Tuesday, 29 October 2013

LIM GUAN ENG SANGGUP KERAT CINA UNTUK NAIKKAN 'MELAYU' SEPERTI ZAIRIL KHIR JOHARI DI KEDAH!!!


Melihat puji-pujian yang diberikan oleh pecacai Pakatan Rakyat yang berjenama Melayu kepada Lim Guan Eng, terutama sekali kononnya, Lim Guan Eng amat mengkagumi dan menghormati Umar Abdul Aziz, membuatkan orang gila apatah lagi yang waras, akan berasa kembang tekak dan loya.

Hanya si bodoh yang tidak dapat melihat taktik dan helah Lim Guan Eng sahaja yang sanggup memberikan pujian dan kagum dengan perbuatannya.

Selepas kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak, Lim Guan Eng melihat ruang yang lebih besar untuk menawan Kedah dan meletakkan lebih ramai calon-calonnya di Kedah. Lim Guan Aik yang merupakan Pengerusi DAP Kedah, adalah musuh utama Lim Guan Eng yang tidak berbaiah dan tidak menyatakan taat setia kepada Lim Guan Aik.

Justeru, Lim Guan Eng telah mengutuskan anak Cina yang bernama Melayu dan menyamar sebagai Melayu, Zairil Khir Johari untuk mengetuai pasukan INTERIM DAP di Kedah. Lim Guan Aik yang sebelum ini cukup lantang telah terpinggir sama sekali.

Lim Guan Aik telah menyertai Dr. Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP yang turut dicantas oleh Lim Guan Eng dalam usaha anak Kit Siang itu memperkukuhkan kuasanya di tiga buah negeri, iaitu Melaka, Kedah dan Johor.

Pemilihan CEC baru-baru ini memberikan indikasi merudumnya populariti Lim Guan Eng. Justeru, Lim Guan Eng terpaksa merangka suatu langkah yang lebih berkesan untuk memastikan kuasanya tidak tergugat oleh mana-mana elemen dalam DAP.

Konco-konconya seperti Teo Nie Ching, Tony Pua, Hannah Yeo, Teresa Kok, Jeff Oii, Liew Chin Tong dan beberapa muka baru lagi, telah diletakkan oleh Lim Guan Eng pada hierarki kanan parti. Mereka ini merupakan tentera-tenteranya yang sangat setia dan juga berkongsi perangai dengannya iaitu gemar membuli dan berlagak sombong.

Melayu-Melayu bangang yang memuja-muji Lim Guan Eng barangkali tidak sedar langsung bahawa anak Lim Kit Siang itu sedang merangka satu penjajahan bentuk baru bagi mewujudkan sebuah republik rakyat Cina Malaysia menerusi kerjasama dan bantuan daripada Melayu-Melayu dari PKR dan sudah tentulah PAS.

Disebabkan itulah, PAS yang mengandungi ahli paling ramai berbanding PKR dan DAP sendiri, telah dipergunakan sepenuhnya. DAP walaupun tidak terlibat secara aktif di Sungai Limau, namun dipercayai telah menyalurkan pelbagai bantuan terutama sekali dana dan peruntukan kepada calon PAS yang merupakan salah seorang daripada penyembah Lim Guan Eng.

Mungkin sedar dengan masalah itulah, Lim Guan Aik cuba memalingkan sokongan tetapi hanya bersuara lantang sedangkan kuasanya tidak seberapa, jadilah dia sebagai pejuang cacat yang hanya mampu melihat bagaimana Zairil Khir Johari merampas kedudukannya secara sembrono.

Mungkin belum nampak, tetapi kesan daripada perluasan kuasa Lim Guan Eng ini akan menular serta menyusahkan Melayu... kecuali Melayu yang masih tidak sedar diri dan terus kagum dengan lakonan Lim Guan Eng!!!

No comments:

Post a Comment