Sunday, 20 October 2013

Nukilan untuk Mukhriz: BIAR KALAH BERMARUAH ASAL TIDAK KALAH BERMEWAH @MukhrizMahathir

Biarpun gagal untuk menempatkan diri dalam perebutan 3 kerusi Naib Presiden Umno, Kehadiran Datuk Mukhriz dilihat sebagai pencabar terbesar dimana berjaya mengatasi Datuk Seri Hishammuddin dari undi perwakilan (Popular)..

Datuk Mukhriz memperoleh undi sebanyak 54,315 dan Datuk Seri Hishammuddin hanya mendapat 54,116 dan ada lagi baki 3 bahagian belum dikira semula..

Buat pertama kali beliau bertanding, tidak kempen secara berpasukan, lewat isytihar bertanding dan TIDAK MENERIMA SOKONGAN TERBUKA SAYAP-SAYAP PARTI, namun beliau berjaya mencapai kemenangan dari segi sokongan akar umbi..

Mesej yang dibawa para perwakilan dianggap sudah jelas mahu ada perubahan di peringkat atasan bagi menghadapi PRU14 yang makin mencabar..


Pada pemilihan sebelum ini,Datuk Mukhriz juga gagal ketika merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO walaupun memperoleh pencalonan paling banyak.. Ketika itu kita tahu perilaku BERUWANG punca beliau tewas..

Dan pada kali ini, Datuk Mukhriz sekali lagi gagal untuk menempatkan diri dalam 3 teratas walaupun berjaya mengatasi undi Datuk Seri Hishammudin..

2 buah negeri dilihat menjadi punca mengapa Mukhriz kalah dalam pemilihan kali ini iaitu Johor dan Pahang...Datuk Mukhriz hanya memperoleh 2 undi bahagian di Johor.Manakala Datuk Seri Hisham mendapat kesemua 14 undi di Pahang dan 25 undi di Johor..

Boleh jadi ada sentimen kenegerian di kedua dua negeri berkenaan..Ataupun terdapat arahan supaya mengekalkan calon yang sedia ada seperti ada khabar angin yang mengatakan akar umbi diarah untuk mengekalkan ketiga tiga naib presiden..

Gelombang perubahan melalui slogan ' Berani Berubah' yang dibawa oleh Datuk Mukhriz dilihat berjaya menambat hati perwakilan..

Biarpun tewas bermaruah, kerjaya Datuk Mukhriz sebenarnya belum lagi berakhir, sebaliknya BARU SAHAJA BERMULA.. Tugas sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah akan diteruskan disamping memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat Kedah..

Datuk Mukhriz mempunyai peluang yang lebih besar untuk memajukan lagi kerjaya politiknya.Apatah lagi, dia melalui perjalanan berliku selaku dalam politik.. Tidak macam sesetengah pemimpin yang ada sekarang yang secara tiba tiba diangkat menjadi pemimpin dengan mengunakan pengaruh.

Pengalaman yang dilaluinya juga mengajar erti perjuangan sebenar..

Misi seterusnya adalah Pilihanraya Kecil Sungai Limau yang bakal berlangsung tak berapa hari saja lagi.. Tugas yang digalas Datuk Mukhriz lebih mencabar di sana..

Datuk Mukhriz sebenarnya boleh mengatur segala gerak kerja, untuk menawan semula hati penduduk Sg Limau..

Teruskan Perjuanganmu wahai Datuk Boss Mukhriz Mahathir.... kerana kau semakin kukuh dengan iktizam dan semangat juangmu dan kau BERANI BERUBAH !!

No comments:

Post a Comment