Dr. Hayati Osman merupakan sekutu paling rapat dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak. Bagaimanapun, Hayati Osman yang merupakan bekas Ahli Parlimen Pendang merupakan antara pemimpin PAS paling malang dan seringkali disepak terajang oleh pemimpin-pemimpin PAS berjenama PARASIT dan IBLIS PAS Kedah.
Semasa PRU13, Hayati Osman yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Pendang telah dipujuk agar memberikan laluan kepada Mat Sabu di Pendang. Konon-kononnya dengan populariti Mat Sabu, ditambah pula dengan sokongan daripada puak-puak Syiah yang bersarang dan bertelur di Pendang, Mat Sabu akan menang mudah dalam PRU13 di Parlimen Pendang.
Untuk menyejukkan hati Hayati Osman pula, dia telah dijanjikan sebagai calon DUN Tokai. ADUN Tokai pada waktu itu adalah Taulan Rasul. Jadi, secara tidak langsung, Hayati Osman bukan lagi penyandang di Pendang dan Mat Sabu bebas daripada gangguan Hayati Osman.
Namun apabila nama calon PAS Kedah diumumkan, nama Hayati Osman tercicir. Taulan Rasul yang sebelum itu, khabarnya akan bersara sebab faktor usia, ternyata masih bernafsu untuk terus menjadi ADUN di Tokai memandangkan Tokai merupakan kubu kuat PAS. Sesiapa sahaja, hatta KAMBING YANG DIJUBAHKAN DAN DIKEPIAH PUTIHKAN PUN, kalau diletak menjadi calon di Tokai mewakili PAS, akan menang dengan cemerlang.
Hayati Osman tergapai-gapai. Dia hilang segala-galanya dalam masa yang sangat singkat. Parlimen Pendang yang disandangnya, terlepas dan Tokai yang dijanjikan, tidak ditepati. Akhirnya, para penyokong Hayati Osman di Pendang membuat keputusan. Mat Sabu yang begitu berkeyakinan penuh akan menang, kalah di tangan veteran UMNO, Osman Abdul yang merupakan anak tempatan Pendang.
Tokai pula, kekal di tangan Taulan Rasul.
PRK DUN Sungai Limau menjadi pentas permulaan kepada penghapusan legasi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak dan keluarganya. Sungai Limau seringkali dikaitkan sebagai kubu kuat keluarga Azizan. Musuh-musuh Azizan muncul di Sungai Limau dan cuba berlakon baik dengan secara tiba-tiba menjadi penyokong dan pemuja Azizan. Kalau semasa hidupnya, Azizan dicerca, di Sungai Limau dalam tempoh beberapa hari ini sehingga 4 November, Azizan akan dipuja-puja dan dilambung-lambung sehingga ke tahap DEWATA RAYA.
Hayati Osman yang telah dipinggirkan dikatakan tidak berpuas hati dengan golongan yang memberhalakan Mat Sabu dan Mahfuz serta Phahrolrazi Zawawi. Orang-orangnya dilaporkan sedang mengatur gerak di Sungai Limau.
Tidak pula dapat dipastikan, apa yang akan dilakukan oleh Hayati Osman dan orang-orangnya di Sungai Limau tetapi yang jelas, ia bukanlah satu perkara yang menyenangkan untuk golongan PARASIT dan IBLIS PAS Kedah yang sedang bersemangat untuk menghapuskan terus nama keluarga Azizan daripada dikaitkan dengan Sungai Limau.
No comments:
Post a Comment