Seperti yang dinyatakan dari awal, N.Surendran akan berusaha sedaya upaya untuk tidak terlibat dalam operasi pasukan polis memburu dan membanteras kumpulan penjenayah bersenjata. Walaupun dia cuba bercakap besar dan berlagak seolah-olah dia adalah PEMBERANI, tetapi hakikatnya, semua orang dapat melihat reaksi serta wajahnya yang ketakutan serta keresahan.
N.Surendran tahu bahawa operasi yang dijalankan oleh pihak polis merupakan operasi SERAH NYAWA, tetapi oleh kerana dia sudah terlepas cakap, N.Surendran tidak mampu menarik diri walaupun itulah yang ingin dilakukannya.
Bayangkanlah, baru ukur baju kalis peluru pun, N.Surendran telah memberikan pelbagai amanat seolah-olah dia akan mati ditembak oleh penjenayah. Dan tidak cukup dengan itu, Latheefa Koya yang merupakan teman akrabnya juga turut masuk campur dan mendesak secara halus agar Ketua Polis Negara menarik semula cabaran agar N.Surendran menyertai operasi pihak polis. Awal daripada itu, Nurul Izzah, seorang lagi konco rapat N.Surendran menyelar Ketua Polis Negara dan menyifatkan cabaran Ketua Polis Negara kepada N.Surendran sebagai sesuatu yang amat melampau dan merbahaya.
Selepas gagal menggunakan kaedah politik untuk membolehkannya menarik diri, hari ini seorang peguam dan juga pemimpin PKR, R.Sivarasa memberikan pandangan yang dilihat amat 'bernas' agar N.Surendran dikeluarkan daripada sebarang operasi polis, sebaliknya hanya dijadikan dan distatuskan sebagai pemerhati sahaja.
Menurut R.Sivarasa, Ketua Polis Negara perlu menimbangkan semula keengganan untuk bertanggungjawab di atas keselamatan N.Surendran. R.Sivarasa merujuk kepada syarat indemniti yang perlu ditandatangani oleh N.Surendran sebelum menyertai operasi polis yang melibatkan penjenayah bersenjata.
Dikatakan, N.Surendran telah bersetuju dengan 'HAMPIR KESEMUA' syarat yang dikenakan oleh pihak polis. Bagaimanapun, R.Sivarasa yang juga merupakan peguam N.Surendran berkata, pihaknnya menggesa agar dua syarat yang dikemukakan polis dapat dipertimbangkan kerana kononnya melibatkan keselamatan.
Syarat-syarat tersebut ialah POLIS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEMUNGKINAN YANG BERLAKU KE ATAS SURENDRAN KETIKA OPERASI dan SURENDRAN TIDAK BOLEH MENGAMBIL SEBARANG TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP KERAJAAN, PDRM, KETUA POLIS NEGARA DAN ATAU MANA-MANA PEGAWAI POLIS YANG TERLIBAT DALAM OPERASI TERSEBUT.
Kata Sivarasa, kedua-dua syarat tersebut TIDAK MUNASABAH kerana N.Surendran telah dijemput, sekaligus menunjukkan wujud niat jahat di pihak PDRM.
Itulah perangai puak berkenaan. Bermula dengan cakap besar, akhirnya apabila dicabar, disahuti dan kemudian diputar belit seperti huruf-huruf tulisannya juga. Berbelit-belit.
Sivarasa Rasaiah cuba buat lawak dan MENIPU HIDUP-HIDUP. N.Surendran tidak dijemput, tetapi dia dicabar. Yang menjadi masalahnya ialah, dia menyahut cabaran tersebut semata-mata untuk bermain politik sedangkan dia amat tahu, anggota-anggota polis yang terlibat dalam sebarang operasi membanteras jenayah menggadai nyawa dan keselamatan diri.
Tuduhan yang dilemparkan oleh N.Surendran, Sivarasa dan peguam-peguam PKR berbangsa India kepada pihak polis, merupakan satu tuduhan yang amat kejam. Sekarang, mereka mempunyai peluang untuk mempraktikkan apa yang mereka cakapkan. Sekarang, baru mereka sedar tentang bahaya yang menanti? Masa buat tuduhan, sedap jer mulut bercakap.
Sekarang, rasakanlah sendiri!
No comments:
Post a Comment