Tuesday, 22 October 2013

PRKSgLimau ; Semangat Saidina Ali Tonggak Perjuangan Calon Pas !!

RETORIK berterusan !!

Manusia ni kalau dalam hatinya selalu ada niat nak menipu maka seluruh perbuatan dan percakapannya menuju ke arah menipu..tak pernah takut pada dosa jauh sekali nak fikir tentang rahmat dan redha Ilahi.

Itulah yang terjadi pada parti yang kononnya guna label Islam, kononnya merekalah satu-satunya pejuang agama..kononnya merekalah yang boleh tentukan yang mana dosa dan yang mana pahala, lebih teruk, mereka tentukan syurga dan neraka, nauzubillah !!

Malam tadi, calon Pas, Azam Samat dengan selamba bodohnya keluarkan fatwa sesat di majlis ceramah pertamanya ;

- Menyeru golongan muda agar berjuang seperti Sahabat Nabi saw, Saidina Ali r.a. Calon Pas cuba sempitkan pemikiran dan tafsiran tentang perjuangan Ali bin Abi Talib r.a, ia sepatutnya tafsir dalam konteks bahawa orang muda juga sanggup berjuang bersama golongan peringkat umur yang lain dan yang calon pas ni nampak sangat d ragui tentang pengajian Islamiknya d Timur Tengah kerana contoh Saidina Ali r.a biasanya Nabi saw rujuk kepada manusia yang banyak ilmu dan pemuda pertama yang memeluk Islam.

Contoh Saidina Ali r.a juga tentang keberanian dan kezuhudan hidup beliau walaupun beliau adalah menantu Nabi saw. Bukan macam menantu Nik Aziz atau menantu HAdi Awang, hidup senang lenang..Saidina Ali r.a hidupnya amat susah, makan hari ini dan belum tentu dapat makan untuk esoknya !!

Malah Nabi saw pernah bersabda, "..kiranya aku gedung ILMU maka Ali adalah gerbang pintunya.."

Apa sebenarnya yang cuba d ketengahkan atau d terapkan oleh Calon Pas ini? Apakah kerana belajar d negara Syiah Syria maka Tok Gurunya telah mendoktrinkan 'ILMU SYIAH' sebagai bekal untuk d bawa balik ke Kedah ini?

Kata ulama, kiranya kita nak tafsirkan sirrah Sahabat perlu hati-hati, jangan lihat dalam konteks yang sempit..malah jauh sekali cuba kaitkan Sahabat dengan pemahaman manusia akhir zaman yang membawa perpecahan ummat, apalagi pemahaman komunis dalam Islam iaitu SYIAH !!

Jangan jual nama Sahabat Nabi saw demi undi politik untuk kepentingan diri sendiri. Parti Pas hanyalah sebuah parti politik, tidak lebih dari itu dan yakinlah pas bukannya platform perjuangan Islam yang sebenar..amat jauh dari perjuangan Nabi saw dan Sahabat r.a...keluar dari parti Pas tidak menyebabkan anda MURTAD !!

Malah calon pas mula tunjuk lagak sebagai Sang Ulama yang hebat, sebagai mufassirin dan ahli fatwa hebat dunia Islam malam tadi d program MAKAN BESAR, program ceramah sambil melantak daging bakar, ikan bakar dan ayam bakar - "Program Makan BBQ, Anak Muda Sokong Ustaz" di perkarangan salah seorang penyokong pas d PDM Ulu Sedaka, cawangan KM 33.

Nasib baik yang datang hanya 45 orang untuk mentakedarah..datang melantak..calon pas lupa, Saidina Ali berlapar demi Islam..mereka kenyang membuncitkan nafsu perut !

Langkah pertama calon pas dah mula tempang, dah mula tunjuk warna tentang latar belakang pengajiannya dan menjelaskan kemana arah perjuangan "mazhab" yang d bawa..patutlah balik dari Uni Al-Azhar sekadar menjadi guru biasa dan d tugaskan jaga Tadika PASTI..kalau tengok kelulusan tu gerun juga..boleh jadi Peguam Syarie Kerajaan Negeri tu..

Apa motif Pas Kedah beri tugasan kepada beliau untuk menjaga TADIKA milik Pas? Nak tanam benih Syiah ke dalam otak kanak-kanak dari awal ke..

Di majlis itu juga, calon pas juga tanpa rasa takut mengeluarkan fatwa sesat "..memasang bendera dan poster parti dengan niat kerana Allah akan dapat PAHALA.."

Yang angguk..tetap angguk..yang bertakbir..terus bertakbir !!

Kepada pengundi Sg Limau..ANDA TOLAK PAS..BERMAKNA ANDA TOLAK SYIAH !!

Antara amalan Syiah..bawa anak kecil ke himpunan politik !! asuh mereka melihat amalan terpekik dan terlolong menjerit maki hamun orang lain yang tidak sekepala dengan mereka..caci maki d perdengarkan..malah yang paling teruk kanak-kanak ini melihat seolah ianya sebagai SATU IBADAT !!


Sumber: http://azmyawangklanajaya.blogspot.com/2013/10/prksglimau-semangat-saidina-ali-tonggak.html

No comments:

Post a Comment