Friday, 16 August 2013

Ape masalahnye amik anak kojer.. bute perut betoii lee bangkang longkang ni...

baru2 ni kan Nazri Aziz ade khabor yang die bayor gaji anak die... kome tawu takk ape puak fuckatan khabor.... deme kate Nazri main kronilahh hape lah.... ekkkk elehhhh.... die bayor anak die pasei anak die kojer ngan diee lagipunn die dah keluor statement.. "saya bayar gaji anak saya, bukan kerajaan".. lagi bagus buat macam gitu lagi senang nak percaye... baru amik anak kojer dah deme kecoh... deme idok ke nak pikiorr... yang gay tua deme tu... dengan anakk... dengan bini... china dolll (ehhh~~) semua nak sumbat dalam pucuk pimpinan parti... ijjahhhh oo ijahh.. lawoo anak die nii.. ngidam pulakk awok.. hehe ok maleh nak labun panjang-panjang... ni kome nak tawuu ape PM Najib kite khabor pulak pasei isu ni... 1....2....3... baceee bawoh nii..

Tidak ada masalah jika seseorang menteri atau anggota pentadbiran kerajaan mengambil anggota keluarganya sebagai pembantu jika ia tidak melibatkan sebarang pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, apa yang tidak dibenarkan adalah sekiranya ia melibatkan pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan.

"Kalau sukarela dan bukan anggota pejabat menteri, kita tiada halangan.

(Boleh jika) dia bantu dari segi program dan tak melibatkan sebarang pembayaran kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan, Pelancaran Pelan Integriti Felda dan Majlis Hari Raya di Felda Sungai Tiang di sini hari ini.

Najib berkata, dalam isu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang didakwa mengambil anaknya sebagai pegawai khas di kementeriannya, beliau difahamkan anak menteri itu bukan pembantu rasmi yang dibayar kerajaan.

"Saya difahamkan bukan pembantu rasmi, hanya membantu secara tak rasmi. Takde pun dalam senarai sebagai pembantu menteri yang dibayar gaji dan elaun oleh kerajaan," katanya.

Banyak pihak mempertikaikan tindakan Mohamed Nazri mengambil anak lelakinya bekerja di kementerian yang beliau sendiri adalah Menterinya.

Bagaimanapun, Mohamed Nazri menjelaskan bahawa pelantikan anaknya itu adalah pelantikan tidak rasmi dan tidak dibayar gaji oleh kerajaan.

Mengenai cadangan supaya semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diwajibkan mengisytiharkan harta mereka setiap tahun, Najib berkata, setakat ini kerajaan hanya menetapkan anggota pentadbiran kerajaan yang mesti mengisytiharkan harta masing-masing.

"Ahli Parlimen tiada kuasa eksekutif dan mereka boleh menjalankan perniagaan. Takde halangan (berniaga) asalkan jangan ada 'conflict of interest' (konflik kepentingan)'," katanya.

Perdana Menteri berkata, aset dan harta yang diisytiharkan oleh anggota pentadbiran kepada beliau juga boleh memberi ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyemaknya.

"Walaupun tiada aduan, SPRM boleh semak senarai aset yang mereka isytiharkan kepada saya," katanya. - BERNAMA


lepas tu kome KLIK SINI UNTUK ULASAN NAZRI tauu...


No comments:

Post a Comment