Tuesday, 22 October 2013

TAK ADA HUJAH KUT, SAMPAIKAN MUKHRIZ PULA YANG DIJADIKAN SEBAGAI BAHAN PERLECEHAN!!!!

Kegagalan Mukhriz Mahathir untuk merebut salah satu tempat dalam jawatan Naib Presiden UMNO telah dijadikan sebagai bahan momokan dan perlecehan oleh jentera propaganda PAS. Kata mereka, PRK DUN Sungai Limau menampilkan JENERAL PATAH KAKI.

Jeneral yang dimaksudkan oleh jentera propaganda PAS adalah Mukhriz Mahathir. Fikir mereka, setelah kalah, Mukhriz Mahathir akan terus dijadikan bahan jenaka oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang telah menang.

Justeru apabila Hishamuddin Hussein Onn, Zahid Hamidi dan Shafie Apdal selain Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di mana Bahagiannya iaitu Rembau memberikan undi kepada Mukhriz Mahathir, puak-puak PAS berkenaan menyatakan bahawa Mukhriz malu alah. Malah apabila Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Abdul Jalil yang Bahagiannya juga memberikan undi kepada Mukhriz menyatakan, Mukhriz merupakan sebahagian besar daripada UMNO dan UMNO tidak pernah mengambil mudah cabaran yang dihadapi oleh UMNO Kedah di PRK DUN Sungai Limau, mereka menyatakan pula bahawa Shahrizat Abdul Jalil hanya bermanis muka dan bermulut sedap.

Benarkah Mukhriz Mahathir JENERAL PATAH KAKI?

Atau sebenarnya jentera propaganda PAS yang ketakutan memandangkan UMNO akan turun seramai-ramainya para pemimpin untuk membuktikan bahawa pemilihan yang baru lepas, bukanlah merupakan perpecahan dalaman UMNO, sebaliknya ia merupakan satu proses demokrasi yang diamalkan oleh UMNO dalam proses pengukuhan.

28 orang pemenang baru jawatan paling kanan UMNO (3 Naib Presiden dan 25 Ahli Majlis Tertinggi) selain dari sayap Wanita, Puteri dan Pemuda, pastinya akan cuba membuktikan yang mereka sebenarnya sangat efektif dan kemenangan mereka adalah tepat bagi kemajuan parti.

Kalau itulah yang digelarkan oleh jentera propaganda PAS kepada Mukhriz sebagai JENERAL PATAH KAKI, rasa-rasanya JENERAL TERCABUT JANTUNG sesuai diberikan kepada Mahfuz Omar yang terpaksa bergandingan dengan Azmin Ali memandangkan PAS dari Pahang dan Kelantan enggan menghantar jentera propaganda dan jentera underground mereka yang paling efektif ke PRK DUN Sungai Limau.

No comments:

Post a Comment