Monday, 28 October 2013

PAS gagal bawa rakyat keluar dari kemiskinan

Tempoh lima penggal meneraju Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tidak digunakan sepenuhnya oleh PAS dalam usaha membantu masyarakat setempat meningkatkan taraf ekonomi serta kebajikan yang diperlukan.

Menurut Fatimah Awang, 68, rumah yang didiaminya dinafikan bantuan kerajaan sungguhpun telah diluluskan pejabat kerajaan negeri lebih setahun. Khamis Awang, 68 mengharapkan bantuan peralatan menuai seperti rumpai racun serta bekalan elektrik dan air bersih untuk rumahnya

Penduduk Sg Limau pasrah kerana tempoh lima penggal meneraju Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tidak digunakan sepenuhnya oleh PAS. Apa yang dijanjikan tidak ditunaikan, hanya berjanji ketika pilihanraya.

Walaupun mereka mengadakan ceramah hampir setiap malam, namun hanya sekitar 5 – 20 orang sahaja yang hadir untuk mendengar bebelan pimpinan parti itu menabur fitnah memburukkan calon Umno dan kerajaan.

Hinggakan ada di kalangan penduduk setempat yang mempersoalkan, keikhlasan Pas dalam membela masyarakat di Sungai Limau.

“Kami langsung tidak mengetahui, apakah misi dan visi calon Pas sekiranya diberi mandat untuk mewakili masyarakat di sini. Setiap kali ceramah, mereka hanya memburukkan calon dan kerajaan BN.

“Patutnya, mereka menjelaskan isu-isu yang akan dijadikan keutamaan sekiranya menang” jelas salah seorang pengundi yang ditemui di Kampung Titi batu.

Boleh tengok sendiri pengakuan penduduk N.20 di SINI

No comments:

Post a Comment