Monday, 21 October 2013

SELEPAS BUAT ONAR DALAM NEGARA, DI AUSTRALIA PULAK BUAT HAL !!

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim perlu menghormati pendirian dan peraturan negara luar, tegas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Anwar sebelum ini yang menzahirkan rasa meluatnya terhadap kerajaan Australia yang padanya tidak mengutuk amaran oleh Malaysia kepada penuntutnya dinegara itu, supaya tidak menghadiri ceramah beliau di Adelaide.

Mengulas lanjut Zahid berkata, kerajaan Australia sebagai contoh sudah tentu mempunyai peruntukan undang-undang yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar yang menuntut di negara tersebut, dan seharusnya Anwar menerimanya secara terbuka.

"Kita harus menghormati peraturan dan perundangan di negara luar, tentunya ada peraturan yang tidak mengizinkan hal ehwal politik di sesebuah negara menjadi bahan perbincangan di negara luar.

"saya fikir sebarang tindakan yang dilakukan oleh Australia perlu dihormati oleh mana-mana pemimpin politik di negara mana pun," katanya ketika ditemui wartawan di parlimen sebentar tadi.

Kontroversi ini timbul apabila penasihat pelajar di konsulat Malaysia di Sydney dilaporkan mengirim emel kepada pelajar awal minggu ini memberi amaran akan mengenakan tindakan kerasl jika mereka menghadiri ceramah Anwar.

Stesen penyiaran ABC melaporkan, penuntut Malaysia yang tinggal di Australia digesa melalui emel oleh penasihat pelajar di konsulat Malaysia supaya tidak menghadiri ucapan Anwar mengenai demokrasi, merupakan sebahagian acara Festival Idea yang berlangsung hujung minggu lalu.

Tambahnya lagi, Anwar yang menjadi orang asing ketika mengunjungi negara itu sepatutnya tidak memberi reaksi yang disifatkannya sebagai tidak wajar.

"Pada saya kita harus menyesuaikan diri pada negeri berkenaan bukan mana-mana negeri hormat kepada mana-mana orang luar," jelas beliau.

No comments:

Post a Comment