Pengerusinya, Datuk Johan Jaafar berkata ia adalah kenyataan terbuka pertama daripada seorang menteri besar atau ketua menteri berhubung pemberian projek perniagaan kepada anggota keluarga terdekat.
"Kita mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh menteri besar Kedah itu dan ia satu usaha yang patut dicontohi semua menteri besar dan ketua menteri di seluruh Malaysia, malah patut dipanjangkan ke peringkat Kabinet," katanya, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mukhriz yang memberi jaminan untuk tidak akan memberi projek perniagaan di Kedah kepada anggota keluarganya.
Mukhriz, dalam sidang media di Alor Setar semalam sempena 100 hari beliau sebagai Menteri Besar Kedah berkata keputusan itu dibuat bagi mengelakkan keadaan yang boleh menimbulkan konflik kepentingan kepada dirinya jika ada anggota keluarganya mendapat projek perniagaan di negeri itu.
Johan berkata, tindakan Mukhriz itu juga bertepatan dengan cadangan PPPR pada 20 Disember lalu supaya anggota keluarga menteri Kabinet, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan exco kerajaan negeri tidak membabitkan diri daripada membida sebarang projek kerajaan."
No comments:
Post a Comment