Kerap kali kita dengar bagaimana garangnya Anwar Ibrahim mencabar Najib Abdul Razak untuk berdebat. Sehinggakan dia terberak dalam seluar pun, dia akan mengisukan debat kepada Najib. Apa-apa sahajalah isu yang dirasakannya boleh memberikan pulangan politik kepadanya, Anwar tidak akan bertangguh untuk menawarkan pentas perdebatan.
Dan semua orang tahu bahawa kemahiran Anwar Ibrahim selain daripada BERBOHONG DAN BERLAKON, adalah BERDEBAT. Keistimewaannya itu disokong dengan kemahiran pembohongan dan muka tebal tak tahu malu, kerap kali digunakan untuk mencari kelebihan.
Malangnya, apabila ada orang lain yang mencabarnya untuk berdebat, Anwar Ibrahim akan segera buat-buat pekak badak.
Bekas peguamnya, Yuktev Vijay sudah acapkali mencabar Anwar Ibrahim untuk berdebat dan menjawab beberapa isu penting, terutama sekali yang membabitkan penyaluran wang dana daripada beberapa pihak 'GELAP dan PENUH MISTERI'.
Ambiga Sreevanasan yang merupakan Pengerusi Bersama BERSIH sebelum ini telah menubuhkan TRIBUNAL RAKYAT untuk memperlekehkan, mengecam dan menolak keputusan PRU13 yang dikendalikan oleh SPR memandangkan Pakatan Rakyat gagal mendapat kemenangan sepertimana yang diharapkan dan diimpi-impikan.
Yuktev Vijay yang begitu aktif dengan TWITTER telah membelasah Ambiga dan memperkecil-kecilkan 'penemuan Tribunal Rakyat' yang dilabelkannya sebagai penipuan.
Pada 11 Oktober lalu, Yuktev telah cuba mengadakan sebuah forum untuk tujuan berkenaan di samping mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, forum tersebut telah diganggu oleh samseng-samseng upahan yang merupakan 'pegawai-pegawai khas' Anwar Ibrahim.
Yuktev kemudiannya menghantar e-mel kepada Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan. Bagaimanapun, seperti yang dijangka, apabila Anwar memang terlibat sepenuhnya, dia akan buat-buat pekak badak, bodoh bahlol dan pura-pura tidak tahu apa-apa dengan reaksi berdiam diri.
Ambiga turut disoal dan reaksi daripada Ambiga ialah SEPERTI BIASA, DIA TAK TAHU APA-APA dan DIA TIDAK TERLIBAT!!!
Justeru, Yuktev telah mencabar Ambiga untuk berdebat untuk isu yang berkaitan. Ambiga pula dengar khabarnya dah bersetuju.
Dan sekarang, Yuktev sedang berusaha dengan giat mencari tempat yang paling sesuai untuk perdebatan itu diadakan. Malah dia begitu bersemangat untuk mendedahkan pembohongan yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat dengan bantuan Ambiga Sreevanasan dan TRIBUNAL RAKYAT!!!
No comments:
Post a Comment