Friday, 6 September 2013

Pemuda PAS ada bukti berkenaan anwar

ni Usin ade terima email dari Seorang pembaca mengirim email mempertahankan langkah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengkritik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan dengan usaha untuk mengadakan rundingan meja bulat dengan kerajaan Barisan Nasional (BN), haa nak tawu ape ceritenye tu.....

die khabor perkara ini bukan baru, bukan bermula dari cetusan dari laman peribadinya, anwaribrahimblog.com dalam perutusan semepena Hari Kemerdekaan Negara ke 56, tetapi lebih awal daripada itu, iaitu sebaik sahaja Pakatan kalah dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).

“Ungkapan Anwar dalam perutusan Kemerdekaan itu hanya pengesahan dan pelengkap daripada usaha-usaha awalnya yang telah disebut oleh orang kanannya, Azmin Ali sebelum ini.

“Lihat sejarah karektor Anwar seperti didedahkan Ezam, waktu malam di pentas ceramah, dia kritik Dr Mahathir, tetapi dalam senyap-senyap dia kirim surat mohon maaf dan ingin berbaik semula kepada Dr Mahathir melalui Ezam.

“Karektor ini penting untuk mengenali sikap dan tindakan Anwar kerana dia tidak pernah berubah,”katanya.

Malah, pembaca itu turut mengungkit sejarah silam Anwar pada tahun 1982, ketika menafikan mahu menyertai UMNO ketika bersama penyokong Pas, namun pada siangnya bersama Dr Mahathir Mohamad membuat pengumuman rasmi menyertai UMNO.

Turut disebut juga tentang ‘rancangan 16 September 2008′ di mana Anwar buat kepala sendiri, mencanang idea itu dengan membelakangkan Presiden Pas.

Menurutnya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya tahu perancangan-perancangan Anwar tentang projek 16 September itu hanya melalui media.

Tentang kenyataan anak Anwar, Nurul Izzah menafikan ‘rundingan’ itu, pembaca itu mahu ia turut dibandingkan dengan kenyataan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Nazree Mohd Yunus di FMT.

“Hentikan kerja gila itu wahai Anwar, anda bisik-bisik cerita ‘kerajaan perpaduan’ kepada pengikut anda supaya pengikut anda mewar-warkannya, tetapi dalam masa sama anda dan anak anda menafikannya.

No comments:

Post a Comment