Perangai PKR sememangnya mengalahkan SYAITAN dan IFRIT. Patutlah, Allah Taala jadikan mereka sebagai 'SPECIAL CASE' dengan mendedahkan sokongan PKR sepenuhnya kepada gejala kebebasan seks luar tabie yang tidak terbatas.
Maklumat yang baru diterima, jentera kerja PKR akan MOGOK dan ENGGAN TURUN ke kawasan PDM kerana tidak berpuas hati dengan SPR yang melarang PKR memasang bendera PKR di DUN Sungai Limau dengan alasan PKR tidak bertanding dalam pilihanraya kecil ini.
Kepala PKR yang menjalankan operasi di DUN Sungai Limau, IR. Zamri bin Yusuf telah mengeluarkan arahan supaya ESOK PKR BERCUTI.
Semua itu sebenarnya alasan muluk semata-mata. Hakikatnya, PKR memang tidak ada hati pun untuk membantu PAS di Sungai Limau. Apatah lagi penolakan terhadap PKR memang berlaku secara ketara.
Awal-awal lagi, Muslimat PAS telah memberi amaran dan arahan kepada Wanita PKR agar mengenakan pakaian yang lebih sesuai dan tidak menjolok mata sebagai menghormati sensitiviti masyarakat Sungai Limau. Wanita PKR dilaporkan enggan turun berkempen dari rumah ke rumah kerana menganggap, Muslimat PAS cuba menjajah mereka.
Sebenarnya ini adalah trick dan taktik yang sama, digunakan oleh PKR apabila mereka enggan membantu. Kalau kita masih ingat, dalam beberapa PRK yang membabitkan PAS sebagai calon dari tahun 2008 sehinggalah di Kuala Besut dua bulan lepas, PKR juga menggunakan isu yang sama untuk tidak membantu jentera kempen PAS.
Bukan PKR tidak tahu bahawa terdapat peraturan yang melarang sama sekali logo atau lambang parti selain daripada parti yang bertanding dalam sesuatu pilihanraya. PKR seringkali cuba menyamakan Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional. Malangnya yang tidak diberitahu oleh PKR ialah, mereka tidak pernah berusaha mendaftarkan Pakatan Rakyat pun berbanding Barisan Nasional yang memang telah didaftarkan dengan ROS semenjak awal 1970-an lagi.
Tetapi disebabkan PKR memang dari awal lagi sudah berniat hendak sabotaj PAS, taktik lapuk inilah juga yang diulang-ulang di Sungai Limau!!!
Tahniah ler kepada PAS yang sentiasa berkata, TAHALUF SIYASI dengan PKR dan DAP menguntungkan PAS....
No comments:
Post a Comment