ceritenye gini.. semalam, waktu nak pegi masuk bilik sidang media Zambry ternampak Nga, lepas tu ajak join skali, tanpa alasan Nga masuk join skali dalam tu... kome tawu takk lebih dari 25 pemberita terkujatt nengok insiden tu..
ramei yang kate mesti tegang kat dalam tu.. tapi semua tu meleset.. sebab deme bincang dengan penuh mesra gitu... deme bincang pase isu cukai tahunan sekolah persendirian cina (SUWA), Sekolah agama rakyat dan sekolah tamil... haa kat bawah ni ade sikit detail pasei sidang media semalam... jemput bace..
Dalam sidang media itu, Dr Zambry berkata, kerajaan Perak bercadang menurunkan kadar cukai tanah SUWA, SAR dan sekolah Tamil daripada RM65 sehektar kepada RM10 sehektar setahun.
Berikutan penurunan kadar itu, sekolah-sekolah terbabit hanya perlu membayar RM10,000 berbanding RM65,000 setahun, katanya.
"Oleh kerana ini adalah bangunan sekolah dan ia tidak bersifat keuntungan, maka kerajaan negeri telah meminta pihak Pejabat Tanah dan Galian untuk membuat penilaian semula supaya cukai tanah ini dapat diminimakan.
"Saya dimaklumkan Dr Mah Hang Soon sedang mengadakan perbincangan mengenai perkara dengan pihak pengurusan sekolah,'' katanya pada sidang media di bilik media Bangunan Dewan Undangan Negeri Perak hari ini.
Menurut Dr Zambry, cadangan menurunkan kadar cukai tanah itu sebenarnya telah pun dibincangkan sebelum PRU-13 lagi.
Sebelum ini, Nga telah menimbulkan kemarahan Dr Zambry apabila Setiausaha DAP itu dalam kenyataannya dalam media Cina menuduh Menteri Besar mahu membalas dendam terhadap kaum Cina dengan mengutip bayaran cukai tanah tinggi daripada sekolah SUWA.
Dalam kenyataan itu, Nga dipetik berkata tindakan mengutip cukai tanah tinggi itu adalah kerana keputusan PRU-13 memperlihatkan kaum Cina tidak mengundi BN.
Dr Zambry dalam reaksi balasnya telah melabel Nga sebagai rasis kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian manakala Nga dalam kenyataan susulan mengekalkan sikap rasisnya dengan mengatakan Dr Zambry tidak ikhlas terhadap kaum Cina.
Mengenai perkembangan sama, Dr Zambry pada sidang media itu bersetuju dengan cadangan Nga supaya 2,000 hektar tanah yang dianugerahkan kepada sekolah SUWA untuk tananam kelapa sawit perlu diwartakan sebagai tapak pembangunan pertanian untuk maksud pendidikan.
Katanya cadangan sama telah dibincangkan kerajaan negeri ketika di peringkat meluluskan tanah tersebut.
“Inilah juga hasrat kita kerana kita mahu memastikan tanah tidak disalahgunakan selain daripada menjana pendapatan bagi tujuan pembangunan pendidikan sekolah terbabit. Langkah sama akan kita gunapakai bagi tanah yang kita beri kepada SAR dan sekolah Tamil,” katanya.
Menteri Besar berkata langkah tersebut bagi memastikan kawalan ketat dibuat dan tanah tersebut tidak digunakan untuk tujuan pembangunan lain di masa akan datang.
“Waktu zaman saya mungkin saya boleh saya kawal lagi, mungkin di masa depan yang lain-lain kita tidak tahu apa akan terjadi, saya fikir itu satu pandangan yang baik dan selaras juga dengan apa yang kami sedang fikirkan,” katanya.
No comments:
Post a Comment