Seperti yang sudah dijangka, HUDUD sekali lagi dijadikan modal berkempen PAS dalam PRK ini. Tohmahan lama ini diguna pakai buat sekian kalinya bagi mengukuhkan fitnah mereka bahawa UMNO itu menolak Islam. Apabila ditanya mengapa tidak dibuat terlebih dahulu di Kelantan dan Selangor, mereka akan putar belit pula dengan menyalahkan kembali Kerajaan Pusat BN.
Realitinya, HUDUD masih lagi tidak mampu dilaksanakan di Negara ini jika Perlembagaan Negara tidak dipinda, dan akan selamanya tidak mampu dipinda jika ahli parlimen PAS terus menerus memilih untuk bersama DAP. Ini adalah satu fakta dan hakikat yang didukungi oleh undang-undang dan Perlembagaan Negara.
Perkara 4 fasal 1 memperuntukkan, Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu'.
Walau bagaimanapun peruntukan ini tidak menjadikan mana-mana undang-undang yang sedia wujud (sebelum Merdeka) batal walaupun ia bertentangan dengan perlembagaan. Namun deinikian undang-undang tersebut boleh diubahsuai untuk diselaraskan dengan peruntukan-peruntukan perlembagaan (Perkara 162 fasal (6)). Apa yang boleh dipertikaikan ialah sama ada Perlembagaan boleh mengatasi peruntukan-peruntukan di dalam al-Quran dan Sunnah (Beliau berpendapat Perkara 4 merujuk kepada undang-undang bertulis sahaja. Tapi tidak memberi kesan kepada undang-undang Syariah, undang-undang yang tidak bertulis dan yang telah wujud sejak sebelum Merdeka. Lih. Ahmad Ibrahim 1989. "ThePrinciples of an Islainic Constitution and the Constitution of Malaysia: A Comparative Analysis . IIU LawJournal 1:2 him. 1
Perkara 76 menyebut bahawa Parlimen boleh membuat undang-undang tentang perkara-perkara negeri (perkara-perkara perundangan dalam bidang kuasa negeri-negeri sahaja). Namun dalam hal ehwal agama Islam undang-undang hanya boleh dibuat setelah kerajaan-kerajaan negeri yang terlibat dirujuk. Baca lanjut--> http://tayibah.com/eIslam/Artikel/kedudukanudgIslam.htm
Sebenarnya, apa yang dimaksudkan dengan 'bertentangan' di atas adalah bukannya hukum Hudud itu sendiri, tetapi bentuk hukuman yang dikenakan. Bukankah sudah wujud undang-undang sivil terhadap beberapa jenayah tertentu yang berkait dengan Hudud seperti merompak dan mencuri? Manakala bagi kes penzinaan dan maksiat, undang-undang Syariah di Negara ini juga sudah menetapkan hukuman-hukuman tertentu. Cumanya, PAS masih tidak menganggap Negara ini cukup Islam kerana hukumannya tidaklah seberat seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran.
Namun, adilkah Kerajaan dituduh sebagai anti-Islam semata-mata kerana hukuman Jenayah Hudud tadi tidak seberat yang mereka mahukan? Setidak-tidaknya TIADA jenayah berkaitan Hudud di Negara ini yang Kerajaan HALALkan.
Kami pernah merungkai ISU HUDUD ini secara KOMPREHENSIF dengan menjawab semua pertikaian yang ditimbulkan oleh PAS selama ini. Kalau PAS boleh kitar semula isu, kami pun mampu kitar semula artikel dan isu basi.
http://mymassa.blogspot.com/2011/10/merungkai-pertikaian-hudud-di-malaysia.html
Seperti mana yang telah ditegaskan oleh YAB PM sebelum ini, UMNO tidak pernah sesekali menolak Hudud yang ditetapkan oleh Allah SWT, tetapi hanya menentang HUDUD versi PAS yang memberikan pengecualian peruntukan hukuman kepada pemimpin parti, menghalalkan perbuatan meliwat isteri dan mengecualikan orang kafir kerana mahu menjaga undi. Lagi pun, macam mana PAS hendak laksana HUDUD jika perjuangan Negara Islam pun boleh diganti dengan Negara Kebajikan?
Lagi seperkara yang pengundi Sg Limau boleh sama-sama fikirkan adalah, buat apa beri undi kepada PAS, jikalau menang kerusi majoriti pun tidak mahu memerintah dan melaksanakan Islam? Selangor adalah contoh terbaik daripada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment