Dikongsi utk kes sk puchong jaya dr sahabat saya.
☆《Menjawab persoalan tentang perbualan seorang lelaki India dengan guru besar SK Puchong Jaya yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak sekolah yang membuat acara Hari Korban.
Encik lelaki berbangsa India-Hindu ini begitu marah dan tertekan. Ada unsur provokasi di situ. Dia berkali-kali bertanya kepada guru besar tersebut, apakah ada di dalam dasar pendidikan kementerian bahawa penyembelihan lembu di sekolah dibenarkan, apakah pihak sekolah tidak sensitif dengan bangsa lain, mengapa orang Islam boleh sembelih lembu, tetapi orang Cina tak boleh nak sembelih babi di sekolah, kenapa ada double standard dalam semua kaum di sekolah,dan pelbagai lagi.
Guru besar tersebut kelihatan kaget, dan mungkin terkejut dengan provokasi itu. Baik, di sini, ada beberapa hujah yang boleh disangkal:
1) Dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara 3 mengatakan Islam agama rasmi Malaysia,tetapi agama lain bebas diamalkan.Dalam perkara 11,tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4).
Apabila bercerita tetang agama rasmi, maka acara yang melibatkan agama Islam mewakili upacara utama di Malaysia. Maka, upacara penyembelihan di sekolah itu adalah dibenarkan kerana ini bukan sekadar upacara keagamaan, tetapi ini adalah upacara negara kita yang mendokong Islam sebagai agama rasmi.
Malah, tidak ada pun halangan daripada Malaysia untuk agama lain mempraktikkan upacara mereka, tetapi bukan di sektor-sektor awam. Kerajaan Malaysia membenarkan agama lain membuat upacara mereka di mana-mana sahaja, tetapi bukan secara rasmi yang melibatkan pekerja awam, pelajar sekolah atau mana-mana agensi kerajaan.
2) Kenapa babi tak boleh disembelih di sekolah? Kerana tidak ada secara khusus mana-mana upacara agama bukan Islam seperti Buddha atau Hindu yang menyuruh umatnya menyembelih babi beramai-ramai. Perkara 3 telah mengatakan bahawa 'tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya', tetapi adakah agama yang menyuruh umatnya untuk menyembelih babi di khalayak ramai?
Islam, memang dianjurkan untuk melakukan ibadah Qurban seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran:
" Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syari`atkan ibadat menyembelih korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat. " Surah Al Hajj 22:34)
3) Tidak ada double standard di dalam hal ini. Encik yang menelefon itu mempersoalkan kenapa agama Islam boleh, agama lain tak boleh. Apa yang agama lain tak boleh? Orang Buddha menggunakan jalan raya (yang menganggu trafik, tetapi kita Malaysia kan, toleransi diutamakan) untuk membuat upacara Cap Go Meh, orang India menggunakan jalan raya utama bagi perayaan Depavali dan Thaipusam sehingga menyebabkan trafik sangat sesak, tetapi kami tidak merungut kerana kami (Islam) faham bahawa toleransi agama itulah segala-galanya.
Orang Sikh boleh memakai serban mereka di sekolah (orang Islam pun tak boleh tahu tak?) dan kaum-kaum yang ikut agama lain juga dibenarkan. Cuma, apa yang tidak DAPAT dilakukan oleh yang bukan Islam adalah membuat upacara rasmi di sekolah. Itu sahaja. Nak buat di tempat lain, silakan.
4) Sepatutnya isu ini langsung tidak perlu dibangkitkan. Apa sebenarnya masalah yang hendak dibangkitkan? Encik Saravanan kalau mengadu di Kementerian pun, apa yang encik harapkan di peringkat itu? Adakah dengan Kementerian tidak membenarkan lagi upacara penyembelihan itu bakal memakmurkan lagi agama Encik? Adakah dengan mengadu di Kementerian, ada upacara agama Encik boleh dibuat di sekolah?
Tidak ada maknanya! Jika encik bercakap tentang KEADILAN, encik tersilap antara KEADILAN dengan KESAMARATAAN. Tidak. Kita mengamalkan toleransi. Kalau kami (Islam) boleh bertoleransi dengan agama anda, anda juga perlu fahami dan bertoleransi dengan agama kami, sekiranya e4ncik saravanan menyamakan menyembelih lembu itu sama ertinya dengan menyembelih babi.》
☆《 Ana share komen us fitri abdulah (bekas sami Hindu) berhubung isu ini :
Waalaikumussalam. Ini respon ana semlm ttg isu ini;
1. Dlm kitab Rig Veda disebut dgn jelas lembu dikorbankan dlm upacara keagamaan.
2. Lembu dianggap binatang suci. Ada kata2 masyhur dlm masy india, "ko matha, yenggel kola matha". Bermaksud 'ibu lembu adalah ibu bagi kaum kami'. Jadi sentimen mrk menganggap status lembu spt ibu.
3. Masyarakat india di Malaysia (di India pun sama) sgt jahil ttg agama mrk. Kejahilan dan ego mrk sering menimbulkan suasana tegang. They are not willing to listen
4. Masy india di sini lebih cenderung mengikuti ajaran asaskan tamadun Tamil (Tamil Samayam) dan bukannya Hindu. Kita yg kata mrk Hindu.
5. Masy india di sini lebih dipengaruhi oleh fanatisme terhadap bangsa bukan agama.
Kita tidak perlu korbankan syiar Islam semata2 nak layan sentimen mrk. Cuma perlu hikmah dlm perlaksanaan.
Jika timbul persoalan atau provokasi di masa akan dtg, saya cadangkan pihak yg tak puas hati hantar surat bantahan. Jika kita layan mrk, mrk akan gunakan kata2 yg menyakiti perasaan org Islam.
Moga Allah beri hidayah pd semua. 》
No comments:
Post a Comment