Sebelum ini, Zairil Khir Johari telah mempertahankan kenyataan boss beliau, Lim Guan Eng DAP tentang penggunaan kalimah Allah. Di antara omongan Zairil :
Beberapa akhbar telah melaporkan semalam bahawa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kononnya telah menggesa kerajaan pusat agar membenarkan penganut Kristian di Semenanjung Malaysia untuk menggunakan kalimah “Allah” dalam kitab Bible versi Bahasa Malaysia.
Dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali, dan DAP berasa kesal kerana kenyataan Setiausaha Agung telah diputarbelitkan untuk membawa maksud yang lain.
Dalam perutusan yang dikeluarkan sempena sambutan Hari Natal, Setiausaha Agung tidak pernah sesekali pun merujuk kepada penggunaan kalimah “Allah” di Semenanjung Malaysia.
Beliau hanya meminta agar ia dibenarkan dalam kitab Bible versi Bahasa Malaysia yang digunakan oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.
Lagipun, kitab Bible versi Bahasa Malaysia hanya boleh didapati di Sabah dan Sarawak dan bukan di Semenanjung Malaysia.
Maka, langsung tidak timbul persoalan penggunaan kalimah “Allah” di Semenanjung Malaysia. seterusnya
Kenyataan di atas jelas mengatakan bahawa Lim Guan Eng DAP 'tidak menimbulkan persoalan penggunaan kalimah "Allah" di Semenanjung Malaysia.
Tetapi persoalan besar sekarang ialah jika MiM dapat membuktikan bahawa kalimah "Allah" digunakan di Semenanjung Malaysia oleh pihak gereja, apakah Lim Guan Eng DAP akan bersuara membangkang tindakan pihak gereja itu?
Kita rujuk kepada website SIBKL : www.sibkl.org.my
SIB bermaksud Sidang Injil Borneo. Menurut wikipedia :
Sidang Injil Borneo adalah sebuah denominasi Kristian evangelikal di Malaysia. Gereja ini diatur pada tahun 1959 dari tugas Borneo Evangelical Mission dengan bantuan Gereja Kemah Injil Indonesia.
Mendakwa lebih daripada 500,000 ahli, SIB adalah Protestan yang terbesar denominasi di Malaysia telah berkembang daripada kehadiran kecil dakwah di kalangan Lun Bawang orang-orang yang Tanah Tinggi Kelabit dan orang Iban dari Limbang untuk mempunyai kedua-dua jemaah dalam Malaysia Timur dan Malaysia Barat hari ini.
Satu persoalan ialah apakah benar Sidang Injil Borneo (SIB) kurang bersuara tentang isu kalimah "Allah" tetapi lebih disuarakan oleh pihak gereja Katolik Malaysia? Baca Sini
Tetapi sebelum ini, portal pro-pembangkang The Malaysian Insider yang baru-baru ini di dapati memfitnah Mukhriz Mahathir, telah menyiarkan satu artikel bertajuk SIB grows the fastest.
Di antara laporan tersebut :
In the peninsula, a substantial 3,000 Orang Asli scattered across tiny villages mostly in Perak and Pahang have embraced Christianity, compared to some 2,000 urban-dwellers concentrated in the Klang Valley who converted from other churches.
Apakah maksud '2,000 urban-dwellers concentrated in the Kelang Valley who converted from other churches'?
Apakah berlaku saingan di antara fahaman-fahaman kristian di negara ini di mana penganut kristian gereja lain yang kemudiannya 'converted' ke fahaman Sidang Injil Borneo (SIB) pula?
Untuk rekod, SIB telah mengembangkan sayapnya di Malaysia Barat dan sekarang turut berada di Bangunan Yin, Petaling Jaya.
Anda lihat foto-foto upacara yang diadakan di SIBKL :
Yang mengejutkan ialah penggunaan kalimah Allah seperti yang tertera di dalam foto di bawah :
Apakah foto di atas bermaksud penggunaan kalimah "Allah" turut digunakan di Malaysia Barat.
Maka, apakah jawapan Lim Guan Eng DAP tentang pendedahan MiM ini?
Beranikah beliau menjawab atau beliau akan diam membisu kerana kenyataan awal beliau telah 'memakan diri beliau sendiri'?
Sumber:- http://novandri.blogspot.com/2013/10/mengejutkan-kalimah-allah-digunakan.html
No comments:
Post a Comment