Thursday, 24 October 2013
INDIA PATUT DIANUGERAHKAN 10 EKAR TANAH DAN RUMAH KERANA BANGUNKAN INDUSTRI PERLADANGAN DI MALAYSIA, KATA PECACAI PAKATAN!!!
Apa yang anda baca di atas adalah merupakan komen seseorang yang jelas merupakan seorang PEMBOHONG, PENGECOH dan BUTA KAYU dalam memahami sejarah negara ini. Bagaimanapun, dengan berselindung atas nama RAKYAT MALAYSIA, dia cuba memurnikan pembohongannya itu.
Kalau diikutkan kepada kata-katanya, semua pihak yang menentang Pakatan Rakyat dan mendedahkan pembohongan Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP dan Anwar Ibrahim adalah ANJING-ANJING UMNO yang dibayar tunai serta menerima jawatan besar hasil daripada 'pengkhianatan' yang dilakukan.
Namun yang paling menarik ialah apabila pengkomen tersebut menyalahkan Tun Dr. Mahatir yang dilabelkannya sebagai MAHATHIR THE DEVIL yang telah melakukan 'serangan pada awal subuh' tetapi tidak memberikan sebarang manfaat kepada masyarakat India meskipun masyarakat India merupakan penyumbang utama kepada industri perladangan di negara ini.
Kononnya, sebagai warganegara Malaysia, masyarakat India langsung tidak menikmati sebarang faedah. Sepatutnya, selepas masyarakat India diperhambakan oleh penjajah British, Kerajaan Malaysia sekarang ini perlu menyediakan 10 ekar dan sebuah rumah untuk didiami kepada setiap orang India estet.
Kononnya juga, sejarah masyarakat India di estet telah dipadamkan oleh Tun Dr. Mahathir!
Bagi golongan muda yang malas memahami sejarah negara ini, pasti akan menerima apa yang diperkatakan oleh pengkomen tersebut secara membuta tuli.
Hakikatnya, pada tahun 1931, jumlah masyarakat India di Tanah Melayu pada waktu itu, tidak sampai pun 100,000 orang dan sebahagian besar daripada mereka pula, telah pulang ke India. Gelombang kedatangan masyarakat India secara besar-besaran ke Tanah Melayu bermula selepas Perang Dunia Kedua ketika industri perladangan kembali dimajukan.
Dan mereka bukannya rakyat Tanah Melayu sebaliknya hanyalah PEKERJA ASING yang dibawa masuk oleh British untuk sektor perladangan dan kerjaraya. Hanya menjelang kemerdekaan, barulah pemimpin-pemimpin India berasakan lebih baik mereka tinggal di negara ini daripada pulang ke India memandangkan layanan baik yang diberikan oleh masyarakat Melayu-Bumiputera kepada masyarakat India.
Malah kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MIC yang pertama, Tun Sambanthan menjelaskan perkara tersebut,
"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh soal perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?
Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Sri Lanka dan juga tidak diterima di Burma. Dan lihat saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain.
Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut?
Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum kaum India telah diusir keluar, di Sri Lanka mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?
Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan MENERIMA MEREKA SEBAGAI SAUDARA, kita akan berikan mereka SEPENUH PELUANG UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN di negara ini, kita akan BERI MEREKA PELUANG untuk menjadi warganegara"
Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Sri Lanka menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini.
Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."
Itu kata pemimpin awal masyarakat India. Tetapi sekarang, nampaknya anak cucu mereka cuba menipu sejarah dengan meletakkan label RAKYAT MALAYSIA.
Apakah kaum imigran yang datang ke Malaysia selepas merdeka, bekerja dalam pelbagai bidang terutama sekali pembinaan, perlu diberikan 10 buah rumah dan beberapa ekar tanah sebagaimana yang disarankan untuk masyarakat India estet yang diberikan kerakyatan pada pertengahan 1950-an?
Ini satu lagi contoh klasik bagaimana penipuan berterusan dilakukan dan sejarah cuba diputarbelitkan!
Bukan kesemua berperangai begini, tetapi segelintir yang menjadi kacang lupakan kulit, membuatkan keseluruhan masyarakat berkenaan, dilabelkan sebagai LUPA DIRI dan TIDAK MENGENANG BUDI!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment