Monday, 2 September 2013

Ini jawapan harga minya naik

Semalam... sebaik je PM kite umum penaikan rege minyak... ramei meroyan... macam-macam kate-kate dihembur... bukan saje dipihak pembangkang... tapi tak kurang juge hebatnye di pihak kerajann.. haaa ni awok nak share dengan kome ngape harge minyak naik.... moh bace... tambah sikit pengetahuan.. tutup sikit bebal tu... dan secara jujur usin juge meroyan kejap semalam sebelum usin bace bende nih...

Berdasarkan laporan terkini, harga minyak global kini sudah mencecah AS$100 setong dan jumlah ini boleh meningkat sehingga AS$150 setong jika krisis politik di Syria tidak terhenti. Jumlah ini cukup tinggi jika dibandingkan dengan harga pasaran minyak dunia pada tahun 2001 yang berada hanya sekitar AS$15 setong!

Jika anda merujuk Wikipedia mengenai trend harga minyak di Malaysia, harga minyak (ketika itu hanya ada RON97) adalah RM1.30 manakala harga pada masa ini (selepas kenaikan 20sen) ialah RM2.10.

Ini bermakna, dengan peningkatan harga minyak dunia daripada hanya AS$15 setong pada 2001 kepada AS$100 setong tahun ini, kenaikan terkumpul harga minyak di Malaysia hanya sekitar 70 sen sepanjang tempoh itu manakala jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan kini sudah mencecah RM24 bilion setahun.

Sekadar buat perbandingan, tiga bulan lalu, Indonesia menaikkan harga petrol mereka sebanyak 33% dengan secara sekaligus. Dalam kes di Malaysia, kenaikan 20 sen itu hanya sekitar 10.5 peratus.

Seperti biasa, puak-puak pembangkang akan menggunakan hujah bahawa tidak adil untuk bandingkan dengan Indonesia kerana negara republik itu bukan pengeluar minyak seperti Malaysia. Betulkah begitu?

Puak-puak ini juga akan membuat perbandingan harga minyak di negara-negara pengeluar minyak dunia seperti Arab Saudi (RM1.22 sen seliter), Bahrain (89sen), Qatar (72sen) dan Kuwait (69sen).

Baik, kita ambil Arab Saudi sebagai perbandingan. Malaysia mengeluarkan 624,000 barel minyak sehari sementara Arab Saudi mengeluarkan 11.2 juta barel sehari - perbezaan hampir 16 kali ganda. Jika ditolak penggunaan domestik antara dua negara ini, hasil eksport keseluruhan adalah kira-kira 19,000 barel untuk Malaysia dan 8.53 juta barel bagi Arab Saudi. Lihatlah betapa besar beza keuntungan yang boleh dihasilkan Arab Saudi sedangkan beza harga minyak kedua-dua negara hanya 90 sen.

Secara dasarnya, Malaysia bukan negara pengeksport minyak, malah 90 peratus keluaran minyaknya adalah untuk kegunaan dalam negara. Syarikat minyak nasional, Petronas pula aktif dalam kerja cari gali minyak di beberapa negara luar. Sumber simpanan minyak negara juga tidak akan kekal, Malaysia dijangka akan kehabisan sumber minyak menjelang tahun 2025.

Jika dilihat statistik kepada jumlah simpanan minyak ( statistik 2011), Arab Saudi mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia iaitu sekitar 262,700,000,000 barrels (tong) manakala Malaysia pula hanya 3,100,000,000 barrels. Malah, Indonesia yang menaikkan harga minyak sehingga 33 peratus baru-baru ini memiliki lebih banyak simpanan minyak berbanding kita iaitu 4,600,000,000 barrels.

Ada juga yang berhujah, dengan untung Petronas yang mencanak-canak mencecah puluhan bilion setiap tahun, kenapa harga minyak tidak boleh diturunkan? Memang benar Petronas untung besar, tetapi jumlah yang disalurkan kepada kerajaan juga berjumlah berpuluh bilion setiap tahun dan jumlahnya terus meningkat.

Kita perlu sedar bahawa Petronas adalah sebuah entiti perniagaan dan tidak semua keuntungannya boleh disalurkan kepada subsidi. Petronas juga menitikberatkan soal mengembangkan prospek perniagaannya dan ia tentunya bukan memakan modal yang sedikit. Malahan, seperti yang saya sebutkan tadi, sumber minyak negara tidak akan kekal selama-lamanya.

Rakyat juga perlu sedar betapa besar impak kenaikan harga minyak dunia yang makin tidak menentu. Bayangkan kalau kemelut di Syria berterusan dan harga minyak boleh mencecah sehingga AS$150 setong, jumlah subsidi pasti meningkat berkali ganda. Kerajaan boleh memilih untuk tidak menaikkan harga minyak, tetapi ia tentunya mengundang risiko yang cukup besar dan boleh melemahkan ekonomi sekaligus menyusahkan rakyat. Jika itu berlaku, maka pembangkang akan menuduh pula kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk menyelamatkan ekonomi.

Tindakan menaikkan sedikit harga minyak secara langsung membantu mengurangkan nisbah hutang negara. Bukankah pembangkang juga yang ghairah menjadikan isu hutang negara sebagai modal politik pada PRU lalu? Dalam keadaan negara turut berdepan senario politik global yang tidak menentu, semua perkara ini wajar diambil pertimbangan sewajarnya.

Jangan kerana taksub politik, kita mahu mempertaruhkan masa depan ekonomi dengan memberi gambaran salah kepada rakyat. Kalau pun hendak menjadikan kenaikan harga minyak ini sebagai wacana politik, berhujahlah secara fakta, bukan sekadar melemparkan hujah simplistik dan fitnah semata-mata.


No comments:

Post a Comment