u want to know something... amboiii cakap omputih usin petang-petang gini... hehe ni ade perkhabaran baru usin nak bawa kepada kome... sape lagi kalao bukan pengarah strategik PKR nak ajak debat tapi.. hampehhhh.. nak tawu selanjutnye... mari bace nih...
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli beriya-iya benar mencabar Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk berdebat isu kenaikan harga minyak. Rafizi cuba menggambarkan Khairy itu seorang pengecut kerana tidak berani untuk bercakap mengenai isu-isu rakyat.
Apabila diajak berdebat di Parlimen, Rafizi enggan. Katanya, biar dibuat secara terbuka, biar rakyat jelas dan menilai. Kata Rafizi lagi, rakyat berhak untuk mengetahui isu-isu semasa yang membelenggu kehidupan mereka. Rakyat juga katanya, mahu supaya nasib mereka diberi pembelaan.
Tetapi jika benar Rafizi begitu tersentuh dengan masalah-masalah rakyat, ada baiknya beliau jenguk dan turun padang mendengar keluhan rakyat marhaen di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang terlebih dahulu.
Kenaikan 100 peratus tarif air di Pulau Pinang, kenaikan cukai pintu dan kadar bayaran parkir di Selangor dan isu pengambilan tanah-tanah rakyat di Kelantan. Semuanya menimbulkan kegelisahan rakyat. Itu belum termasuk rungutan bersabit janji-janji pilihan raya pembangkang yang belum tertunai sehingga hari ini.
Justeru, mungkin ada baiknya jika Rafizi 'berdebat' dahulu dengan mereka-mereka ini. Mereka ini juga adalah rakyat marhaen. Mereka juga memerlukan pembelaaan.
dan yang ni pulak.. kome ongat tak masa dia bangkit isu NFC dulu, dia sendiri pun tak tahu beza antara NFC dengan NFCorp. jahanam laa orang macam ni..... pegi mengaji balik lah....
Bila kene saman ngan shahrizat, dia dedahkan pula data bank suami Shahrizat. Bila kena tangkap dia melalak salahkan undang-undang BAFIA. Semua pun tau data bank seseorang individu adalah sulit. Kata akauntan tapi fungsi undang2 BAFIA pun tatau. Mmg bingai.
Baru2 nih Rafizi memfailkan tuntutan di tribunal tuntutan pengguna ke atas Syabas kerana isu gangguan bekalan air sedangkan gangguan bekalan air adalah kerana kegagalan Kerajaan Selangor menjaga sungai sehingga dicemari diesel. Masalah air yang sering berlaku adalah hasil kebongokan state gov. Rumah pam selalun rosak, kita tahu tugas bina rumah pam adalah tugas state gov. Banyak yang dah usang tp tak ganti. kata duit rizab berbilion2, rumah pam pun tak mampu beli???
So apa kejadahnya rafizi nak pi tuntut kat tribunal tu? Tak cerdik betul.
No comments:
Post a Comment