awok nak petik dari satu portal ni... sebuah NGO mengecam tindakan PAS sebelum ini yang menjual kalimah Allah. yang akhirnya memakan diri... awok tak boleh nak khabor pape lah... paseinye ape yang deme buat ni makan diri.... baru deme tawuu... haaa NGO ni jugak dakwe deme ni lebih pentingkan Metallica daripada Kalimah... mcm2 masalah PAS pis pus ni... hidup Stopa Spender!!!! kome bace nih.......
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mengecam PAS kerana tidak bersama mereka dalam isu kalimah Allah, walaupun mahkamah hari ini memutuskan kemenangan kerajaan dalam kes rayuan kalimah "Allah".
Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Gereja Katolik untuk mengenepikan rayuan Putrajaya bagi mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan perkataan Arab “Allah” sebagai terjemahan bahasa Melayu kepada “God”.
"Kita tidak mahulah pihak yang kononnya memperjuangkan Islam sibuk berdemonstrasi di konsert Metallica tetapi tidak pula menyatakan sokongan kepada isu kalimah Allah ini.
"Malah ada juga yang mengatakan isu kalimah Allah ini tidak sebesar isu di Mesir, bagi Perkasa kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab," bidas Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali tentang langkah Dewan Pemuda PAS yang berkumpul di konsert Metallica semalam bagi menyatakan bantahan mereka.
Dalam pada itu, Syed Hassan menyatakan rasa syukurnya atas kemenangan hari ini serta berharap kemenangan sama dapat diperoleh dalam perbicaraan sebenar pada 10 September ini.
"Perkasa bersyukur dengan keputusan yan diumumkan hari ini dan kita harapkan kemenangan ini akan juga dicapai dalam sebutan kes rayuan pada 10 September ini.
"Selain itu, Perkasa juga menggesa semua umat Islam tanpa kira fahaman politik untuk bersatu dalam isu kalimah Allah ini," kata yang ditemui di Mahkamah Rayuan hari ini.
Syed Hassan bagaimanapun membidas pihak gereja yang mengheret kemelut isu kalimah Allah ke mahkamah, serta menyatakan pendirian kalimah Allah hanya ekslusif untuk penganut Muslim.
"Bagi Perkasa, isu ini tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah kerana kita mengiktiraf kalimah Allah adalah ekslusif untuk umat Islam.
"Namun, atas dasar demokrasi kita perlu berhadapan dengannya juga," tegas Syed Hassan.
Dalam pada itu, Syed Hassan membidas PAS kerana bersikap tidak mengendahkan tentang isu kalimah Allah tetapi lebih mementingkan isu yang tidak mempunyai kaitan dengan Malaysia.
Bagaimanapun, Presiden Jati Datuk Dr Hasan Ali berkata umat Islam tidak boleh terlalu bergembira dengan kemenangan yang diperoleh hari ini kerana perbicaraan pada 10 September adalah lebih penting.
"Kita menerima keputusan yang diumumkan hari ini tetapi pada masa sama tidak boleh terlalu gembira kerana keputusan penuh adalah pada 10 September nanti.
"10 September adalah penentu dan saya berharap semua pihak dapat bersatu dalam isu kalimah Allah ini," kata Hasan.
Selain itu, Pengerusi Gabungan NGO Persatuan Pembela Muslim (Pembela) Dr Yusri Mohamad juga berharap kemenangan pada kes sebenar akan memihak kepada umat Islam seperti hari ini.
"Saya harap semasa kes sebenar kita akan memperoleh kemenangan," katanya lagi.
Terdahulu, kumpulan NGO tersebut telah berkumpul seawal 8 pagi bagi menyatakan sokongan kepada peguam yang hadir mewakili kerajaan dalam kes rayuan hari ini.
Kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 31 Disember 2009, yang membenarkan semakan kehakiman Gereja Katolik berkenaan bagi menarik balik larangan KDN berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Herald untuk merujuk kepada Tuhan Kristian. - Malaysianinsider
No comments:
Post a Comment