Semasa Hairie Othman berucap pada Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti yang diadakan di Hotel De Palma ahad lepas, dia ada meluahkan bahawa kerjaya lakonannya sudah berakhir selepas mengambil keputusan untuk menyertai parti politik PAS sejak dua tahun lalu.
Dia juga ada kata biarpun pihak stesen televisyen tidak pernah menyenaraihitamkan namanya namun kebanyakan pengarah dan penerbit masih mengamalkan diskriminasi terhadap parti politik. Jadi dia berharap agar kerajaan Negeri Kelantan dan pemimpin PAS dapat membantu artis-artis yang menerima nasib yang sama seperti dia, yang mana pendapatan semakin terdesak ketika ini
Macam mana pengarah atau penerbit nak ambil dia belakon kalau dia selalu ceramah kutuk, maki hamun dan mengata orang di pentas politik ? Dah tentu la pengarah atau penerbit taknak tanggung risiko hasil filem atau drama mereka tidak ditonton akibat dari orang yang tak suka dengan Hairie Ohtman.
Tidak ada salahnya kalau Hairie Ohtman nak aktif parti politik seperti artis-artis lain tetapi tidak perlu la terlalu fanatik sangat. Kita ambik contoh Zed Zaidi, beliau pun aktif dalam parti politik UMNO tetapi dia tidak fanatik sangat sampai ceramah kutuk, maki hamun dan mengata orang atas pentas politik. Apa pun, satu jer pesan saya pada Hairie Othman iaitu percaya la rezeki datang dari Allah bukan dari PAS atau BN. Jadi berusaha la untuk mencari rezeki, bukan dengan menagih simpati meminta rezeki dari orang lain tanpa berusaha nak cari kerja dan sebagainya.- Sumber http://panglima-harimau.blogspot.com/2013/10/hairie-othman-menagih-simpati-mohon.html
No comments:
Post a Comment