan monopoli dan Rasis.

Orang Melayu selaku tuan tanah di Tanah Melayu ini tidak seharusnya menjadi tauke beras di tanah Melayu, tidak seharusnya menjadi tauke gula di Tanah Melayu, tidak harus menjadi apa apa tauke yang lain. Tuan tanah di tanah Melayu ini seharusnya tidak boleh memegang apa-apa perniagaan, kerana jika kita mempunyai perniagaan tertentu kita akan dicop monopoli serta dicop rasis. Jika Top 10 jutawan Malaysia semua adalah cina, barulah orang Melayu tidak dipanggil monopoli atau rasis.

Jadi dengan itu saya selaku KETUA PENGAKAP FF, Apps yang dibuat oleh SK, merasmikan Apps BBCD untuk orang Melayu dalam projek penyerangan ekonomi orang cina! Cara downloadnya adalah:

Step 1: click icon "Play Store" / "Google Play" di dalam telefon Android anda.

Step 2: Tekan icon kanta (search) di dalam apps store dan taip
BBCD

Step 3: Click pada aplikasi BBCD

Step 4: Click pada butang download

Step 5: click butang "accept"

Step 6: Telefon pintar anda kan dowonload dan intsall aplikasi ini secara automatik

selingan petang-petang


Tiga orang perompak lelaki telah tersesat dan masuk ke dalam satu perkampungan orang asli yang suka makan daging manusia. Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga-tiga perompak itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. “Ah.. nie simple punya keje”.. kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, ” Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!” Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. “Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?” tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, “Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa 10 biji buah durian!!”

- See more at: http://fuh.my/cerita-lawak-gila/#sthash.d6i5lmeu.dpuf

Thursday, 26 September 2013

Chin Peng itu petualang- Titah Sultan Selangor

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng adalah petualang dan pengkhianat negara.
Titah baginda perjuangan Chin Peng adalah untuk menjadikan tanah air sebagai sebuah negara komunis.

Sultan Selangor bertitah, ramai yang terkorban semasa perjuangan mempertahankan kedaulatan negara daripada menjadi negara komunis, sekali gus untuk menghalang tujuan terbabit.

“Bukan sahaja itu, banyak nyawa anggota tentera dan polis termasuk orang awam turut terkorban disebabkan perbuatan Chin Peng dan pengganas komunis.

“Beta mengingatkan kepada mereka yang cuba menjadi petualang dan menggadai negara kita kepada pihak luar supaya berwaspada serta menginsafi diri mereka supaya tidak melakukan perkara yang durjana ini,” titah baginda semasa berucap pada majlis Lawatan Operasi ke KD Sri Semporna di sini.

Chin Peng, 89, dilaporkan mati di sebuah hospital di Bangkok, Thailand pada 16 Sept lalu akibat sakit tua. Pada hari sama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pendirian kerajaan tidak membenarkan mayat atau abu mayat Chin Peng dibawa balik ke negara ini.

Baginda berharap rakyat negara ini mempelajari dan memahami sejarah negara dengan sebaiknya serta jangan menggadai maruah bangsa dan negara hanya kerana ingin mendapat sokongan dan populariti.

“Beta percaya rakyat Malaysia tidak lupa sejarah hitam semasa darurat dahulu,” titah Sultan Selangor.

Sementara itu, baginda bertitah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah satu cabang angkatan tentera yang penting dalam mempertahankan kedaulatan negara di negeri ini yang kawasan perairannya luas.

Baginda bertitah, TLDM sudah menjalankan tugas mereka dengan penuh semangat dan dedikasi bagi memastikan perairan negara tidak dicerobohi musuh-musuh negara dan pendatang haram.

“Syabas dan tahniah kepada anggota TLDM kerana berjaya menghadapi cabaran-cabaran yang sengit sepanjang Op Daulat yang dilancarkan berikutan pencerobohan pengganas (di Lahad Datu) yang lalu.

“Justeru itu, dalam mempertahankan kedaulatan negara ini, beta berharap semua pasukan yang terbabit sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia supaya berkerjasama dan sentiasa berkomunikasi untuk tindakan yang lebih berkesan”.

Baginda bertitah kerjasama ini penting supaya segala pergerakan dan hala tuju berjalan lancar serta meraih kejayaan cemerlang dalam mempertahankan kedaulatan negara

ambikkk nak sangat tunjuk gengster...

tak gentle laaa... dok main ugut sms... kalau berani meh tunjuk muka....



GEORGETOWN - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mencabar individu yang menghantar SMS berbaur ugutan kepadanya pada Isnin lalu, untuk bersemuka.

Abdul Rahim berkata, beliau tidak gentar dengan SMS yang diterima dan perkara itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memerangi jenayah di negeri ini sekali gus menjalankan tugas dengan lebih tegas.

"Saya nasihatkan kepada penghantar mesej (ugutan) itu, jangan ingat dia terlepas daripada tindakan pihak polis.

"Tak payahlah ugut-ugut hantar SMS, beritahu saja...telefon mana mahu jumpa, saya akan pergi.

"Kalau dah berani sangat, beritahu tempat, tunggu saya...saya akan pergi," katanya selepas majlis makan malam sempena Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2013, di sini, malam ini.

Beliau menerima lebih tiga SMS ugutan pada Isnin dan sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini pukul 9 malam semalam.

Antara kandungan SMS berkenaan ialah `Hello kepala Penang mau kasi ingat U sudah ambil saya punya kawan lima orang, U jangan ingat U The Best".

Selain itu, pengirim SMS turut mengugut untuk `mengambil' Abdul Rahim atau rakannya, jika tidak berjaya `mengambil' Abdul Rahim.

Kesemua SMS diterima daripada nombor yang sama bermula 9 pagi ketika Abdul Rahim berada di pejabatnya.

Abdul Rahim berkata, sebagai pegawai polis, beliau sudah biasa dengan SMS berbaur ugutan dan tidak kisah dengan perkara itu kerana apa yang penting ialah menjalankan tugasnya dalam memastikan keamanan serta keselamatan masyarakat.

"Saya langsung tak takut, bimbang dan sebagainya. Kalau saya sebagai Ketua Polis Negeri takut, bagaimana masyarakat? Kalau tunjuk muka takut, masam, bagaimana saya nak kekalkan keamanan. Apa yang saya nak takut. Saya akan lebih tegas lagi dalam perkara ini," katanya.

Abdul Rahim berkata, beliau mengarahkan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah negeri menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Beliau turut mengesahkan timbalannya, Datuk A Thaiveegan yang baru bertugas minggu lalu, juga menerima SMS berbaur ugutan dan siasatan berhubung perkara itu sedang dijalankan.

lelaki pelik miliki Hidung dikepala

Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Xiaolian mempunyai hidung baru yang tumbuh di dahinya.

Xiaolian, 22, menjalani rawatan bagi menggantikan hidung asalnya yang cacat selepas dijangkiti virus di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian.

Xiaolian, mengalami kecacatan di bahagian hidungnya akibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu dan doktor yang merawatnya gagal memulihkan hidungnya.

Ekoran nahas yang dialaminya, hidung Xiaolian mengalami jangkitan dan tulang hidungnya terjejas.

Doktor tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa menjalankan prosedur yang membolehkan hidung barunya tumbuh di dahi bagi menggantikan hidung asalnya.

Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian.

Ia dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil daripada rusuk Xiaolian.

Pakar bedah berkata, hidung baru itu tumbuh dengan baik dan pembedahan transplan akan dijalankan dengan secepat mungkin. – Agensi

Wednesday, 25 September 2013

posting paling pelik hari ni..

sebenarnye ok Usin tgh konpius.. arini kome semua senyap je ke... emm tak yang bergaduh hari ni.. tak ngape ler... Usin ucapkan takziah buat family Mantan MB kedah Ustad Azizan yang telah pergi awal pagi ini...


Tuesday, 24 September 2013

kontoversi DAP lagiii...

ape saje lah DAP ni.. senang cite.. puak PR ni sekaang diambang perpecahan yang...... pecahhhhhh


ALOR SETAR - DAP pusat memang mempunyai perancangan menjatuhkan bekas kepimpinan parti itu di Kedah.

Bekas pengerusinya, Lee Guan Aik mendakwa mengetahui perkara itu dalam perjumpaan dengan Thomas Su, yang dilantik penasihat dari Pusat bagi DAP Kedah.

“Dalam perjumpaan itu, beliau secara terang mengakui mahu mengambil alih jawatankuasa negeri ini sebelum mesyuarat agung tahunan (AGM) berlangsung.

“Dia menyebut bahawa jika tidak berbuat demikian, sudah tentu kumpulan saya akan menang dalam pemilihan kelak. Saya ada semua bukti percakapannya yang dirakam semasa perjumpaan itu berlangsung,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, rakaman suara berdurasi lebih 40 minit itu akan disimpan sebagai bukti bahawa ada usaha untuk menyekat amalan demokrasi dalam DAP.

“Rakaman suara ini berbahasa Cina. Buat masa ini, saya tak boleh dedahkan mengenai kandungannya,” katanya.

Guan Aik berkata, ia jelas menunjukkan bahawa ada pihak cuba menyekat demokrasi dalam DAP dengan tindakan yang tidak mengikut perlembagaan parti.

Menurutnya, tindakan DAP Pusat mengambil alih pentadbiran DAP Kedah dengan melantik jawatankuasa interim pada Jun lalu adalah tidak wajar.

Katanya, jawatankuasa interim DAP Kedah yang dipengerusikan Zairil Khir Johari Abdullah melantik beberapa individu tanpa mengikut perlembagaan parti.

Pada dasarnya, mereka boleh melantik individu itu jika menjadi ahli sekurang-kurangnya dua tahun.

“Tetapi pelantikan itu tidak ikut saluran. Pada saya, DAP sekarang dicemari dengan orang yang suka meracuni antara satu sama lain,” katanya.

Lawak baru PKR.. sememangnya mereka berpecah..



KUALA LUMPUR -Walaupun tidak menyebut nama secara langsung, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali secara sinis menyindir Menteri Besar Selangor  dengan mengajak rakyat bermain bola sepak tetapi pada masa yang sama mengingatkan umat Islam supaya tidak lupa untuk mengimarahkan masjid.

Reaksi tersebut susulan kenyataan Khalid semalam yang memberi pilihan kepada Pemuda PAS Selangor sama ada mahu peruntukan untuk buat masjid atau bola sepak selepas pasukan negeri itu dikatakan kekurangan dana daripada Menteri Besar Incoperated (MBI).

Pemuda PAS Selangor mengkritik dengan mendakwa kekurangan penajaan MBI yang menyebabkan beberapa pemain bintang dalam pasukan bola sepak negeri cuba dipancing pasukan lain dengan tawaran gaji yang lumayan

“Jom kita bermain bola sepak dan kemudian jangan lupa ke masjid. #Masjid&Bolasepak

“Umat Islam punya tanggungjawab untuk imarahkan masjid. Bersama merealisasikan usaha murni ini. #Masjid&Bolasepak,” kata Azmin dalam Twitternya semalam.

Di samping itu, pada masa yang sama Azmin yang juga ahli parlimen Gombak memuji pasukan kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang kini sedang bersaing dalam peringkat suku akhir Piala Malaysia.

Walaupun pasukan Selangor tidak layak ke pusingan itu, Azmin menegaskan pasukan bola sepak negeri itu mempunyai trek rekod gemilang yang tidak boleh dinafikan.

“Tahniah PKNS FC! Tapi jangan lupa ke masjid. #Masjid&Bolasepak.

“Selangor punya sejarah bola sepak yang gemilang. Jangan sesiapapun nafikan,” katanya.

Sementara itu, rakan sejawatnya ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata beliau tak nampak kedua-dua perkara itu bersifat “eksklusif” serta perlu membuat pilihan salah satu daripadanya.

“Adakah dimaksudkan bahawa kewangan Selangor sudah terlalu terhad sehingga tak mampu buat kedua-duanya serentak?

“Kiranya begitu, bagaimana pada tahun sebelumnya, kenapa pula mampu? Kedua-dua dilihat penting bagi PAS dan kedua-duanya perlu dipertahankan,” katanya dalam reaksi ringkasnya melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini

nak tawu ape penjelasan bini Mat yo..

haishh.. kecoh kecoh kecoh..... semalam video bini penyerang skuad Harimau Malaya yg jugak pemain JDT Norshahrul Idlan Talaha ( Mat Yo) mengamuk fight-2 ngan pak guard tersebar... tapi hari ni... usin nak kasi kome ceghiter penjelasan dari singa tu.. hehehe...

Serahkan kepada peguam?


Untuk apa? SAMAN? Nak saman sapa? Pak Guard tue? Atau nak saman pihak2 yang sebarkan video dia? Atau nak saman pihak2 yang mengutuk dia secara berjemaah kat media internet?

Perghhhh

Guna peguam tue..

Rujuk kata2 dia yang dipetik dari harian metro ;
“Saya sudah serahkan kes ini kepada polis dan atas nasihat peguam, saya tidak boleh buat apa-apa komen.” Itu kata Siti Aisya Adam, 24, isteri penyerang bola sepak kebangsaan Nor Shahrul Idlan Talaha, 27, atau lebih mesra dengan panggilan Mat Yo.
Bahkan harian metro turut mengesahkan bahawa bini matyo enggan memberi apa2 kenyataan samada dia terlibat atau tidak dalam isu penyebaran video pergaduhan tersebut di laman sosial..

Rujuk ;

Ketika ditanya kepada Siti Aisya, sama ada dia memuat naik rakaman video pertengkaran itu ke Internet, dia enggan mengakui atau menafikannya.

Kalau ko upload video tue, ko mengaku aje la ko upload. Kalau ko tak upload, ko mengaku aje la ko tak upload. Apsal ko taknak respon mengenai perkara itu pula? Kalau ko tak buat mesti ko mengaku terus terang punya yang ko tak buat kan. Ini sebab ko buat tapi ko taknak mengaku ko buat je. Inila yang orang ramai akan fikirkan nanti. Tak caya ko tengok la respon orang ramai bila depa baca penjelasan ko tue..

Apa pun aku harap bini matyo tak berlebih-lebihan dengan bawa kes neh ke mahkamah. Jangan la disaman pakcik tue. Sedih aku tengok luahan pakcik tue. Dia kan ;

1. Dah minta maaf.

2. Rendahkan diri sendiri untuk buat permohonan maaf secara terbuka.

3. Minta jangan disaman.

4. Dia orang susah yang cari rezeki ikhlas untuk sara keluarga

Kalau nak di ikutkan apa sebab yang pak guard tue nak kena minta maaf? Dia ada buat salah ke? Yang kena maki dia, yang kena marah pun dia, yang kena rakam dalam video pun dia, yang kena teranjang pun dia. Dia cuma jalankan tugas sebab itu memang tugas dia. Sudah la menipu, mengaku sebagai kaum kerabat pula tue, memaki hamun orang tua, upload video kat internet untuk malukan pakcik tue.. alih2 pakcik tue pula yang bakal disaman?

PAS pis pus peesss... dah pincang..

ok kali ni USin nak cerite sikit pasal kepincangan PAS.. nak tau ngape...

sebelum ini.. majoriti pemimpin PAS yang lain seboleh-bolehnya tidak mahu dikaitkan dengan komunis.  Mat Sabu pun, walaupun bersungguh mengatakan Mat Indera (komunis) yang mengetuai serangan di balai polis Bukit Kepong sebagai wira negara, cuba menghadkan sokongan itu ke atas batang tubuh Mat Indera semata-mata, bukan pada idealogi yang dipegangnya.

Untuk menambah lagi bukti ke’anti’an PAS terhadap komunis, PAS meletakkan calonnya bertanding di Kota Damansara walaupun telah diputuskan bahawa calon PKR (dari Parti Sosialis Malaysia – PSM), Dr. Nasir yang akan bertanding disitu kerana PAS tidak setuju dengan idealogi PSM yang dikatakan mirip komunis.

tapi berlainan pulak yang jadi bile Tetapi sekarang calon PAS bagi DUN Sungai Tiang, Kedah dalam PRU13 yang lepas, Fadzil Baharom mewakili PAS di upacara memberikan penghormatan terakhir kepada Chin Peng di Thailand, apa agaknya kata PAS?  Yang lebih penting lagi, apa PAS akan buat pada orang ini?

Kalau Hadi sanggup ada pertindihan kerusi kerana bimbang pengaruh komunis dalam Pakatan haram pembangkang dalam PRU13 yang lepas, sekarang apa komen dia bila ada ahli partinya sendiri yang terang-terang menyatakan sokongan terhadap Chin Peng, malah memuliakan kematian pengganas komunis tersebut dengan memberikan penghormatan terakhir?

Jangan bodohkan rakyat dengan mendakwa kunjungan tersebut adalah bersifat peribadi serta tidak mewakili PAS mahupun Pakatan haram pembangkang.  Awak calon PAS semasa PRU13 lepas, kalau awak bukan mewakili pembangkang, kita nak katakan apa lagi?

Chin Peng dan komunis adalah satu.  Tidak pernah sekali Chin Peng mengatakan bahawa dia telah menggugurkan idealogi komunis itu walaupun setelah perjanjian damai 1989 dimeterai.  Menyokong Chin Peng bermaksud menyokong komunis, period, selesai, jangan nak konar tang lain.

Anehnya, sama seperti pemimpin DAP dan PKR yang menziarah mayat Chin Peng sebelum ini, kenapa penghormatan sedemikian diberikan kepada Chin Peng sedangkan negara kita ada ramai wira tapi tidak diberikan penghargaan yang serupa oleh pemimpin-pemimpin pembangkang ni?

Lahad Datu saja ada 10 wira, Bukit Jenalik ada 2 wira, semalam di Melaka pun, satu wira lagi terkorban kerana dihentak kepalanya dengan batu oleh penjenayah yang diburunya, kenapa yang ini pemimpin pembangkang tidak beri penghormatan sewajarnya, kenapa komunis?

Monday, 23 September 2013

ini baru betul.. nak sangat jumpa...

ini yang sepatutnya kome buat... nak sangat abu mayat tu... pegi sane sendiri... macam yang dua Macai DAP ni buat... tak payah nak melalak jadi anjing buruan dok bising, bising.... pegi sane bagi penghormatan kome.. selesai ceghite...

Gambo ni menunjukkan dua kaki meroyan, sekor, Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan Ahli Parlimen Jelutong Jeff ooi

Sunday, 22 September 2013

Siapa Yahudi Laknatullah?

mungkin ramai yang dah kenal siape Yahudi ni, dan ade jugak yang kenal gitu-gitu je.. ape kate hari ni Usin nak buka sikit cite sape deme ni.. dan kali ni awok mintak kite sebagai umat islam kaum muslimin bersatu padu mempertahankan agame kite dari dijajah yahudi laknatullah ni.. berikut adalah sifat mereka yang telah disebutkan dalam Al-Quran. dan sifat2 deme ni memang jelas kelihatan...



Inilah 22 Sifat Buruk Bangsa Yahudi Yang Tertulis Dalam Al-Quran | Dalam Al-Quran sedikit sebanyak disebutkan 22 sifat buruk bangsa Yahudi iaitu:

1. Keras hati dan zalim (Al Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)

2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah S.W.T (Ali Imran:110; An-Nisa:55)

3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)

4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)

5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al Baqarah:75, 91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)

6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imron:71)

7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)

8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)

9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran,membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)

10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah,yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)

11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada dibelakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)

12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah S.W.T yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah: 88,120,145,146)

13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Allah dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)

14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)

15. Tidak suka,dengki,iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah :90,105,109,120)

16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)

17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah :100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)

18. Berlindung di sebalik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imron:72; An-Nisa:46)

19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)

20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)

21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)

22. Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)

Friday, 20 September 2013

rungkai sedikit kekejaman komunis....

Kekejaman komunis: Tok Imam dan bilal dipaksa makan daging babi sebelum ditembak mati.


Tok Imam dan bilal surau dipaksa makan daging babi panggang sebelum mereka ditembak... Warga emas dan kanak-kanak dicampak ke dalam api yang sedang marak....

Ia antara enam karikatur kontroversi oleh pelukis Hamzah Mohd Amin yang memaparkan kekejaman komunis ke atas orang ramai.
Karikatur itu pernah disiarkan di akhbar milik Utusan Malaysia.

Menurut edisi cetak dan juga online - akhbar itu melaporkan Hamzah, 71, datang ke pejabat Utusan bagi menyerahkan sendiri karikatur yang dilukisnya itu.

"Generasi hari ini tidak mengetahui penderitaan hidup pada zaman komunis, jadi saya berusaha menghasilkan lukisan ini beberapa minggu lalu supaya mereka mendapat gambaran tentang kekejaman komunis dan mengapa kami sangat bencikan mereka.

"Generasi muda hanya mendengar cerita daripada datuk dan nenek mereka tetapi tidak pernah terbayang bagaimana komunis menyeksa tahanan. Menerusi lukisan ini, saya harap mereka akan sedar tentang kekejaman komunis dan menjadikannya pengajaran," katanya kepada akhbar itu.

Antara lukisan yang dianggap paling kontroversial ialah paparan beberapa lelaki yang bermata sepet dan memakai uniform keperangan mengacukan pistol serta memaksa tok imam dan bilal surau memakan babi panggang.

Hamzah turut memberi gambaran tindakan komunis mengurung ahli keluarga tahanan di sebuah rumah dan kemudiannya membakar rumah berkenaan.

Dia juga menggambarkan mayat-mayat tahanan itu dijadikan baja di kebun sayuran dan hasilnya pula dijadikan bekalan makanan kumpulan pengganas tersebut.

Utusan juga memetik Hamzah berkata lukisan tersebut dihasilkan bertujuan memberi gambaran keadaan sebenar kekejaman komunis terhadap rakyat negara ini.

Katanya, walaupun telah menjangkau usia 71 tahun, dia masih tidak dapat melupakan keganasan yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap rakyat dan mahu generasi pada hari ini juga mengetahui perkara itu.

Menurut Hamzah yang berasal dari Batu Pahat, Johor, dia terpanggil untuk menghasilkan karikatur berkenaan kerana geram serta kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengangkat kumpulan pengganas tersebut sebagai hero.

"Saya sangat geram dan marah apabila komunis diberikan pengiktirafan. Mereka telah melakukan pelbagai kekejaman termasuk mengoyak, memijak, melumur kitab suci al-Quran dengan najis sebelum membakarnya. Para imam serta bilal di masjid dan surau pula dipaksa memakan daging babi sebelum dibunuh.

"Bagaimana kumpulan pengganas tersebut boleh kita iktiraf?" katanya dipetik akhbar itu lagi.

Hamzah pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai pelukis dan beliau pernah mencipta logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang digunakan pada 1963 sehingga 1997

Nasihat terbaik untuk PAS jangan la iri hati..

memang nampak sangat pas semakin iri hati dengan kemjauan yang dibawa oleh kerajaan pusat, kita boleh nampak dengan mata sendiri, sedangkan mereka pun tidak mampu untuk berdiri diatas kaki sendiri sehingga sanggup bergabung sampai menggadaikan akidah, wallahualam, moh bace nih...


SHAH ALAM: PAS tidak perlu iri hati dengan ketangkasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dalam usaha membantu golongan majoriti di negara ini, terutamanya orang Melayu.

Penganalisis Politik, Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah berkata program itu akan membawa banyak manfaat kepada orang Melayu meskipun pada masa sama, ia menaikkan imej Perdana Menteri menjelang Pemilihan Agung Umno Oktober depan.

"Pada saya dia (Hadi) memberi komen yang agak iri hati, dia iri hati tentang apa yang Datuk Seri Najib lakukan, malah apa salahnya jika Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera boleh menaikkan imej Perdana Menteri?

"Pada saya tidak ada apa salahnya jika Perdana Menteri mahu membuat sesuatu yang baik dan menaikkan imej. Pada saya ianya tidak ada salahnya, lagi memburukkan keadaan ialah apabila seseorang membuat komen tidak tentu arah lagi tidak membina," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan program itu tidak relevan dan mendakwa rakyat perlu dibantu mengikut keperluan mereka bukan berdasarkan diskriminasi kaum.

Dr Firdaus berkata pucuk pimpinan PAS itu dilihat sering memberikan pandangan yang bercelaru dalam banyak perkara.

"Komen Haji Hadi itu membayangkan sebahagian daripada kecelaruan (beliau) daripada banyak isu. Jika pelaksanaan program pemerkasaan ekonomi Bumiputera itu untuk menaikkan imej, apa salahnya?

"Bagi dia (Hadi) apa orang buat baik pun semua salah, apakah lagi orang tidak buat perkara baik," katanya.

Malah Firdaus menasihatkan Hadi berlapang dada untuk menerima sebarang keputusan membabitkan transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri.

Katanya kerajaan lebih mengetahui apa yang rakyat mahukan.

"Yang lebih penting bagi saya ialah kita terima saja itu program yang baik dan menaikkan imej siapa saja yang laksanakan. Pada saya Perdana Menteri ialah seorang yang peka terhadap tuntutan dan keperluan rakyat," katanya.

Pada Sabtu lalu, Najib mengumumkan langkah dan strategi baru dalam memperkasakan ekonomi Bumiputera yang berpayungkan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB).

Ia bertujuan memantapkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat dan memperkukuhkan pemilikan aset sebagai kelangsungan implementasi agenda pemerkasaan ekonomi golongan terbabit.

Hadiah utk LGE dari DAP

terbaru dan terhangat daripada perwakilan DAP... kisahnya begini........

Georgetown: Sebahagian ahli dan perwakilan DAP di negara ini didakwa mahu Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng melepaskan jawatan dan tidak bertanding pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), 29 September ini.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor, berkata dalam perjumpaannya dengan ahli dan perwakilan di Sungai Petani, Taiping dan Kuala Kangsar, baru-baru ini, kebanyakannya mahukan Guan Eng supaya berbuat demikian.

KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA....

Thursday, 19 September 2013

ni khas untuk kome yg tuduh PM Razak kite macam2...

Sebelum ini, media alternatif pro-pembangkang riuh membangkitkan kononnya Tun Abdul Razak adalah tali barut Jepun hanya berdasarkan kepada satu gambar di bawah :


Tanpa mahu menyelidiki lebih lanjut kesahihan dan sejarah benar Tun Abdul Razak, mereka menabur fitnah dan menanam buruk sangka terhadap Perdana Menteri Malaysia ke-2 ini.

And true enough. Media pro-pembangkang gagal mendapatkan keseluruhan cerita tentang sejarah Tun Abdul Razak.

Satu penemuan MiM yang paling menarik yang pasti memalukan dan menyerlahkan kejijikan mereka yang memfitnah Allahyarham Tun Razak kononnya tali barut Jepun ialah artikel yang ditulis oleh Almarhum DYMM Tuanku Jaafar Tunku Abdul Rahman.

Artikel tersebut terdapat di dalam buku bertajuk 'Tun Abdul Razak : A Personal Potrait' yang diterbitkan pada tahun 2005.

Tajuknya ialah 'Carefree Days'. Di antara nukilan baginda ialah :

Razak joined the Wataniah (the Malay anti-Japanese resistance movement) but remained in the Japanese administration as an undercover agent.


Terjemahannya :
Razak menyertai Wataniah (gerakan Melayu anti-Jepun) tetapi terus berada di pentadbiran Jepun sebagai agen menyamar (undercover agent)


Sekarang terbuktilah bahawa segala tuduhan yang mendakwa Allahyarham Tun Razak sebagai tali barut Jepun adalah satu fitnah dan pembohongan yang paling jijik dan tidak bertanggungjawab oleh media-media pro-pembangkang!

Di antara fitnah jahat 2 bloggers pro-pembangkang, lihat printscreen di bawah :







Wednesday, 18 September 2013

Kepincangan DAP menerusi dinasti LIM

kan Usin dah khabor dah... DAP ni penuh dengan kepincangan.... sekarang awok nak post sesuatu yang bukan rekaan sebab awok sertakan link kat bawah tu sekali.. ini pengakuan sendiri daripada ahli DAP senang cerite die ni orang dalam la jugak... ini lah yang dikatakan dinasti LIM.. jemput bace...

Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor.Saya menyertai DAP sejak tahun 1998.Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia.Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim.

Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim.Hidup saya lebih aman disini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim.

Tujuan saya membuka blog ini dalam Bahasa Malaysia untuk menceritakan kepada semua rakyat Malaysia tentang kejahatan Dinasti Lim.Saya tidak mahir menggunakan bahasa melayu.Mujurlah ada seorang rakan berbangsa melayu yang pernah bekerja sebagai pegawai seorang bekas wakil rakyat DAP menolong saya.

Mulai hari ini saya akan menulis tentang penipuan pemilihan CEC.Saya akan dedah sampai habis bagaimana cara Dinasti Lim,Tony Pua,Anthony Loke manipulasi undi untuk memastikan mereka terus berkuasa dalam DAP.-thedapinsider.blogspot.com

Adam kena Ubat: sambung lagi tempoh gantung...

haaa ni namanye kene ubat.... nak sangat merusuh.. kan dah kene tempoh lanjutan... terbaru.. si "hero pelajar" (hero kah) kene lanjut lagi tepoh belajonyee....

ikuti ape yang Usin amik dari web Malaysia kini dan ape luahan si jambu anwar nih..

Tempoh penggantungan pengajian aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim yang mencuri perhatian ramai kerana menurunkan bendera dengan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diteruskan sehingga tempoh yang tidak ditetapkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Adam sebelum ini digantung pengajiannya selama tiga semester sejak 9 Januari 2012 dan sepatutnya berakhir bulan ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Adam berkata dia terkejut menerima surat dari UPSI memaklumkan bahawa pengajiannya terus digantung sehingga tarikh yang tidak ditetapkan.

Adam sebelum ini digantung selama tiga semester kerana didakwa merosakkan reputasi UPSI dan "membahayakan ketenteraman awam dan moral orang ramai".

Dia kemudiannya cuba mendapatkan perintah mahkamah untuk membatalkan penggantungan itu, tetapi gagal untuk mendapatkan penghakiman yang memihak kepadanya.

Menurut Adam, surat bertarikh 6 September yang ditandatangani Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Zakaria Kasa itu menyatakan penggantungan tersebut dibuat bagi memberi laluan kepada perbicaraan Akta Hasutan di mahkamah.

"Surat tersebut turut menyatakan bahawa tempoh penggantungan yang berkuatkuasa serta-merta ini hanya akan tamat setelah selesai perbicaraan kes Akta Hasutan di mahkamah," kata Adam, siswa jurusan TESL dengan PNGK 3.30.

Adam bagaimanapun yakin penggantungan ini tidak sah dan bermotif politik memandangkan tindakan itu hanya boleh dibuat universiti jika dia didapati bersalah selepas prosiding pendengaran disiplin dijalankan.

"Sepucuk surat makluman tidak boleh menggantung seorang pelajar," katanya.

adam adli raid 190513Menurutnya lagi, UPSI dan Putrajaya hipokrit dan cuba menghalangnya daripada menamatkan baki dua semester pengajiannya.

Buat masa ini, dia sedang mendapatkan nasihat undang-undang sebelum memutuskan langkah seterusnya.

"Jika UPSI benar-benar tidak mahu saya kembali ke kampus, mungkin saya akan mengambil inisiatif lain berkaitan pendidikan saya.

"Beberapa peluang belajar di tempat lain termasuk luar negara pernah saya lepaskan sebelum ini kerana ingin kembali ke UPSI dan menamatkan pengajian di sana," katanya.

Sedikit kupasan sejarah, siapa sebenarnya Komunis.

yang ni khas buat penyokong setia Hishamudin Rais dan Adam Adli serta A. Samad Said....

Sejarah negara kita sedang dipersendakan ke peringkat paling maksimum. Mana boleh ketua Parti Komunis Malaya (PKM) bernama Chin Peng digelar pejuang kemerdekaan?

Saya kenali Chin Peng menerusi namanya sejak saya kecil di Kampung Separap, Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor. Ayah, Ibu dan guru-guru saya sering menceritakan hal Chin Peng dan PKM kepada saya.

Dari cerita-cerita mereka, saya insaf bahawa Chin Peng adalah pengganas yang perlu disula. Kata Ibu saya, di kampung saya sendiri masih wujud bukti keganasan PKM pada tahun 1945.

Di kampung saya banyak rumah dibakar secara rambang. Di kampung saya ada sekeluarga Melayu di kuburkan hidup-hidup dan beramai-ramai oleh pengganas PKM.

Di kampung saya ada orang yang di sula dan digantungkan ke pohon pedada di pinggir Sungai Simpang Kiri. Di suatu kampung yang kira-kira empat kilometer dari kampung saya, terdapat sejarah penduduknya di humbankan ke dalam minyak yang menggelegak dalam kawah gergasi.

Mereka mati bagaikan katak. Di satu lagi kampung pendalaman kira-kira enam kilometer dari kampung saya, sebuah surau pernah dijadikan pusat pengganas Bintang Tiga (PKM) untuk berpesta meminum arak dan menikmati juadah khinzir panggang.

Di situ juga sekumpulan perawan Melayu pernah dirogol dan diperkosa oleh gerombolan pengganas yang sama. Berikutan seluruh peristiwa di atas, bangkitlah angkatan pemuda parang panjang pimpinan Allahyarham Kiayai Salleh.

Kumpulan ini lebih dikenali sebagai Pejuang Selempang Merah. Mereka bertindak dan berjuang semata-mata untuk memansuhkan kezaliman PKM. Mereka adalah pahlawan yang tidak pernah didendang.

Mereka berjuang demi agama, bangsa dan tanahair. Saya belum pernah berterus-terang sebegini menerusi tulisan di blog ini sebelum ini kerana khuatir dituduh sebagai mengapi-apikan semangat perkauman.

Tetapi, saya pernah suarakan kisah di atas di Dewan Rakyat sehingga membuatkan pihak DAP senyap dan tergamam. Oleh itu, tanpa apologi kepada sesiapa, hari ini saya katakan bahawa saya hilang sabar bila ada individu mengatakan pejuang kemerdekaan negara adalah Chin Peng.

Pastinya luahan suara bangkangan saya ini disetujui oleh penduduk di sekitar Pagoh, Bukit Pasir dan Bukit Kepong, Muar, yang terdapat waris-waris mereka dibunuh oleh PKM yang zalim.

Pastinya orang Pontian juga turut menyimpan kisah seperti ini dalam lipatan sejarah keluarga masing-masing. Begitu juga dengan masyarakat Melayu di Bahau, Negeri Sembilan; di Sekinchan, Selangor; dan di Sungai Manik, Perak. Mereka juga mempunyai sejarah keganasan PKM yang hampir serupa bentuk dan kisahnya.

Beribu-ribu keluarga bekas Polis Khas atau Special Constable (SC), Polis biasa dan Askar Melayu juga pastinya amat arif akan kezaliman PKM.

Beratus-ratus ayah, pakcik, dan anggota keluarga mereka di bunuh anggota PKM sewaktu mempertahankan tanahair di zaman darurat.

Waris-waris askar Melayu yang hilang kaki, hilang tangan dan hilang nyawa akibat bom dan jerangkap samar PKM di Lembah Gubir pun pastinya mengakui bahawa Chin Peng dan PKM bukan pejuang kemerdekaan negara.

Cukuplah setakat ini curahan rasa bangkangan saya terhadap individu yang sedang mempersendakan sejarah perjuangan bangsa kita memerdekakan negara.

Saya harap pihak berkuasa akan segera bersuara dan bertindak untuk membetulkan fakta dan hakikat sejarah yang sebenar-benarnya.

macam-macam hal si rafizi nih... debat dengan rakyat dulu.........

u want to know something... amboiii cakap omputih usin petang-petang gini... hehe ni ade perkhabaran baru usin nak bawa kepada kome... sape lagi kalao bukan pengarah strategik PKR nak ajak debat tapi.. hampehhhh.. nak tawu selanjutnye... mari bace nih...

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli beriya-iya benar mencabar Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk berdebat isu kenaikan harga minyak. Rafizi cuba menggambarkan Khairy itu seorang pengecut kerana tidak berani untuk bercakap mengenai isu-isu rakyat.

Apabila diajak berdebat di Parlimen, Rafizi enggan. Katanya, biar dibuat secara terbuka, biar rakyat jelas dan menilai. Kata Rafizi lagi, rakyat berhak untuk mengetahui isu-isu semasa yang membelenggu kehidupan mereka. Rakyat juga katanya, mahu supaya nasib mereka diberi pembelaan.

Tetapi jika benar Rafizi begitu tersentuh dengan masalah-masalah rakyat, ada baiknya beliau jenguk dan turun padang mendengar keluhan rakyat marhaen di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang terlebih dahulu.

Kenaikan 100 peratus tarif air di Pulau Pinang, kenaikan cukai pintu dan kadar bayaran parkir di Selangor dan isu pengambilan tanah-tanah rakyat di Kelantan. Semuanya menimbulkan kegelisahan rakyat. Itu belum termasuk rungutan bersabit janji-janji pilihan raya pembangkang yang belum tertunai sehingga hari ini.

Justeru, mungkin ada baiknya jika Rafizi 'berdebat' dahulu dengan mereka-mereka ini. Mereka ini juga adalah rakyat marhaen. Mereka juga memerlukan pembelaaan.

 dan yang ni pulak.. kome ongat tak masa dia bangkit isu NFC dulu, dia sendiri pun tak tahu beza antara NFC dengan NFCorp. jahanam laa orang macam ni..... pegi mengaji balik lah....

Bila kene saman ngan shahrizat, dia dedahkan pula data bank suami Shahrizat. Bila kena tangkap dia melalak salahkan undang-undang BAFIA. Semua pun tau data bank seseorang individu adalah sulit. Kata akauntan tapi fungsi undang2 BAFIA pun tatau. Mmg bingai.

Baru2 nih Rafizi memfailkan tuntutan di tribunal tuntutan pengguna ke atas Syabas kerana isu gangguan bekalan air sedangkan gangguan bekalan air adalah kerana kegagalan Kerajaan Selangor menjaga sungai sehingga dicemari diesel. Masalah air yang sering berlaku adalah hasil kebongokan state gov. Rumah pam selalun rosak, kita tahu tugas bina rumah pam adalah tugas state gov. Banyak yang dah usang tp tak ganti. kata duit rizab berbilion2, rumah pam pun tak mampu beli???

So apa kejadahnya rafizi nak pi tuntut kat tribunal tu? Tak cerdik betul.