Nampaknya, jentera pilihanraya PAS di Sungai Limau sangat terdesak apabila mereka berbohong untuk menagih undi rakyat Sungai Limau, Kedah.
Dua auta mereka terbongkar. Sungguh memalukan.
1. Penggunaan logo rasmi akhbar Sinar Harian.
Ketua Pengarang Sinar Harian mendedahkan penggunaan logo akhbar mereka dan risalah itu diedarkan secara meluas di sekitar Sungai Limau. Malah, markas induk PAS kawasan Jerai turut mengedarkan risalah tersebut secara percuma.
Yang memalukan ialah isi kandungan risalah auta PAS itu tidak pernah disiarkan oleh akhbar tersebut!
Di bawah adalah kenyataan Ketua Pengarang Sinar Harian :
Di bawah pula adalah contoh risalah auta jentera PAS yang memperalatkan logo rasmi akhbar Sinar Harian. Manakal isi kandungannya pula tidak pernah dilaporkan oleh akhbar tersebut.
2. Foto Sumperimposed calon PAS berjumpa Allahyarham Azizan Abdul Razak
Di bawah pula adalah strategi jijik lagi kotor PAS apabila menggunakan photoshop kononnya calon PAS bersama Allahyarham Azizan Abdul Razak.
Di bawah adalah foto asal yang telah diphotoshop oleh PAS :
Kenyataan Sinar Harian :
PENEMUAN risalah sebuah parti politik menggunakan foto wartawan Sinar Harian yang telah diubah suai dianggap sebagai taktik 'desperado' untuk mengelirukan pengundi.
Sinar Harian berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai foto terbabit bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan bahawa akhbar ini memihak kepada parti berkenaan.
FAKTA
Gambar ini diambil tiga tahun lalu ketika Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali (kanan) mengunjungi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 25 Mei 2011 di Pejabat Menteri Besar Wisma Darul Aman, Alor Setar. Turut hadir, Penolong Ketua Biro Sinar Harian Utara, Roslinda Hashim (tidak kelihatan dalam gambar). Kunjungan adalah sempena sesi wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Azizan.
AUTA
Gambar berkenaan diubah suai menggunakan teknik superimpose kononnya calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat (berkopiah) bersama Mohd Idros bertemu Azizan.
Tinjauan wartawan Sinar Harian mendapati risalah mengandungi gambar yang dimanipulasikan itu turut diedarkan secara percuma di pekarangan pintu masuk Markas Induk Pas Kawasan Jerai semalam.
Sehubungan itu, Ketua Pengarang Sinar Harian membuat penafian dan penjelasan bahawa akhbar ini tidak ada kena mengena dengan risalah berkenaan.
MiM berharap agar pengundi-pengundi DUN Sungai Limau mengambil iktibar daripada pembohongan jentera pilihanraya PAS yang bukan sahaja berbohong tetapi sanggup memperalatkan bekas wakil rakyat mereka, Allahyarham Azizan Abdul demi kepentingan politik jijik mereka.
No comments:
Post a Comment