Syamsul Baharin Putra bin Ahamad Shibi cukup dikenali dan disenangi di Perak. Beliau juga terkenal dengan sikapnya yang lantang dalam memberi komen berkaitan sesuatu isu. Walaupun begitu, sikap beliau yang sempoi dan mesra untuk didekati adalah kelebihan yang dimilikinya untuk membawa imej Pemuda UMNO Malaysia ke satu aras yang lebih 'cool'
Putra yang juga penyandang kerusi Ketua Pemuda Ipoh Barat bakal dinobatkan secara rasmi sekali lagi sebagai Ketua Pemuda Bahagian Ipoh Barat pada pemilihan kali ini apabila beliau menang tanpa bertanding. Fakta itu sudah cukup untuk mengangkat kredibilitinya beliau sebagai seorang pemimpin muda yang disegani di Ipoh, Perak
Orang muda harus faham bahawa perjuangan yang besar menanti pada PRU14. Pemuda UMNO memerlukan seorang yang berkemampuan seperti beliau untuk menguatkan lagi organisasi Pemuda UMNO Malaysia. Bagi memperkukuh survival UMNO terutamanya Gen-Y yang akan menjadi penentu pada PRU14, Syamsul Baharin Putra adalah calon yang terbaik untuk menyambung legasi Exco Pemuda yang terdahulu.
Menjelang Mesyuarat Perwakilan Dan Pemilihan Pemuda UMNO Bahagian seluruh Malaysia esok, aku mohon pada seluruh perwakilan agar berilah Syamsul Baharin Putra peluang dan ruang untuk beliau mencurah bakti sebagai Exco Pemuda UMNO untuk menguatkan lagi kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia bagi menghadapi PRU14 yang akan datang.
No comments:
Post a Comment