Petang tadi teman terserempak dengan konvoi yang mengiringi salah seorang penjenayah yang ditembak Polis tempohari. Sungguh menakutkan apabila konvoi tersebut membawa banner yang melambangkan Gangster 04 dan mengagung-agung penjenayah.
Namun sayang teman tidak berani untuk berhenti untuk menangkap gambar kerana tidak kelihatan pun anggota Polus disitu. Gambar-gambar ini teman ambil dari Pisau.net untuk tatapan dan penilaian anda semua.
5 penjenayah berjaya dibunuh oleh pihak polis di Pulau Pinang mencetuskan kemarahan oleh pihak pakatan terutamanya DAP. Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP tampil kehadapan membela nasib para penjenayah ini.
Kongsi gelap dan gengster sekarang ini mendapat pembelaan daripada DAP dan pakatan ..kita boleh lihat bagaimana dengan beraninya mereka membuat perarakan membawa bendera dan lambang kongsi gelap.
Hari ini mereka sudah menghantar isyarat seperti gambar diatas di tembok sebuah balai polis .
Gambar dibawah anda saksikan bagaimana para kongsi gelap ini cukup berani…tidak pernah didalam sejarah negara mereka seberani begini..mereka naik tocang apabila mendapat pembelaan DAP.
LAGI BERITA PENUH KLIK SINI
No comments:
Post a Comment