Ketua Pembangkang DUN Kedah dari PAS, Dato Amiruddin Hamzah cuba menutup rasas salah PAS terhadap Ustaz Azizan dan menyedari sebenarnya Dato Mukhriz lebih meneruskan legasi Ustaz Azizan dari PAS.
Dalam usaha menidakkan penghargaan yang Mukhriz berikan pada arwah mantan MB, dia mengungkit tindakan pihak kerajaan negeri menangguhkan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi. Kononnya pelajar terbiar dan tidak selesa seperti kampus di Kulim.
Pihak kerajaan negeri terpaksa menangguhkan pembinaan tersebut kerana ia adalah tindakan yang langsung tidak ambilkira keupayaan Kerajaan Negeri.
Kerajaan kedah sebelum ini yang mana Amiruddin turut terlibat banyak membuat keputusan yang tidak berhemat seperti meminjam RM330 juta untuk membina bina kampus KUIN di Kuala Ketil.
Pasti Amiruddin tahu kisah ini kerana dia terlibat menguruskan dana RM330 juta ini yang akhirnya Amiruddin bersama Phahrolrazi melencung wang pinjaman ini ke tempat lain. Langsung wang operasi pun terjejas hingga kakitangan tak terbayar gaji mereka.
Kemudian itu, Dato Taulan pula yang jaga KUIN dan baru disedari masaalah kewangan yang amat dalam. Tetapi kesemua mereka berdiam diri apabila ia menjadi isu dan dibiar arwah Tan Sri Azizan untuk menjawab seorang diri dan dipersalahkan sama-sama akhirnya.
Nampaknya AMiruddin sedang cuba menutup tembelang dengan menuduh Mukhriz macam-macam.
Sebaliknya Mukhriz sudah ada langah yang lebih realistik untuk pertingkatkan kemudahan Maahad di Kulim dan ini boleh menampung penuntut yang berada di Pulau Tuba.
No comments:
Post a Comment