Wednesday, 2 October 2013
Sememangnya DAP anti Melayu.
Bila kita beritahu orang melayu bahawa DAP adalah sebuah parti chauvinis cina, parti yang mengamalkan dasar perkauman melampau, parti yang tidak mengiktiraf orang melayu dan parti yang menindas melayu, maka melompat-lompat Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng menafikannya. Mereka kata mereka adalah parti yang pelbagai kaum dan tidak anti melayu.
Dalam masa yang sama dasar mereka adalah menghapuskan hak istimewa bumiputera. Perkara ini terang-terang dinyatakan dalam Visi dan Misi parti mereka. Baca balik apa yang saya pernah tulis hampir lima bulan lepas di SINI.
Bulan Disember 2012 semasa pemilihan CEC parti itu ke 16 mereka dah membuktikan kepada kita orang-orang melayu bahawa melayu tiada tempat dalam DAP apabila seorang pun calon melayu tidak menang. Kemudiannya mereka membuat magic dengan meletakkan kesalahan kepada komputer untuk memasukkan seorang cina yang menggunakan nama melayu, Zairil ke dalam CEC. Tujuannya untuk membodohkan orang-orang melayu di Malaysia bahawa melayu ada tempat dalam DAP bersandarkan batang tubuh seorang cina yang bernama melayu.
Empat hari lepas DAP sekali lagi membuktikan melayu tidak penting kepada mereka. Pemilihan semula CEC yang berlangsung pada 29 September 2013, daripada 20 calon yang menang seorang pun tidak ada melayu yang terpilih. Sedangkan dalam pemilihan itu enam calon melayu yang bertanding. Seorang pun tak menang beb....
Daripada 20 yang terpilih, sebanyak 17 orang daripada mereka adalah berbangsa cina dan 3 orang berbangsa india.
Kemudian mereka melantik pula 10 lagi CEC lantikan. Daripada 10 orang yang dilantik hanya SEORANG SAHAJA orang melayu yang dipilih. Lihat di sini
Selebihnya 5 orang cina, 2 orang india, 2 orang wakil Sabah/Sarawak. Cina yang menang pemilihan sampai 17 orang. Cina juga dilantik sampai 5 orang. Wakil melayu untuk satu negara Malaysia hanya ada seorang.
Apa salahnya kalau lantik 2-3 orang melayu untuk membuktikan mereka tidak anti melayu ?
Mereka tak boleh buat beb....sebabnya di jiwa nurani mereka telah tersemat sentimen anti melayu. Macamana atau bagaimana atau cara mana sekali pun mereka cuba berlakon untuk menunjukkan sikap tidak anti melayu, tetapi kalau jiwa telah tersemat sentimen anti melayu ianya tetap akan terzahir jua.
Saya boleh beri perumpamaan begini, kita pergi rumah seorang kawan yang bukan islam, mereka hidangkan kita makanan. Tak nak makan bimbang kawan terasa hati. Nak makan pula....tak tahu ayam yang dihidang disembelih atau dicucuk. Nak tanya tak tergamak. Bila kawan tanya awak boleh makan tak ? Kita pun jawab, boleh....boleh....kerana nak menjaga hati kawan, sedangkan dalam masa yang sama tekak dah loya. Telan secubit kita pun beritahu kawan, ohhhh sedaplah ayam yang isteri awak masak tetapi sayangnya perut saya dah kenyanglah....baru saja lepas makan sebelum datang rumah awak tadi. Macamana kita berlakon sekali pun untuk menjaga hati kawan kita, kawan itu tetap akan tahu apa tersemat di jiwa nurani kita.
Berbalik kepada kisah DAP chauvinis....
Wakil kaum india pun ada lima orang beb.....wakil Sabah satu orang berpadanan untuk satu negeri. Begitu juga wakil Sarawak satu orang berpadanan untuk satu negeri. Wakil kaum melayu selaku kaum majoriti di negara ini sepatutnya kena ada 5 orang jika mereka benar-benar tidak anti melayu. Kalau tak dapat 5 orang dapat 3 orang pun ok lah....Tetapi seorang sahaja yang mereka lantik. Lagi nak bercakap parti yang berbilang kaum,berjuang untuk semua kaum dan tidak anti melayu ke wahai Kit Siang dan Guan Eng ?
Sumber: http://networkedblogs.com/PFZZ3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment