Sebelum ini parti DAP dimalukan dengan tindakan pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San yang meletak jawatan sebagai ketua pembangkang negeri.
Goh berkata keputusan itu dibuat sebagai bantahan campur tangan kepimpinan pusat dalam isu-isu tempatan termasuk Jonker Street dan kerjasama DAP negeri dengan Ketua Menteri Datuk Wira Idris Haron.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bachang, Lim Jak Wong, turut mengikut jejak langkah Goh berundur dari jawatannya sebagai timbalan pembangkang negeri itu.
Goh mendakwa kepimpinan Pusat cuba menyingkirkannya sebagai pengerusi DAP negeri susulan kritikan terbuka terhadap kepimpinan beliau oleh dua Adun DAP yang dipercayai penyokong kuat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Kedua-dua Adun itu adalah Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Lai Kim Ban (Kota Laksamana) "Saya tidak boleh lagi bertolak ansur. Saya akan mendedahkan jika terdapat sebarang cubaan untuk menjatuhkan saya secara tidak adil dan tanpa bukti kukuh," kata Goh yang juga Adun Duyong.
Beliau berkata sudah berputus asa dan hilang sabar dengan beberapa kepimpinan pusat kerana campur tangan dalam hal ehwal parti itu di negeri ini. seterusnya Laporan di atas menunjukkan parti DAP sedang mengalami krisis dalaman yang teruk.
Walaubagaimana pun, tiada gunanya untuk ahli DAP itu sekadar meletakkan jawatan sahaja. Beliau sepatutnya keluar daripada parti DAP.
Tetapi bagaimana pula dengan sikap Husam Musa yang membidas tindakan kerajaan PAS Kelantan yang dikatakan tidak telus dan tidak wajar? Cukup dengan berkata-kata sahaja atau perlu lebih drastik lagi seperti rakan beliau di DAP Melaka?
Bernama melaporkan, di antaranya :
1. isu pembalakan itu, Husam meminta kerajaan negeri tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan berkenaan.
2. Tegasnya ketika Kelantan diteraju Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, satu keputusan sudah dicapai agar semua permohonan baharu di kawasan hutan simpan itu mesti ditolak.
3. Husam juga berkata syarikat berkenaan bakal menerima kawasan tersebut tanpa membuat sebarang tender.
4. "Ia sangat meragukan sekali. Seingat saya, semasa pentadbiran YAB Tok Guru dahulu, tidak ada kawasan seluas itu diberikan kepada mana-mana individu. Adakah hanya dengan permohanan ringkas dua muka surat, serta-merta permohonan ini akan ditimbangkan?," katanya.
5. Mengenai kenaikan tarif air, Husam berkata jikaa Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) diurus dengan lebih amanah, kenaikan itu sepatutnya boleh dielak.
6. Beliau berkata AKSB sebenarnya telah gagal meningkatkan kualiti bekalan air di Kelantan walaupun beberapa loji air utama telah dinaik taraf.
7. Husam memberi contoh naik taraf Loji Rawatan Air Jeli bertujuan mencapai 10 juta liter (JLH) air sehari dengan kos RM21 juta, namun hanya mencapai 6.6 JLH.
8. "Naik taraf loji rawatan air Bukit Remah, Tanah Merah dengan kos RM16.4 juta bagi meningkatkan pengeluaran kepada 42 JLH tetapi pencapaian 36.6 JLH.
9. "Naik taraf loji rawatan air Pintu Geng membabitkan kos RM52 juta dengan sasaran 30 JLH namun dengan kos sebesar itu hanya mengeluarkan 12.5 JLH," katanya.
10. Untuk mengurangkan kebocoran paip, AKSB membelanjakan RM130 juta setakat Julai tahun ini, namun kadar air tanpa hasil masih 52 peratus, bererti gagal sama sekali, katanya.
11. Beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila kerajaan negeri yang baharu ini menamatkan kontrak dengan kontraktor dari Korea Selatan untuk membina Lebuh Raya Rakyat yang diasaskan olehnya kira-kira dua tahun lepas.
12. "Kerajaan baharu tidak boleh dengan mudah memutuskan hubungan dengan kotraktor yang dikira berkebolehan yang telah dipilih lebih awal dan datang dengan cadangan baharu yang pada hemat saya meragukan," katanya. sumber
Rasanya, tidak cukup untuk Husam Musa hanya sekadar mengkritik sahaja kerana ianya tampak retorik dan dilihat sekadar ingin popular menjelang pemilihan parti PAS nanti.
Keseriusan beliau hanya akan terserlah jika beliau keluar daripada partI PAS.
Sumber: http://novandri.blogspot.com/2013/10/hancur-dap-goncang-di-melaka-pas.html
No comments:
Post a Comment