Friday, 11 October 2013

Anwar terdesak cari publisiti

SHAH ALAM: Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd Nor menyifatkan tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dalam dialog agama bersama Pope Francis di Rom baru-baru ini sebagai modal mendapatkan publisiti.

Kata beliau, Anwar kini dilihat semakin terdesak dalam meraih perhatian serta keyakinan rakyat.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim ni ahli politik yang terdesak sekarang. Dia dah hilang modal. Sebab itu dia akan mencari ruang untuk mendapatkan perhatian. Setiap ruang yang ada, setiap tokoh besar yang dia jumpa, institusi berpengaruh yang dia boleh jumpa untuk menarik balik perhatian rakyat dan menarik perhatian dunia kepada beliau, beliau akan lakukan.

"Itu memang strategi dia. Dia akan gunakan kawan-kawan, tokoh tertentu untuk buat program untuk beliau untuk menonjolkan balik imej beliau.

"Saya rasa perjumpaan dengan Pope ini pun salah satu daripada strategi. Bukan untuk agama. Bukan untuk kepentingan agama, tapi untuk kepentingan politik beliau," katanya kepada Antarapos.

Sebelum ini Ketua Pembangkang itu mendakwa beliau dijemput oleh Pope untuk menyertai dialog berkaitan agama di Rom.

Dialog itu turut melibatkan pemimpin Islam, Kristian dan agama lain di Sepanyol.

Mengulas lanjut Ezam berkata kehadiran Anwar yang kononnya mewakili suara Islam itu diragui kerana keperibadian serta kedudukannya dalam kerajaan.

Malah beliau turut bimbang perkara itu akan menimbulkan tafsiran salah di kaca mata dunia terhadap agama Islam.

"Rekod sebelum ini kita punya alasan untuk bimbang bahawa kehadiran beliau bukan untuk kepentingan agama, malah beliau sanggup berkompromi dari sudut kepentingan agama untuk mencapai kepentingan individu dan kepentingan politik beliau sendiri.

"Kita bimbang akan mengundang masalah yang akan merugikan umat (Islam), bukan menguntungkan umat," ujar beliau.

Katanya, Anwar sering dikaitkan sebagai pemimpin liberal. Beliau dikatakan menyokong serta terlibat dalam amalan seksual LGBT sehingga diheret ke mahkamah berhubung kes liwat dengan bekas pembantunya.

Malah, Anwar turut menyokong penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible Bahasa Melayu yang boleh memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

No comments:

Post a Comment