IPOH–Seorang lelaki, dipercayai bekas anggota TUDM, menjadi mangsa terbaru kes tembak di Taman Rishah, Ipoh, kira-kira jam 7.15 pagi tadi.
Mangsa S. Jambu Keshan, 39 ditembak kira-kira 30 meter dari kedai bapanya ketika keluar dari keretanya untuk mengambil barang.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong, mangsa dipercayai ditembak seorang lelaki yang keluar dari sebuah kereta dan melepaskan tembakan ke arah mangsa.
“Mangsa singgah di kedai bapanya, ketika keluar dari kereta, sebuah kereta jenis Toyota Vios dipercayai berwarna silver yang dinaiki dua lelaki, berhenti dan seorang suspek keluar serta melepaskan tembakan ke arah mangsa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di balai Polis Taman Rishah.
Beliau memberitahu mangsa dibawa ke hospital oleh ahli keluarga untuk bedah siasat. Tambahnya lagi motif kejadian masih di siasat. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, menyalurkannya kepada Balai Polis yang berdekat
No comments:
Post a Comment