Wednesday, 30 October 2013

sibuk sangat Pasal susu tin, calon diketepikan... ngoks...



Kami berasa agak pelik dengan taktik kempen politik yang dibawa oleh PAS pada PRK Sg Limau ini. Mengapa sehingga hari ini kami masih belum dapat mendengar kempen PAS yang mempromosi calon sendiri? Adakah kerana calon PAS lebih INFERIOR daripada BN?

Kenapa mesti terus-menerus membuat serangan fitnah dan putar belit isu? Untuk isu susu yang telah tamat tempoh di atas, Datuk Azeez telah pun mengarahkan agar jentera BN mengumpul dan memeriksa semula semua susu yang telah diedarkan pada hari yang sama. Tentu kita semua boleh bayangkan bagaimana kemungkinan perkara ini boleh berlaku apabila ribuan tin susu yang dibeli dari kedai menyebabkan kesilapan terlepas pandang untuk memeriksa setiap satu tin.

Walau apa sekali pun, Datuk Azeez telah menangani isu ini dengan cukup baik sekali. Cuma kami harap PAS dapat menumpukan kempen mereka selepas ini untuk mengangkat calon sendiri berbanding menyerang orang lain, kerana DUN Sg Limau ini kubu mereka. Takkanlah kerana calon mereka pro-Phahrolrazi maka mereka sudah jadi ketandusan idea dan sibuk pula serang orang lain yang bukan calon pun?


No comments:

Post a Comment