Thursday, 5 September 2013

siapa yang mula naikkan harga dan siapa yang degil?? dan ini penjelasan kenaikan harga minyak

memang tak dengor kate dorg ni... ok bermula dengan Selangor dulu... lepas menang cukai pintu naik... tapi bila kerajaan umum kurangkan subsidi je meletup meroyan deme... menteri KPDNKK dah bagi warning jangan naikkan harga barang... sekrang ni tengok lah.. betape degilnya deme ni... 











dan dibawah ni merupakan penjelasan kenaikan harge minyak... so usin harap tak ade yang bebal dah..

1. Dlm isu ini tdpt 3 pihak utama: (a) pengeluar (b) pengguna - termasuk MKP, dan (c) kerajaan.

2. (a) & (b) menjaga kepentingan masing2 yg berkonflik (maka tak hairan klu mereka tidak memahami satu sama lain) manakala (c) perlu mengharmonikan kedua-duanya, di samping menjaga juga kepentingannya (agar kekal berkuasa).

3. Pengguna melenting sebab harga RON95 naik 20 sen (10.5%). Kehendak pengguna: turunkn lagi harga.

4. Pengeluar menuntut kenaikan sekitar 30 sen sebab sejak setahun lalu kos telah meningkat 15%.

5. Kerajaan cuba mengharmonikan kedua2 pihak ini dengan membenarkan kenaikan 20 sen itu (Kerajaan tak janji harga petrol tak dinaikkan sampai bila2). Pengguna bayar sikit manakala pengeluar dipaksa menerima keuntungan yang lebih rendah.

6. Kerajaan tidak bersedia membayar tambahan 20 sen dengan menambah kos subsidi sebab ia akan lebih menguntungkan orang kaya. Kos perbelanjaan pengangkutan (penggunaan) mereka lebih tinggi (15.9%) banding yang berpendapatan rendah (12.3%).

7. Tindakan kerajaan itu mampu menjimatkan RM1.1B pada tahun ini & RM3.3B setiap tahun akan datang.

8. Pada umumnya, purata kos petrol isirumah hanyalah 9% drp jumlah perbelanjaan isirumah. Ini bermakna kenaikan kos hanyalah 1% setahun. Bagi mereka yg berpendapatan rendah, ianya adalah lebih rendah lagi.

9. Kenaikan ini akan menyebabkan kos pengangkutan melompat 10% dan inflasi pasti akan berlaku seperti pada 2008 tapi pada kadar yg lebih rendah.

10. Sebaik-baiknya Kerajaan turut mengumumkan langkah-langkah mengurangkan beban rakyat (ini janji BN!) akibat kenaikan ini semasa mengumumkan kenaikan harga tersebut, termasuklah apa yg hendak dibuat utk rakyat berhubung dengan wang yang dikatakan dapat dijimatkan berbilion2 itu!










No comments:

Post a Comment