ni awok ade copy kronologi sepanjang kes2 yang jadi dari April sampai ler Julai..
1) 12/4/13
Mangsa James John,45 ditembak mati dalam keretanya berhampiran lampu isyrat Taman Seri Labu oleh 2 lelaki yg menaiki motorsikal.
2) 14/4/13
Tan kok soon,56 ditembak dari jarak dekat ketika makan malam bersama keluarganya di sebuah restoran di pusat komesial Oakland
Tan kok soon,56 ditembak dari jarak dekat ketika makan malam bersama keluarganya di sebuah restoran di pusat komesial Oakland
3) 16/4/13 (Taiping)
Mangsa K.Muthualgan 47 maut apabila peluru yg di tembak dari jarak dekat menembusi kepala mangsa
4) 25/4/13 (Tampin)
Seorang runner JPJ N.ragunathan,39 ditemui di tembak dalam keretanya oleh 2 lelaki yang menaiki motorsikal
5) 26/4/13 (Putrajaya)
Timb. Ketua pengarah kastam(perkastaman/cukai dalam negeri)
Datuk shaharuddin ibrahim,58 maut di tembak dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya oleh 2 orang yang menaiki motorsikal
6) 26/4/13 (Cheras)
Mangsa Karikaalan,29 tukang gunting rambut mati ketika dalam perjalanan ke hospital setelah terkena 2 das tembakan daripada 10 das tembakan yang di lepaskan oleh 2 lelaki yg menaiki motorsikal manakala ibu karikaalan,60 cedera di lengan kanan
7) 30/4/13 (Taiping)
Seorg peniaga barang lusuh yg berusia 26 tahun hampir maut terkena tembakan daripada 2 lelaki yang tidak di kenali menaiki motorsikal di hadapan rumahnya
8) 7/5/13 (Nibong Tebal)
Tan hock chin,47 Seorg yang aktif dalam rondaan keselamatan sukarela kawasan taman perumahan semasa sedang minum bersama 2 rakannya, tiba-tiba muncul seorang tidak dikenali menghampiri mangsa lalu tembak ke arah kepala mangsa.
9) 9/5/13 (Tangkak)
Seorg jurutera Muthu Pillai,41 di jumpai mati dengan 3 kesan tembakan di sebuah ladang kelapa sawit
10) 10/5/13 (Alor Setar)
Seorang penarik kereta M.Nagenthiran,30 maut terkena 3 das tembakan di hadapan rumahnya di Taman Setia Jaya
11) 11/5/13 (Lunas)
Seorg pembantu kedai barang lusuh, Thangaraja,31 di temui mati di dalam kereta perodua alza miliknya dengan 10 kesan tembakan di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai Lunas
12) 11/5/13 (Cheras)
Polis sukarelawan(sp) N.Saravanan dan rakannya Tamil Selvam,29 di tembak dan mengalami kecederaan oleh 2 lelaki yg menaiki motorsikal
13) 11/5/13 (Seremban)
P.Chslidass,29 dan G.surentharan,31 manakala 2 lg rakannya parah ditembak dari jarak dekat ketika kenderaan pacuan 4 roda yg mereka naiki berhenti di persimpangan lampu isyrat pusat bandar oleh 2 lelaki yg menaiki motorsikal
14) 12/5/13 (Bukit Tambun)
S.Kanan,37 dan G.suresh,28 maut manakala 2 lagi cedera parah selepas di tembak 4 lelaki yg menaiki motorsikal ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun P.Pinang
15) 4/6/13 (Taiping)
Pemilik bengkel kereta Govindarajo@Murthy,36
mati sementara rakannya A.manimaran cedera selepas di tembak oleh 2 lelaki yang menaiki motorsikal di sebuah restoran di Taman Kota Jaya, Simpang
16) 6/6/13 (Muar)
Tan chai heng,51 dengan kesan tembakan di muka di temui terbaring di taman itu kira-kira 30 meter dari rumahnya
17) 14/6/13 (Kuala Kurau)
Seorang peniaga Lim Kong Hai cedera parah di bahagian perut setelah ditembak berhampiran stesen bas Kuala Kurau.
18) 4/7/13 (Pasir Mas,Kelantan)
Seorg guru sekolah rendah di tumpat cedera di tembak di bahagian leher
19) 4/7/13 (P.Pinang)
2 lelaki yang memakai topi keledar melepaskan 4 das tembakan terhadap mangsa K.Kuganeswaran di restoran cina Relau dari jarak dekat
20) 8/7/13 (Bachok Kelantan)
Seorang guru Penolong hal Ehwal Murid(HEM)
Hashim Mat Zin,43 meninggal dunia selepas terkena 3 das tembakan di simpang tiga berhampiran sekolah.
21) 12/7/13 (P.Pinang)
Seorg kanak-kanak india lelaki berusia 4 thn menjadi mangsa selepas di tembak lelaki yang menaiki motorsikal ketika menemani bapanya untuk berjumpa rakan
22) 15/7/13 (Kampar)
Dua beranak parah di tembak ketika sedang berehat selepas berbuka dalam satu kejadian samun di Taman Sejahtera
23) 18/7/13 (Kulim)
Seorg guru mati terkena 6 das tembakan yg di lepaskan 2 lelaki yang menaiki motorsikal ketika berhenti di lampu isyarat Simpang Empat Jalan Keladi.
24) 19/7/13 (Semanggol)
Lelaki india ditemui mati di percayai di tembak di Jalan Gula Simpang Empat Semanggol
25) 24/7/13 (Kluang)
Seorang lelaki berusia 46 tahun cedera parah setelah di tembak di kawasan tempat letak kereta taman rekreasi Gunung Lambak
26) 26/7/13 (Temerloh)
Seorg pemandu lori pertubuhan peladang kawasan(PPK) Temerloh cedera di lengan selepas di tembak lelaki yg menaiki motorsikal dalam perjalanan ke Jerantut.
27) 27/7/13 (Jempol)
Pengerusi Badan Pemantau Jenayah (Mywatch)
Sri Sanjeevan di tembak 2 das tembakan dekat Bahau,N.sembilan
28) 29/7/13 (Ipoh)
Jasrafveenderjeef Singh,25 mati akibat terkena tembakan di leher manakala abang mangsa,28 dan rakannya lelaki cina,55 cedera parah
29) 29/7/13 (Kuala Lumpur)
Pengasas Arab-malaysian Development bank,Hussain Ahmad Najadi,75 di tembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon manakala isteri mangsa cedera terkena tembakan oleh lelaki cina menaiki teksi.
30) 29/7/13 (Bukit Mertajam)
G.Santhanasamy,30 berasal dari Kulim Kedah cedera di betis di tembak oleh 2 lelaki yang menaiki motorsikal di persimpangan lampu isyarat Jalan Mengkuang
31) 31/7/13 (P.Buntar)
N.Jeevandran,26 yg dikehendaki polis kerana mempunyai 4 rekod jenayah mati di tembak di persimpangan jln permai utama berhampiran Pejabat Pendidikan Daerah.
No comments:
Post a Comment