KUALA LUMPUR- Sikap kuku besi pemimpin DAP pusat terutama Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng merupakan punca mendorong Pengerusi DAP Melaka Goh Leong San meletak jawatan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata peletakan jawatan Goh itu sememangnya telah dijangka kerana Lim dan pemimpin DAP pusat lain sering masuk campur urusan DAP di negeri ini sekaligus menyukarkan Goh menjadi seorang ketua pembangkang yang berkesan di Melaka.
Beliau berkata sikap kuku besi itu menyebabkan DAP Melaka berpecah dua, satu pihak menyokong kepimpinan DAP pusat manakala satu pihak setia dengan DAP Melaka di bawah kepimpinan Goh.
“DAP Melaka bagaikan retak meniti belah, sudah beberapa tahun dulu kita tahu DAP Melaka menghadapi perpecahan kerana sikap kuku besi Lim yang langsung tidak tahu menghormati pemimpin DAP Melaka,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengenalan calon Umno di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di Melaka semalam.
Goh telah menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada Speaker DUN Melaka Datuk Othman Muhamad pada pukul 12 tengah hari. Bagaimanapun beliau enggan menjelaskan sebab beliau berbuat demikian.
KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA
No comments:
Post a Comment