Saturday, 7 September 2013

ohh ayuhhh ayuh harimaukuuu..

menjelang pesta bola petang ni moh kite dengorkan suare anak Perak ni....

TONGGAK Harimau Muda A, Mohamad Fadhli Mohd Shas menegaskan bahawa beliau dan rakan sepasukannya sudah bersedia berentap untuk menghadapi Kejohanan Pestabola Merdeka yang bakal membuka tirainya di Kuantan, Pahang, hari ini.

Menurut Fadhli, dengan persiapan rapi dilakukan oleh skuad muda negara, beliau yakin mereka mampu menghasilkan keputusan positif pada kejohanan itu nanti.

“Kami yakin kerana kami telah bermain bersama-sama untuk sekian lama, kami juga telah membentuk persefahaman yang benar-benar baik antara satu sama lain.

"Apa pun, saya berharap kesemua pemain kekal memberikan yang terbaik dan menepati sasaran untuk mara ke final,” katanya.

Fadhli turut mengharapkan rakan sepasukannya menggunakan peluang beraksi di Kejohanan Pestabola Merdeka ini sebagai medan terbaik untuk meningkatkan kemahiran masing-masing sebelum menghadapi Sukan Sea, Myanmar pada Disember depan.

"Kejohanan ini satu ujian penting kepada Harimau Muda A sebagai persediaan untuk mempertahankan pingat emas Sukan Sea.

"Justeru, saya harap semua pemain akan menimba pengalaman di sini dengan mempelajari corak permainan lawan serta menjadikan perlawanan ini untuk meningkatkan prestasi bagi menghadapi Sukan Sea nanti," katanya yang tekad memberikan aksi terbaik.

Pada Pestabola Merdeka kali ini, Harimau Muda bakal berdepan skuad B-23 Singapura di Stadium Darul Makmur, Kuantan, esok sebelum melayan cabaran B-23 Myanmar (9 September) dan B-23 Thailand dua hari kemudian.

No comments:

Post a Comment