Friday, 23 August 2013

Dahh kena dahh.. Ohh Pulau Pinang........

sape tawu maksud surcaj?? haaa surcaj ayor kat Penang nak 100% komeeee.... awok bukan nak menghasut... tapi ce kome pikior ape yang akan jadi nanti.... hahah... awok gelak je.. dulu waktu Najib bagi peluang kome sombong... dah la taraf hidup tinggi.. ayor lagi naik.... haaa hambik,.... ni awok petik dari satu portal Berita rasmi... khas untuk kome semua nak bace bior bukak sikit otak dengan mate tu yea......

lepas tu kome nilai sendiri makin lame makin baik ke makin lame makin teruk.... hehehehehee

PULAU PINANG 23 Ogos - Kerajaan DAP Pulau Pinang akan menaikan surcaj pemuliharaan air (WCS) sebanyak 100 peratus bagi penggunaan domestik bermula 1 September ini.
Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (BPAPP), Ir. Jaseni Maidinsa berkata, WCS itu akan dinaikkan daripada 24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter untuk penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan bagi menggalakkan penggunaan air yang lebih bijak.
Katanya, penggunaan air domestik di negeri ini terlalu tinggi dan PBAPP tiada pilihan lain selain menaikan kadar WCS bagi menggalakkan pemuliharaan atau penjimatan air.
Katanya, penggunaan air domestik per kapita di Pulau Pinang telah mencapai tahap tertinggi iaitu 302 liter per kapita sehari sehingga 30 Jun lalu berbanding 294 liter per kapita tahun lalu.
"Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2010 juga mengesyorkan pengunaan air adalah sebanyak 50 hingga 100 liter per kapita manakala penggunaan air per kapita di Singapura bagi tahun lalu adalah sebanyak 152 liter.
"Oleh kerana bekalan air domestik disubsidi negeri dan perkhidmatan bekalan air adalah baik, orang ramai dilihat terus menggunakan air secara berlebihan, namun sebagai negeri yang kekurangan air kita perlu memikirkan masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jaseni berkata, PBAPP tidak lagi mampu memberi subsidi sebanyak RM65.4 juta setahun untuk bekalan air kepada pengguna domestik dan unjuran perbelanjaan modal bagi projek bekalan air di negeri ini adalah sebanyak RM99.9 juta. - UTUSAN ONLINE


No comments:

Post a Comment